Monday, December 10, 2012

MRI mmg menakutkan..

MRI adalah menakutkan.

Minggu lepas, bengkak di bawah buku lali kiri adalah sangat menyakitkan. sehinggakan tersentuh sikit, sakitnya bisa membuatkan aku mencarut (apa kaitan bila rasa sakit, terus rasa nk mencarut. but trust me, i'm not the only one felt that way).

mengadu kt tok laki, terus dier suruh g jumpa doc, mintak refferal doc and jumpa specialist.

asalnya aku pernah terseliuh, lepas tu, buat bodoh je, urut pun tidak, tuam ais pun tidak. dan perkara ni berlaku 10 thn lalu.. kot.. atau lebih..

jumpa doc kt UMSC, terus kata kena buat MRI. Oh masa pergi jumpa doc tu dgn en Hugo. lepas tu, petang nya aku kena dtg semula utk buat MRI.

"u pergi sendiri buat MRI boleh. Hari ni i kena siapkan audit, i dah amik half day dah ni.. kang x sempat habis by this week" - en Hugo

"okie dokie.. no prob.. MRI je kot.." - me

ewah.. MRI je kot..

ptg pun menjelma aku dah siap2 p hospital. tunggu punya tunggu, tiba lah giliran aku. dah tukar baju semua, wokeh.. tibalah masa kena cucuk, nk masukkan ink apa ntah..
dier mintak nk tgk 2-2 penumbuk aku, nk cari vein katanya. telek, teneng,ketuk2 sikit, x jumpa urat nya.. kecik sangat katanya.. aaa sudah. semua cerita berkenaan cucuk mencucuk bermain di minda.. jarum patah la... salah cucuk, tgn jadi kembung la... aaa sudah.. diminta utk lihat di bahagian antara lengan n tangan... tau x kt mana?

masa tu air mata keluar sikit.. seram.. tetiba mcm "ohhh i need my husband..." (dalam hati).. hahaha.. td hang kata hang terra.. piraaahh.. skang baru cari laki.. kikiki..
lepas 3 minit.. berjaya cucuk.. syukurr...

ok.. skang masuk dalam bilik MRI tu.. tempat nk baring tu, kecik wehhh.."adeh.. kecik nya.. bleh ke aku baring atas tu" bisik hati kecilku..

naik atas, baring. ok boleh tampung aku.. lege..

nurse pun set la machine tu and buat apa2 yg patut. dalam bilik tu, agak sejuk, maka aku di selimutkan.
bila mana aku sudah diselimutkan. aku pandang depan. terowong tu betul2 kecil. aaaa sudah.. aku ada klastofobia... xde la kronik sangat.. just mild.. klastrofobia yg manja2 gitu.

"ok pegang ni. if rasa mcm nervous sangat, ok takut, atau apa2..just press benda ni, nnt saya dtg." nurse keluar.

treeettt treeetttt... 'katil' tu dah begerak menuju ke dalam terowong tu..

humang aih.. takut...

perlahan-lahan memasukki terowong...

ya Allah ya Allah.. aku press button tu 2 kali.. sumpah bila tengah taip pasal ni, aku nk tergelak...

"kenapa. kenapa?" sapa nurse.

"adakah saya akan masuk terowong ni sampai kepala.. saya mcm takut la.."

"x.. sampai bahagian dada sahaja"

puhhh lega...

ya allah. sepanjang proses scan tu kan.. nervous giler aku.. panik sikit.. sbb tempat sempit..
dan di kala itu aku terfikir mcm2.. dan antara perkara yg aku fikirkan, adalah MATI. dikala kita dibawa turun ke liang lahat.
"terowong besar lagi dari liang lahat. aku pun x dimasukkan sampai seluruh badan.. dan tidak pula dikabus dengan apa2..aku dah gelabah. macam mana esok bila dikebumikan.liang nya lagi sempit. dikambus semula dgn tanah. lepas talkin, tinggallah kita berseorangan dalam liang bertemankan tanah2, cacing, dan segala serangga lain dalam tanah.. ikut la bahagian masing. jika banyak amalan baik kita, insya allah kuburan yg sempit terasa lapang. kuburan yg gelap terasa terang... subhanallah...

lepas 20 minit.. nurse datang.. kita kena ulang process ni semula, tp guna mesin kt bilik satu lagi..

aduhai.. sakit nya hati..

kata nya.. imbasan tu x jelas.. so kena guna mesin yg satu lagi.. which is SMALLER .. which mean, SCARIER!!!

aduhai la nasib..

siap siap semua.. dah nk mula imbasan kali kedua.. headphone di letak di kepala.. masa kali pertama td pun, dipasangkan headphone sbb mesin tu bunyi kuat sangat.

nurse keluar.

process baru bermula..

"Lā ilāha illallāh....."

ehhh... aku dah mati ke.. solat jenazah ada bacaan iqomat ke... ya allah...

