Friday, February 21, 2014

Semester 3 dah bermula

Salam,

Aku cuba sedaya upaya untuk menulis sekerap mungkin. Kalau boleh, 5 tahun akan datang, aku dapat la bukan balik entry2 lama, dan terkenang kembali kisah aku di kala ini.

Macam tajuk kat atas, aku dah masuk sem 3 dah. Result sem lepas pun dah dapat. Alhamdulillah, keputusan sem lepas adalah jauh lebih baik dari semester pertama. Terima Kasih Allah, terima kasih mama & abah, terima kasih suami, terima kasih anak, terima kasih Farihah, terima kasih kawan2. Tanpa mereka semua ni, mana mungkin aku masih lagi berdiri, meneruskan perjalan pengajian ini. *cewah*

Cepat giler masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dalam sedar, x sedar dah setahun aku tempoh pengajian. Harap2 baki lagi setahun  setengah akan berakhir dengan cepat jugak!!! hehehe.

Jujur aku cakap, semester ni dah terasa panas bontot walaupun baru seminggu kelas bermula. I can predict that this year is going to be a roller coster ride. I joined new team with new challenged. Susah giler project ni kot. Besar plak tu. 2 org penting dalam project ni resign serentak, maka tinggallah aku dengan serang TE ni terkontang kanting, picking up the knowledge. Gilerrrr!!!

Semester ni, semua lecturer dah mula sentuh serba sedikit tentang research paper. Mak aih, nk terkencing pun ada hokey... aku pun belom decide nk buat research berkenaan apa. Tapi aku suka la Marketing. HR? ok la.. boleh la.. Kalau korang ada idea mahupun cadangan utk tajuk research, sudi2 la berkongsi ek.

p/s : aku sangat teringin nk makan kek buatan sendiri. tp bila hari sabtu dan ahad tiba, aku lebih sukda duduk rumah, bermalas-malasan. *sigh*

Monday, February 17, 2014

Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah masuk rumah baru. Sebenarnya yang lebih tepat, dah selamat masuk rumah sendiri. Sebelum ni, aku sekeluarga duduk menumpang rumah parents. Lepas 3 tahun 4 bulan, kawin, baru pindah.

Tapi tu la, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Meh nak cerita sikit history nya. ke.. aku pernah cerita dulu (tu la, punya lama x update blog, aku dah lupa dah, apa yang aku dah cerita, apa yg belom.. gasak la kan)

Plan nya lepas kawin, tp masa aku pregnant, aku mcm fragile sikit, buat keje berat2, pastu bleed. terus aku decide nk stay sampai 2012.

kenapa Dec 2012? Plan asal, rumah kt Semenyih tu siap pada Dec 2012. Tapi biasalah contraction construction, ada la delay sikit. Pastu ada defect sikit, suruh derang baiki. Kemudian start plak dengan kerja pasang lampu, kipas segala. dalam bulan 7 or 8 mcm tu baru settle.

Tapi xde tanda2 aku nk duduk sana, sbb pk sapa nk jaga Syakir. Kawasan baru, takut Syakir x sesuai dengan taska or BS baru. Plus BS dier yg skang ni, baik ya amat. Pernah hari tu, aku x hantar Syakir sebab demam, selang bebeapa minit, BS dier dah sampai kt rumah bagi bubur. Kata nya bubur nk bagi Syakir makan, dah siap  masak dah. Mampooo nk dapat BS gini. So dalam hati runsing mcm mana nk cari BS baru kt Syakir bila pindah nnt, alhamdulillah, rezeki Allah bagi, aku dapat satu  rumah nearby. Senang cite, satu taman dengan rumah mak aku.

Gitu.. Syakir ni mmg betul2 mommy sayang kt kamu ni. X dapat dapat cari BS baru utk kamu, kita duduk rumah yang dekat dengan BS.

Lammmaaa giler aku nk settle kan pembelian rumah ni. Sbb xde starta tittle apa ntah. aku pun x paham. aku serah kt pak aku yg settle kan. Bayang kan S&P sign masa Nov/Dec 2012, last2 settle semuanya September 2013.. Berjanggut weh...

Start October 2013,  maka bermulalah process renovation rumah. Xde la buat yg hebat2 ke apa. cuma yg perlu sahaja. rumah tu masa ditinggalkan.. oooii mak.. bersepah, dinding dah naik kelabu. tu belom lagi barang2 yg derang tinggalkan. asal, owner rumah ni sewakan kt org. bila tenant tau yg owner nk jual rumah, derang lari la, x bayar sewa.. benggong!

So skang dah 2 minggu duduk kt mah birdnest kami .. ehhh?? *chantekinsidejoke*
Perasaan..? Seronok!!. Sudah tentu. Tapi yang paling aku tak suka, sbb aku ni penakut ya amat!! 
Memang dah azan, pangar rumah segala. Alhamdulillah, xde pape pun yang angker...buat setakat ini lah.. tapi kalau dasar penakut tu, penakut jugak. Kalau aku tinggal sensorang, for sure, semua lampu rumah aku pasang. Bil elektrik tinggi..? Gasak.. aku punya perasaan takut, mcm x bleh terima akal. hahaha.

Ingat nk buat kenduri doa selamat minggu ni. Giler ad hoc, sempat ke..? Kalau boleh, mmg nk buat minggu ni. Kenduri doa selamat masuk rumah dan juga berdoa untuk Syakir yg akan menjalani pembedahan kecil pada 4 March 2014. Tolong doakan supaya Syakir selamat eh..