"dengan itu,maka, masuk sudah waktu solat isya' bla bla bla.."

laaaaaaaaa... headphone ni pasang Hot fm.. sengal!!!! terperanjat aku. sbb masa dipakaikan headphone di bilik pertama tadi, xde bunyi pape pun.. mcm fungsi utk tutup telinga agar bunyi kuat yg dihasilkan semasa proses MRI tidak didengari..

tp weh.. serious seram dan takut...

mula terfikir, patut la tok menakan aku x jadi nk buat MRI hari sebab dier cuak giler sampai x bleh bertenang utk dimasukkan dalam mesin MRI tu..

oh ye.. hari jumaat ni, nk operate kaki, mintak tolong doakan saya x cuak ye.. haha tetiba guna 'saya', mentang2 nk mintak tolong.. hehehehe


Tuesday, November 20, 2012

Istanbul Aku Datang

eemm dah lama x tulis pape kt sini.. banyak benda nk share dgn uols semua. tp sbb kekangan masa *lame*, dengan ada nya pertama hati *double lame* dannnn kerja baru yg sangat stresss!!! maka x sempat, xde mood nk tulis any entry.

kekadang, dah tulis half way, lepas tu padam balik. tetiba x reti nk tulis mcm mana. kekok uols. lepas baca apa yg dah ditulis, terus rasa mcm .. BORRRINGGGG..

anayhow, mommy Z dah kemaruk sangat nk tgk wayang. kebetulan my brother balik minggu ni, terus ajak SIL tgk Istanbul Aku Datang. Ramai yg kata cerita ni menarikss. so my husband and my brother duduk rmh, jaga anak while, mommies, pergi berjimba.. owh.. indahnya donia.. thanks sayaannggg... hey, i need my me-time once in a while ok..


back to the movie. pergi dengan expectation cerita tu best, dannnnnnn mmg best.

uols jgn la budget cerita ni best mcm boleh menang anugerah filem terbaik kt FFM nnt. perasaan menonton cite ni mcm ala-ala kita tgk cite 10 things i hate bout you! RIP heath ledgeR

utk hiburan ringan, mmg best! owh kalau anda bukan jenisan org yg menonton filem melayu di panggung, cerita ni pun, bukan utk anda... hehehe


Lisa is sooo cute.. and tell me, how can u not fall in love with her!

Cerita ni mengisahkan pasal seorang budak perempuan, Dian (budak ok .. baru setahun dua lepas SPM) pergi ke Istanbul utk berjumpa dengan kekasih hati,Azad, yg sedang mengikuti kursus perubatan. Matlamat Dian cuma satu, nk buat Azad melamarnya.. Owh how sweett..

Di Istanbul ada pelbagai perkara menarik terjadi sehinggalah Dian berjumpa dengan Haris.. Owh ok, not going to tell you the rest of the story. U guys need to check it out urself.


tomok's first appearance.. ok la.. not bad.. not saying that 
he is superb, tp lakonan nya bersahaja.

All in all aku suka cerita ni. I was smiling ears to ears from throughout the show. Nasib panggung gelap, kalau tak, confirm org kata aku gila angau.. Seriousluy, masa tgk cerita ni, rasa nk bercinta semula. bukan kata aku n daddy Z x bercinta sekarang, hey kami bercinta hari ini hingga selama nya, insya Allah. tp uols igt lagi x perasaan masa mula-mula bercinta dulu. masa mula2 nk mengorat dan diorat (is there such word?? belasah!!). masa diri rasa di awang-awangan. masa rasa dunia ni ada aku dan dia. That is the feeling, i'm talking about! hehehe
owh, beto juga cute. kalau anda peminat beto yg mysterious-macho-beto, anda mungkin akan kecewa... sbb watak beto dalam ni mcm sengal-sengal-ayam-tp-macho-dan-suwiittt.. comel la  jugak.. tp mcm kurus sangat beto dalam ni..

so kalau anda semua nk hiburan ringan.. cerita ni mmg boleh ditonton.

kalau x nk g panggung, bleh tunggu astro first.. atau yg lagi best, free option, tunggu 1 hari selepas cite ni kuar kt astro first, dan uols bleh cari kt youtube.. opss kantoi aku selalu buat mcm ni.. :)

Wednesday, October 17, 2012

Happy 1st Birthday Syakir Z

Selamat Ulang Tahun yg pertama Syakir Z..
diam tak diam, isnin lepas, Syakir Z dah setahun.
alhamdulillah.. sihat walafiat anak mommy sorang ni.

just a brief birthday celebration before mom and dad head to office.
sure Syakir Z mcm pelik, kenapa pagi ni ada cake n candle bagai.

planning for his birthday bash.. belom ada date lagi,
cz mommy dearest tersangat la busy. memula nk buat end of novermber,
cz my project, plan nya start isnin minggu lepas sampai mid nov.
alih2, postpone project tu.. maka nya tergesa2 la plan segala bagai..

mmg mak la (nama yg chanteks bagi) busy ya amatzz.. blog pun dah bersarang.
sementara tu, uols layan kan aja 2 keping gambar ni..
buat pengubat rindu kt Syakir Z
 
Peliks.. apasal pepagi dah ada kek

 
memula peliks, pastu renyeh.. gasak hang la Syakir

Monday, August 13, 2012

America Funniest Home Video Kata nya

first time naik kuda, adalah sangat excited...
bila drg muzik pun dier jadi excited.

cuba combine 2 perkara ni dalam satu masa, dan anda akan dapat ini.. sila lihat hingga ke penghujung video.

Tuesday, August 07, 2012

Liat nk bangun pagi

Memang ada jenis manusia yang susah bangun pagi. Lebih terserlah, dalam bulan Ramadhan. Bila kejut bangun sahur, bukan main susah. Ni nk cite sikit, org kata x baik bukak pekung suami, ini bukan kes nk buka pekung, tp nasihat. Yes, sayang. I know u read my blog.

Minggu pertama ok lagi. Hari-hari bangun makan sahur. Masuk minggu kedua, nan ado. Payah betul laki aku nk sahur. Sayang tido lagi. Lantak la en Hugo, kalau lapar, u yg tanggung. Beta nk pergi santap. Lepas aku dah siap makan, x sampai hati plak tgk laki x makan or minum pape. Aku bawa la air mineral..hahaha air mineral je, kekadang, aku kesian, aku buat air Ribena. Hahaha. Cukup bagus aku nk bancuh air bawak masuk bilik.

En hugo minum, mata pun x bukak. Agaknya tgh feeling2 breakfast on bed. Cittttt.. kang letak sos dalam botol air mineral tu, baru tau.. eh, jatuh derhaka plak aku nnt.raya kita mintak maap ye..

Aku time puasa, mmg la kena sahur. Kang baru pukul 5, dah melepek. Time xde anak, sampai rmh pukul 5, kalau dah melepek, bleh la g tido sekejap. Tak pun baring2. Sekarang ni, ado?? Nan ado, katanya.

Kelmarin aku cakap ngn en Hugo,

“esok kalau dah pindah, nk tak nk, u kena temankan I sahur. Takut I nk turun bawah sorang2.”

“nnt u ajak Syakir sahur ngn u la”

“yaanggg, u jangan. Kang, ada jugak I bawak naik microwave kt atas. Sebelum tido, bawak naik sepinggan nasik, satu jug sirappppp”

Hahahahahah…

Gelak la.. gelak la bang oiiii… selagi boleh gelak.

Aku dengan adik aku, bab bangun mmg tip top. Mak aku xde nya nk kejut kitorang terpekik terlolong. Of cz masa kecik2 dulu ada rasa xnak bangun segala. Dan mak aku punya pesyen, dier akan kejut 3 kali je. Lebih 3 kali, lantak korang la.. nk sahur atau x nk.. nk ke sekolah atau x nk.. hadap sendiri.

Biasanya, kali ketiga dier kejut, akan disusuli ayat ini, seraya aku ngn adik aku bangun berdesup tanggal selimut.

“mama, kalau kejut org, mmg pantang sampai tiga kali. Xnk bangun sudah!”

Srrruuupppppppp.. dah sampai kt meja makan ko.. aaaa ajaib x ajaib la kan..

Mak aku kata, bukan stail dier nk terpekik terlolong pepagi kejut kan anak. We ols tinggal rmh flat. So, selalu la dgr, para ibu2 mithali menjerit2, mendayu2 kejutkan anak. So she x suka. Campur la plak ngn aura polis kt mak aku, berani korang ingkar perintah.

So basically, esok pun, aku copy paste ayat mak aku la.

“Syakir,kalau awak x mo sahur, jangan nk huk hek huk hek kt mommy mengadu lapar..lain kali org kejut, bangun, sahur. X byk, jamah makan sikit." *korang nampak x ciri2 ibu garang aku nih*

Iya.. en muhamd Zulfadhli Bin Jamaludin yg tengah baca tu pun, this apply to u as well. U jangan nk sengih2 baca entry kali ni.

Tuesday, July 31, 2012

Murtabak Cheese Cracker - order NOW

Jika anda tidak tahu apa ingin dijamu ketika mengadakan rumah terbuka, apa kata cuba masakan baru – Murtabak cheese cracker. Lain dari yang lain. Menggamit selera semua.

Size 7” x7” RM 23
Penghantaran sekitar kawasan Kerinchi, Pantai Dalam, Bukit Jalil, Taman Permaisuri, Seksyen 14 Petaling Jaya.

Utk membuat tempahan, sila inbox ke ninazaila11@yahoo.com or call 012 256 9965

Friday, July 27, 2012

jangan suka hati book-then-cancel. x baik woooo

Hari ni cerita pasal konsep booking dan deposit. Peringatan pada semua terutama org yg nk buat preparation nk kawin. Ok la, aku kecik kan skop ni dalam wedding preparation.

Katakan la ko dah book and letak deposit, tetiba tukar fikiran, x jadi nk amik barang or service tu. Apa patut terjadi pada deposit itu? Dipulangkan? Atau.. Hangus?

Pada korang la, patut x korang dapat balik deposit itu. Pada aku la kan, mmg patut burn je la deposit aku tu. Ewah, bunyi macam org kaya je kan, x kisah pasal deposit hangus ni kan. Jangan silap wahai kawan2. Bukan beerti aku kaya. Tp kira nya kita dah breech agreement. Gitu, breech kata nya ye.

Kenapa perlu burn, sedangkan kita x ambil barang mahupun menggunakan khidmat pihak tersebut.

Pertama, bila kita dah book service (date), secara automatik date tu dah x available utk org lain pilih (ni aku cakap pasal org yg buat biz secara jujur ek.. yg org berniaga yg hampeh, amik job sana sini, pastu x deliver, tidak termasuk dalam ini cerita). Jika ada org request pada date yg sama, terpaksa ditolak.

Lepas tu ko cancel bukankan dah rugi org tu. Sbb dier dah tolak org lain yg nk slot tu, dan sekarang, ko plak nk cancel. Maka slot tu dah kosong. Bila slot tu dah kosong, maka income mereka dah kurang. Harus diingat org yg involve dalam biz sebegini, kebanyakkan nk full time dah income derang x menentu dan bergantung pada job yg mereka dapat. Tak adil la kan bagi pihak mereka.

Keduanya, perbuatan ko, book dan cancel selepas booking akan menghancurkan hati org lain yg benar2 mahukan product atau service org lain. Ewah, drama giler.. Meh bagi contoh secara live. Mmg terkena batang hidung sendiri ni. Aku xde la nk maraha (ye ke), kawin pun dekat 2 thn dah, tp nk cerita sikit, kot kot aku bleh educate awok2 kt luar sana tu ye.

Masa kawin aku mmg bercita2 nk amik AK as MUA. Before aku ada plan nk kawin, aku dah decide MUA aku.. aku mmg nk AK sbb suka make up nya, dan bayaran nya menepati citarasa poket aku. Awal tahun aku aku nk book, x bleh sbb tarikh aku dah ada org amik. So sbb gigih nk AK. Aku suruh dier make up masa nikah, waktu pagi.ok, bayar depo. Tetiba last minute, tukar time nikah, nk buat petang, maka AK x available. Aku iklan kt blog, cakap sapa nk amik AK, bleh guna depo aku.. sbb aku mmg x bleh nk claim depo yg aku dah bayar. Instead membazir mcm tu, aku Tanya AK, bleh x aku transfer depo kepada kawan. AK kata bole. So aku iklan kan kt blog. Kira uols dah bleh save dalam RM100 la kalau amik AK.

Tetiba ada org call aku tanya pasal date kawin aku, sbb she confuse. Dier pun nikah hari tu, and dier baca blog aku , kata AK make up hari tu. So she called utk Tanya la. Sbb dier takut bertindih date ke apa kan. Eh korang paham tak cite aku nih?

Maka aku cari MUA lain, maka berjumpa la dgn epie. Book for tunang, rasa ok, terus la book utk nikah sanding segala. Ok cite habis.

Hari aku nk nikah tu, epie dtg, kata, dier baru balik dari make up kawan aku. Aku pun pelik la sape kawan aku yg kawin sama hari. Rasa nya xde. Epie bagi tau nama dier, serious haram aku x kenal/ingat. Epie mentioned yg dier baca blog aku. Surprise surprise. Uols tau sapa? Cik puan yg call aku, yg nk verify sama ada AK akan make up aku ke tak masa 30 oct 2010.

Bukan aku nk ungkit benda lepas. Bukan. Dah 2 thn dah pun. Aku pun dah ada anak dah. Apa yg aku cuba highlight kan kt sini, perbuatan book-then-cancel tu x bagus. Bukan takat effect pada peniaga sahaja. Org lain pun turut kena tempias nya.

Xdapat la aku nk merasa AK make up. Aku x tau apa yg terjadi pada si polan tu. X tau sama ada she cancel AK atau AK cancel make up session dier or AK ada kecemasan. Tp aku nk highlight kan sekali lagi aku x dapat AK punya service sbb ada org book, tetiba org yg beria call aku nk pastikan AK punya schedule x bertindih ngn tarikh dier, then alih2 dier amik MUA yg sama ngan aku… xpe noks, mak tahu mak ni idola u. hahaha jgn marah ya

Teringat dulu kt dalam group bff (yang kini tinggal sejarah sahaja), ada la org merungut-rungut pasal xdapat depo. Yg ayat x bleh blah, lebih kurang begini la bunyi nya.

“vendor xyz, xnk bagi depo, x tau ke org nk kawin, nk guna banyak duit. Senang2 je nk makan duit org”

Adik x baik gitu.akak ni bukan nya nk jadi pejuang keadilan bagi vendor2 yg teraniaya. Seharusnya awak tahu yg kawin banyak guna duit, sebaik2nya, rancang perbelanjaan dengan betul. Buat homework betul2. Bila dah pasti itu pilihan terbaik, baru book. Jgn asal Nampak OP A ni best terus book. Esok survey lagi, eh OP B ni lagi best la.. Nk cancel OP A la, book OP B.

Tak baik gitu. Mereka cari makan.

p/s : mcm dabel meaning je aku tulis “penegak keadilan bagi vendor2” kah.. korang paham? Aku x paham tapi rasa mcm kelakar plak nama jawatan penegak keadilan bagi vendor2. Kaaaahhhhh..

Tuesday, July 24, 2012

fantasi seorang suami - dipanggil 'abang'

fantasi seorang suami - dipanggil 'abang'

aku tak tahu sama ada perkataan 'fantasi' adalah perkataan yg sesuai digunakan.

rata-rata orang melayu (mostly masa zaman dulu lah), bahasakan suaminya dengan panggilan 'Abang'. *oh suuwiittt*

aku? buat masa sekarang ni, aku panggil 'sayang' nya. dier pun panggil aku 'Sayang'. bila dua-dua panggil 'sayang', maka ber'Sayang-sayang'lah banyaknya. tp dalam conversation, kami gunakan kata ganti nama 'I' dan 'U'. ni kalau org tua-tua dengar ni, mesti bernanah telinga.

Pernah juga aku tanya pada en Hugo, mahu dipanggil apa selepas kawin. en Hugo x kisah. maka aku kekalkan panggilan 'Sayang' itu.
Pernah juga aku tanya,
"kalau i bahasakan u abang, suka?"
"suka!"
"tapi i macam x reti je nk panggil Abang" *yes women are complicated*
sepantas kilat dia kata suka.

macam kawan aku sorang ni. sebelum kawin bakal MIL dia tanya.
"esok lepas kawin nk panggil si polan ni dengan panggilan apa?"
"eeemmm.. entah la.. panggil awak kot.. atau Sayang"
"eh apa pulak panggil Awak-awak je.. panggil la Abang"

Danggggg

Bakal MIL terus buat keputusan ok.. sebagai menantu yg baik, kawan aku tu, ikutkan aje.
seminggu mcm pelik.
masuk minggu kedua dah x rasa pelik
bila datang minggu ketiga, dah biasa.

dan suami nya mmg suka pun dipanggil 'Abang'..


ada juga tanya pada a few of my male fren. most of them mmg prefer wife mereka membahasa kan diri mereka 'Abang'.

dan semalam, masa aku baca blog Vivy, ternampak gambar ni.. Jangan main2, Dean pun bahasakan diri nya 'Abang'.. huhuhu




pada pendapat aku, comel jugak panggil Abang. Ada sedikit rasa hormat pada suami. Bukan aku kata, kalau x panggil suami dengan panggilan 'Abang' itu, tandanya tidak hormatkan suami.

tapi, tengok la, bila sampai seru aku boleh nk panggil en Hugo dengan panggilan 'Abang'.

p/s : pernah cakap ngn suami
"Sayang, since i half jawa, i panggil u 'Kang' la, instead of 'Abang'. Kang tu makna nya mcm panggilan manja la utk suami. ala2 'Abang' gitu.

"Kang apa, longKANG!"

"Citttt.. memainkan i ye. ok kensel hajat nk panggil Abang"

baahahhaha

p/s/s : sorry panjang benor p/s aku.. hahahha






Friday, July 06, 2012

Nokia Tga Tiga Sekupang!


sapa pernah ada handphone nookia tiga tiga sekupang. Nokia 3310.. =)

teringat lagi zaman memula pakai handphone dulu. kebetulan masa tu tengah tunggu result SPM kuar, maka, pergi la kerja part time. dapat gaji beli phone ni ko... gigih ok. dan pada masa tu, 3310 is the in thing di kalangan remaja (ewah, skema benor ayat).


dan pada zaman tu jugak, ada banyak casing phone. bleh tukar casing, mcm tukar baju. and my personal fav adalah kaler pink! duhh.. oh ada satu lagi. ni pun fav jugak. casing warna putih, kt belakang ada gambar naga warna silver. giler dah mcm talipon kongsi gelap plak dah.. hahah..

yg menarik pasal handphone ni, adalah kelasakkan nya... weh, jatuh kt lantai, walaupun dah tercabut casing, terkeluar bateri, tapi bila pasang semula, esok je berfungsi. Very the gagah. bak kata org, kalau iPhone jatuh ke lantai, iPhone retak.. tp kalau 3310 jatuh ke lantai, lantai yg retak.. aaaa amik kooo...

tp, mmg kenangan la phone ni. dan apa yg membuat aku nk bangkit semula pasal phone ni, adalah kerana, aku ternampak offer kt groupon. link
pada sesiapa ingin mengungkap memori silam dgn phone ni bleh la, grab offer ni.. 99 hengget je senah.. moh le beli, tinggal sehari je lagi deal ni.

Wednesday, July 04, 2012

Syakir Z's Photo Shoot

al kisah, cerita lama, baru nk update blog skang.. serious xde modal nk tulis apa. sementelah ada gambar ni, bleh la update. Its Syakir Z's first photo shoot!!!!! =) *sebenarnya, mommy yg terlebih excited nih*


al kisah nya, mmg aku dok mencari tempat utk amik gambar Baby Z... nk yg pakai baju comel segala tu la.. cari punya cari.. jumpa la beberapa tempat.. tapi harganya, mak datuk.. mahal ok.. range RM300-450. Pastu dapat 6-10 keping edited photo je. raw pictures x dapat lansung, or, kalau nk jugak2 maka silalah keluar lagi rm200++ ... giler.. pre-wedding i pun 300 hengget je, siap dapat unlimited gambar lagi! thanks Detik Indah. eh sempat...

Betul la org kata, anak membesar skali. tp jika utk memenuhi tuntutan itu, di kala poket x meriah, mcm x sesuai je la.. lantas hasrat suci murni aku terpaksa dikuburkan. tp tetiba.. TINNGGGGG.. ada offer kt Groupon, noksss.. harus mak sooka..



harus la kena cepat grab kan.. 50 hengget je.. berbaloi2 ok.. oh lupa nk bagi tau. tempat ni nama nya CM Studiography.


memula kita amik gambar satu keluarga dulu ye.. since Baby Z suka merah, kami sepakat, pakai baju warna merah.. huhu
kan aku dah cakap.. mommy Z yg lebih2 excited nya..


ok, aku bagi gambar yg semenggah sikit


gambar satu keluarga adalah sedikit, dalam 2 3 keping je. harus diingat, sesi penggambaran adalah utk anak.. maka ibu bapa, jangan over. sila ke tepi.

memula sesi pemanas badan, amik gambar pakai baju sendiri. gambar adalah seperti yg gambar pertama. malas nk tempek 2 kali.. huhu

baju pertama : Syakir si Kambing Biri-biri.

masa memula pakaikan costume biri-biri ni, sempat lagi aku cakap kt Daddy Z.. alahai, siannya Syakir sbb jadi kambing biri2 hitam! Daaannggg... *sambil tgk warna kulit sendiri* pasrah je la nak ye..

masih terpinga2.. apakah..?



macam2 cara utk buat Baby Z duduk diam.. dier x menangis, tp sibuk nk main dgn toys yg ada..
aduilaaa..

this is my fav!!! kualiti gambar kurang cun, sbb dah re-size photo nih..
cair hati mommy tgk Syakir senyum mcm ini...

syakir, tgk sini.. tgk sini.. *sambil aku terkinja2 belakang photog
utk tarik perhatian budak bam bam nih*


baju kedua : Syakir si Nenas!

dah tukar pakai baju nenas.. pastu photog suruh duduk dalam pasu... eh muat ke.. takut Baby Z x selesa plak.. rupa2nya muat koo...

jambul nenas yg senget.. hahaha..
ini la padahnya budak x duduk diam!


"mommy, are we done.. i'm sleeeeeppyyyy"

sampai menguap ambil gambar.. sabar ye sayang.. sikit je lagi..

"ok mommy, anything for u"
aauuuwwwww

baju ketiga : Syakir si Bunga Matahari..

last costume.. Baby Z dah mula tunjuk ketidakselesaan nya.. cepat2 amik gambar.. topi pun pakai x betul.. asal letak je... snap snap snap.. ok siap!


nampak sangat muka xde mood... ok sayang.. dah siap! jom balik..

overall, semua pun ok.. the session took about 30-45 minutes.. nasib la session nya sekejap je.. if sampai sejam lebih, mommy bleh angkat tangan.. aku pun sama penat.. sbb dok kejar Baby yg xmo duduk setempat.. fuuhhh...

lepas habis amik gambar semua, bleh pilih 7 keping gambar yg nk di-print kan.. hanya 7 keping yg akan di-print n diberi soft copy nya. ate dah tgk semua gambar mcm nk amik semua soft copy nya kan.. bila tanya photog tu, if nk semua soft copy kena bayar RM250... lepas nego, aku bleh dapat kan separuh dari total gambar dgn harga RM100.. ok la kan.. bukan semua gambar pun ok, ada je gambar yg Baby Z xsedia, terpejam mata.. huhuh.. keseluruhannya, mmg puas hati, nasib baik la terjumpa promo ni.. =)

ok la, sehingga berjumpa di lain entry *yang aku sendiri x tau bila nya nk post*

Monday, June 18, 2012

Wordless Monday


X pernah2 nk buat worldless entry.. tetiba buat, terus buat on Monday... since dah tulis 2 3 4 5 patah perkataan ni, rasa nya tajuk entry dah x valid.. hhahahah

Thursday, May 31, 2012

Bounce Bounce Baby dari Bright Star, BEST!



Syakir Z's new toy. ecewah.. sebenarnya, Baby xde banyak toys pun. tidak mahu terlalu manja kan dgn toys segala. setakat satu dua apa salah nya.

frankly speaking, lepas tgk kidz post entry ni, terus jatuh hati. macam best je kan. xde mainan lansung pun x bleh gak kan.. maka, pencarian bermula. and i have to admit that my google skill sucks BIG TIME. jenuh aku try search x jumpa.. worst come to worst, terus aku call mek nim tanya beli kt mana.

suka nya dier... is it me, or, the baby model for exersaucer and baby Z look alike.
ok Bright Star, u may consider Syakir Z as the model for Asian market. hahaha


mak cik ni pun x igt beli kt mana, tp kata ada satu kedai kt Sri Petaling ada jual.Google.. aha, jumpa pun. bleh beli via online atau terus ke kedai. sementelah kedai ni dekat ngn area office, p beli terus dari kedai.. puas hati.. berminat? sila check di sini

pada aku benda ni quite pricey(at least pada aku la).sbb nya barang baby ni, guna nya sekejapan je. rasa mcm x berbaloi pun ada. tp x mengapa ibu ibu bapak bapak. sbb benda ni sangat berbaloi2 beli.

Baby Z enjoys his new toy very much. semetelah sekarang dier dah bleh meniarap, mengesot bagai, x yakin nk biar je dier duduk kt bawah sorang2. tp nk menghadap baby 24-7, bukannya dia. x buat keje la gamak nya. dulu before keje baru nk gosok baju, si kecik dah jaga. time tu kecik lagi, maka bleh la letak kt katil. paling hebat, mengiring ke kiri, ke kanan je. sekarang, nan ado. maka, dengan ada nya exersaucer ni, bleh la letak budak kecik dalam ni, nk p buat benda lain.
u need to assemble the component by urself. but not to worry,
it comes with the manual.
my Mike Delfino is in action. oooohhh..


exersaucer ni datang dgn perlbagai mainan yg boleh dipasang dan dibukakan. warna2 cerah bagus utk meransang penglihatan bayi. selain itu, model yg aku beli ni, ada gak button yg mengeluarkan bunyi, maka makin galak la si Baby Z meronggeng kt exersaucer nya..

tempat 'papan anjal' tu boleh adjust mengikut ketinggian baby.

pada mereka yg mempunyai ruang terhad mcm aku, bila baby dah x menggunakan mainan nya, anda bleh jual sebagai barang 2nd hand. kaaccinngggg.. weh, uols jgn igt x laku ye. hari tu masa mommy Z nk cari satu utk Baby Z (yg 2nd hand), semua nya sold out uols..exersaucer ni mmg sangat in demand. i Like satu page ni, pagi dlm pukul 10 org iklan kan pasal benda ni, by lunch dah terjual ye. pastu duit yg dapat tu, bleh buat beli mainan baru.. penjimatan uols..

gambar blur sbb nk elak baby Z nk capai camera. ciiiittt

ni bagi org2 yg x berapa kaya mcm aku, mmg gitu la resmi nya.. if uols ada duit berkoyan, then, dh habis guna, simpan dalam stor, utk kegunaan adik-beradik yg lain.. tak pun, buat kenang-kenangan..

akhir kata, aku mmg rekomen pada uols yg mana anak nya nk berdukung sahaja, sampai x bleh nk buat keje lain, ukt dapatkan exersaucer ini. at least, derang leka main dalam ni, sempat la nk pergi basuh2 pinggan ke, vakum lantai ke.. selamat ber-shopping mommies.. =)


aku x pasti, anak aku suka amik gambar. atau dier sebenar nya excited tgk flash yg keluar dari camera.

Friday, May 25, 2012

Syakir Zarfan - 7 bulan

Diam tak diam Baby Z dah masuk 7 bulan 1 minggu. Sekejap je rasa. Rasa mcm baru semalam je aku habis pantang.. eh..? pantang sangat x best. (selingan sikit.)


1. budak bam bam ni duduk dalam perut genap 40 minggu. awal sehari dari EDD. Sbb nya EDD hari ahad. kalau doc nk induce ahad, segala2 nya berlaku pada hari ahad, jenuh aku membayar bill spital.

2. lahir 15 October 2011. kalau aku tau la, aku nk beranak czer, akan ku pilih 9 oct.. baru no cantik. 09-10-11.. curlaasss kan.. tp alhamdulillah, janji semua selamat.

tgk pipi labuh budak itu.
rambut pun lebat, tp skang, rambut malu2 nk tumbuh.


3. masa mula2 balik rmh, baik je baby Z ni.. tido je.. bunyi bising, xde hal.. lena tido... rupa2nya bukan la dier baik tido, tp sbb kena kuning, maka babyZ adalah pasif.. dok tido je. cesss.. itu pun tau dier kena kuning, nurse yg datang buat lawatan bagi tau.. hampeh giler mak si Syakir ni. Anak kena kuning pun x perasan. sikit sangat kot kuning nya.

4. lepas 2 minggu mcm tu, rambut kena cukur. we ols, xde la cukur semua rambut dalam sehari. makan 3 hari gak la.. budak x mahu duduk diam.

5. 2minggu terakhir pantang mommy dier kena jaga syakir sorang2.. mencabar ok.. tidur nya 20 minit, mendodoi nk tidurkan dia, makan masa 1 jam lebih.. buli mommy budak ni.. pastu keje nya asyik la nk mengempeng.. last2 aku decide bagi soother je. x larat ok, mengempeng lelama, mana aku risau tempat jahit lagi, nk pangku dier lagi.

masa ni, mommy Z menghitung masa je. cepat la pukul 5.30 ptg.. cepat la pukul 5.30 ptg, sbb tunggu nenek baby Z utk take over jaga budak kecik nih. serious penat. dari bagi mandi, minum susu, tukar dyper, layan dier nangis buat sendiri. kan best kalau ada mak bleh jaga dari mula pantang, sampai habis.. :(

6. his first word was 'Ba'. tp xde nya dier cakap 'BA'. selalu nya.. "bababababababababababa", panjang ok.... excited terlebih.


mcm gelap plak anak aku.. ngikut mak dier la tu.. huhuhu

7. 3 bulan dah pandai gelak2 dah.. mommy suka! gelak sampai ngekek-ngekek plak tu. seronok melayan.

8. 3 bulan berakhir, habis cuti bersalin, baby Z dah kena hantar rmh org. rmh baby sitter tingkat 4 plak tu. xde lift. silalah nak tangga. sedih la sepuluh sen kena tinggal anak kt rmh org. tp nk buat mcm mana, kena la harung gak. tp baby Z ok je duduk sana, mommy je yg x ok.

9. Baby Z minum both breast milk n formula. kuat minum ok budak nih. setiap 2 jam 4 oz (since 2 months old)... lucky me, dier ok je ngn FM n BM. pastu, botol pun ok je.. direct feed pun mahu, bottle feed pun mahu.. good boy. selesai satu masalah di situ.




10. bila makin besar, makin banyak akal nya. bila panggil nama, dier toleh. bijak. bagus. hari dier malas, org panggil buat dekk je.. gigit kang..


tgk tu, x bleh duduk diam, asyik nk main je

11. sekarang dah bleh meniarap, mengesot ke depan dan boleh duduk! sekarang adalah waktu yg paling sukar. pantang lepa sikit. entah ke mana2 je dier pergi. so dah x bleh tido atas katil dah.. takut jatuh. smlm baby Z duduk ngn daddy Z sbb BS amik cuti. daddy Z pergi daput kejap je, basuh botol, balik semula kt hall, budak ni dah bawah meja dah.. adooiii..

12. kelebihan baby Z, mudah senyum.. nangis mcm mana kuat sekali pun, bila agah sengeh. rasa mcm nk gigit je, sbb geram.

13. alhamdulillah, setiap kali pergi amik jab, xde demam. syukur sangat. masuk 7 bulan, kena demam 4 hari. nasib baik nenek nya tgh cuti, bleh tolong jagakan.


budak cendawan semasa demam. ni mcm dah ok sikit..

14. oh ya, baby Z dah ada gigi. 2 batang. amik ko.. lambat tumbuh gigi, tp skali tumbuh naik dua. to-date, gigi nya dah panjang dah. selalu sakat baby Z, "gigi awak dah panjang.. gigi lagi panjang pada rambut.. hehehhe" Baby Z senyum je. bukan dier paham pun..

15. bila gigi dah tumbuh, mula rasa seram sejuk bila nk bf.. ngilu ok kena gigit. bila kita marah, dier sengih. alahai anak.. mommy bukan main2 ok.. ini betul2..


ni baby Z tooth chart. sila bukak mulut mcm badak air nih

Thursday, May 24, 2012

How would u dance in the Club. I'll be the beyocet of cz..

hahah.. not much update recently, accept baby Z is getting smarter.. yeaayy.. and he has 2 teeth !!!! and he bites.. ouccchhhh *tears*

anyhow, would like to show u guys two videos where i find it damn hilarious.. ketawa samapai keluar air mata ok..

so how would u dance in the club. i've never been to any club. *very the virgin Mary kan*
but i love to dance. and, i secretly dance my heart out in my own room and sometimes in the shower. ok that explain why i spend hours in the shower. sorry mom..

so how do u categorizes ur moves.. the ayam, the cucuk-bintang, bla bla.. me?? i'm the clutch shower.. clutch gucci ok.. eh tak.. mak beyonce ok..

this guy is funny. tp i lebih suka matlutfie.. eh tetiba..




Tuesday, May 15, 2012

Perkahwinan satu perjudian...

Perkahwinan itu satu perjudian. Marriage is like gambling. we wouldn't know what's the next card on the deck. it could be spade, or heart, or ace or diamond. siapa boleh jamin hidup perkahwinannya cerah sampai ke petang. aku yg tok laki baik ni  (harus puji hubby sendiri kan.. kah.. geli la plak sebut hubby) pun aku x tau la sama ada akan kekal ke akhir nya ke tidak.

oleh yg demikian (cewah, siap guna penandawacana tu), aku cuba sehabis baik utk tidak bercakap pasal perkahwinan org (kekadang terlepas.. mak bukan maksum noks).. tp aku xde la publicly p kutuk or make a comment in my blog. bukan apa nyah, kang dok kata org, esok lusa kena batang hidung sendiri, baru tau. aku percaya akan pembalasan Allah. sorry i don't believe in karma. siapa percaya karma, dier Hindu. betul la kan. dalam kepercayaan agama Hindu, mereka percaya karma..

berbalik cite pasal kawim mawin ni. setiap rumah tangga ada cerita nya sendiri dah xde siapa pun bleh kata, ko salah, aku betul. betul la, sebelum kawin semua nya indah kan.. berjanji sehidup semati. kau utk ku dan aku utk kamu. tp ada je yg sebelum kawin, aku utk mu dan kengkawan ku, lepas kawin, aku utk mu n kawan ku. tu yg semedang kena tinggal kan.. tok laki pentingkan kawan.. serious weh, ada kes mcm ni. sbb aku baca ruangan Di Celah Celah Kehidupan dalam Mingguan Malaysia. ok, maybe ada org x tau, sbb derang x baca utusan meloya.. ehhhh.. sempat ko kan

mcm2 kes aku baca. isteri mengandung husbangnya lansung x kesian, kuar rmh mcm org bujang. ada plak yg lansung x bagi nafkah.. bla bla bla.. malas nk cerita panjang. nk tahu beli Mingguan Malaysia. dan pada itu, aku tau, setiap org ada dugaannya. dan siapa la kita nk judgekan.

lelaki yg jahat utk perempuan yang jahat, perempuan yg baik utk lelaki yg baik. seriously kalau ko anggap statement ni adalah muhasabah n peringatan utk diri sendiri, xde hal. tp kalau ko nk guna statement ni utk mem-padan-kan-muka org. itu tidak baik. and i shall say its a daring move for urself dear. sbb apa aku aku cakap mcm tu, sbb ko berani cakap mcm tu kt org, sedangkan ko pun dalam situasi berkahwin. if ko nk padan-muka-ko utk kes lain seperti kenduri kawin ko disaster (at the same time kenduri ko dah lepas), ok xpe kot. sbb ko dah selamat kawin. contoh lain. kereta kena curi, xpe, kecurian kereta xde la besar sangat impak nya pada diri seseorang.. tp bila ko dah mem-padan-muka-ko pasal perkahwinan, cerai berai.. weeeyyy.. giler berani babe.. ko berani kata, yg ko TAKKAN kena cerai ke..

ko pernah dengar, perempuan mengandung kena cerai 
ko pernah dgr semasa mengandung laki ada betina lain
ko pernah dgr, ko beranak sorang2 tanpa suami 
ko pernah dgr kawin berpuluh tahun n ada cucu cicit, kena cerai...


ko jgn anggap aku nk bash ko.. sbb kalau aku nk bash ko, xde la sebaik ini bahasa aku.
anggap je aku beri nasihat. 
terlajak perahu bleh diundur..
terlajak kata, dah jadi doa..
buat nya masa ko cakap tu, langin terbuka. mmg makbul doa ko tu.

the best thing is, x perlu komen rmh tangga org. if org tu nk cerita, dier sendiri tulis kt blog dier, x perlu kot ko nk p tulis n comment on his/her behalf.. apa??? dier xde blog... kalau begitu, maka nya org tu jenis low profile,lantas ko x perlu nk p hebah kan cerita dalam kain pasal si polan.. ngerti..? ke ko jenisan suka bercerita hal dalam kain.. cerita dalam kain ko, canang kt FB, cerita dalam kain org lain, ko canang kt blog?

akhir kata.. rumah tangga ko, sendiri jaga, rumah tangga aku, aku punya suka.