Thursday, May 31, 2012

Bounce Bounce Baby dari Bright Star, BEST!



Syakir Z's new toy. ecewah.. sebenarnya, Baby xde banyak toys pun. tidak mahu terlalu manja kan dgn toys segala. setakat satu dua apa salah nya.

frankly speaking, lepas tgk kidz post entry ni, terus jatuh hati. macam best je kan. xde mainan lansung pun x bleh gak kan.. maka, pencarian bermula. and i have to admit that my google skill sucks BIG TIME. jenuh aku try search x jumpa.. worst come to worst, terus aku call mek nim tanya beli kt mana.

suka nya dier... is it me, or, the baby model for exersaucer and baby Z look alike.
ok Bright Star, u may consider Syakir Z as the model for Asian market. hahaha


mak cik ni pun x igt beli kt mana, tp kata ada satu kedai kt Sri Petaling ada jual.Google.. aha, jumpa pun. bleh beli via online atau terus ke kedai. sementelah kedai ni dekat ngn area office, p beli terus dari kedai.. puas hati.. berminat? sila check di sini

pada aku benda ni quite pricey(at least pada aku la).sbb nya barang baby ni, guna nya sekejapan je. rasa mcm x berbaloi pun ada. tp x mengapa ibu ibu bapak bapak. sbb benda ni sangat berbaloi2 beli.

Baby Z enjoys his new toy very much. semetelah sekarang dier dah bleh meniarap, mengesot bagai, x yakin nk biar je dier duduk kt bawah sorang2. tp nk menghadap baby 24-7, bukannya dia. x buat keje la gamak nya. dulu before keje baru nk gosok baju, si kecik dah jaga. time tu kecik lagi, maka bleh la letak kt katil. paling hebat, mengiring ke kiri, ke kanan je. sekarang, nan ado. maka, dengan ada nya exersaucer ni, bleh la letak budak kecik dalam ni, nk p buat benda lain.
u need to assemble the component by urself. but not to worry,
it comes with the manual.
my Mike Delfino is in action. oooohhh..


exersaucer ni datang dgn perlbagai mainan yg boleh dipasang dan dibukakan. warna2 cerah bagus utk meransang penglihatan bayi. selain itu, model yg aku beli ni, ada gak button yg mengeluarkan bunyi, maka makin galak la si Baby Z meronggeng kt exersaucer nya..

tempat 'papan anjal' tu boleh adjust mengikut ketinggian baby.

pada mereka yg mempunyai ruang terhad mcm aku, bila baby dah x menggunakan mainan nya, anda bleh jual sebagai barang 2nd hand. kaaccinngggg.. weh, uols jgn igt x laku ye. hari tu masa mommy Z nk cari satu utk Baby Z (yg 2nd hand), semua nya sold out uols..exersaucer ni mmg sangat in demand. i Like satu page ni, pagi dlm pukul 10 org iklan kan pasal benda ni, by lunch dah terjual ye. pastu duit yg dapat tu, bleh buat beli mainan baru.. penjimatan uols..

gambar blur sbb nk elak baby Z nk capai camera. ciiiittt

ni bagi org2 yg x berapa kaya mcm aku, mmg gitu la resmi nya.. if uols ada duit berkoyan, then, dh habis guna, simpan dalam stor, utk kegunaan adik-beradik yg lain.. tak pun, buat kenang-kenangan..

akhir kata, aku mmg rekomen pada uols yg mana anak nya nk berdukung sahaja, sampai x bleh nk buat keje lain, ukt dapatkan exersaucer ini. at least, derang leka main dalam ni, sempat la nk pergi basuh2 pinggan ke, vakum lantai ke.. selamat ber-shopping mommies.. =)


aku x pasti, anak aku suka amik gambar. atau dier sebenar nya excited tgk flash yg keluar dari camera.

Friday, May 25, 2012

Syakir Zarfan - 7 bulan

Diam tak diam Baby Z dah masuk 7 bulan 1 minggu. Sekejap je rasa. Rasa mcm baru semalam je aku habis pantang.. eh..? pantang sangat x best. (selingan sikit.)


1. budak bam bam ni duduk dalam perut genap 40 minggu. awal sehari dari EDD. Sbb nya EDD hari ahad. kalau doc nk induce ahad, segala2 nya berlaku pada hari ahad, jenuh aku membayar bill spital.

2. lahir 15 October 2011. kalau aku tau la, aku nk beranak czer, akan ku pilih 9 oct.. baru no cantik. 09-10-11.. curlaasss kan.. tp alhamdulillah, janji semua selamat.

tgk pipi labuh budak itu.
rambut pun lebat, tp skang, rambut malu2 nk tumbuh.


3. masa mula2 balik rmh, baik je baby Z ni.. tido je.. bunyi bising, xde hal.. lena tido... rupa2nya bukan la dier baik tido, tp sbb kena kuning, maka babyZ adalah pasif.. dok tido je. cesss.. itu pun tau dier kena kuning, nurse yg datang buat lawatan bagi tau.. hampeh giler mak si Syakir ni. Anak kena kuning pun x perasan. sikit sangat kot kuning nya.

4. lepas 2 minggu mcm tu, rambut kena cukur. we ols, xde la cukur semua rambut dalam sehari. makan 3 hari gak la.. budak x mahu duduk diam.

5. 2minggu terakhir pantang mommy dier kena jaga syakir sorang2.. mencabar ok.. tidur nya 20 minit, mendodoi nk tidurkan dia, makan masa 1 jam lebih.. buli mommy budak ni.. pastu keje nya asyik la nk mengempeng.. last2 aku decide bagi soother je. x larat ok, mengempeng lelama, mana aku risau tempat jahit lagi, nk pangku dier lagi.

masa ni, mommy Z menghitung masa je. cepat la pukul 5.30 ptg.. cepat la pukul 5.30 ptg, sbb tunggu nenek baby Z utk take over jaga budak kecik nih. serious penat. dari bagi mandi, minum susu, tukar dyper, layan dier nangis buat sendiri. kan best kalau ada mak bleh jaga dari mula pantang, sampai habis.. :(

6. his first word was 'Ba'. tp xde nya dier cakap 'BA'. selalu nya.. "bababababababababababa", panjang ok.... excited terlebih.


mcm gelap plak anak aku.. ngikut mak dier la tu.. huhuhu

7. 3 bulan dah pandai gelak2 dah.. mommy suka! gelak sampai ngekek-ngekek plak tu. seronok melayan.

8. 3 bulan berakhir, habis cuti bersalin, baby Z dah kena hantar rmh org. rmh baby sitter tingkat 4 plak tu. xde lift. silalah nak tangga. sedih la sepuluh sen kena tinggal anak kt rmh org. tp nk buat mcm mana, kena la harung gak. tp baby Z ok je duduk sana, mommy je yg x ok.

9. Baby Z minum both breast milk n formula. kuat minum ok budak nih. setiap 2 jam 4 oz (since 2 months old)... lucky me, dier ok je ngn FM n BM. pastu, botol pun ok je.. direct feed pun mahu, bottle feed pun mahu.. good boy. selesai satu masalah di situ.




10. bila makin besar, makin banyak akal nya. bila panggil nama, dier toleh. bijak. bagus. hari dier malas, org panggil buat dekk je.. gigit kang..


tgk tu, x bleh duduk diam, asyik nk main je

11. sekarang dah bleh meniarap, mengesot ke depan dan boleh duduk! sekarang adalah waktu yg paling sukar. pantang lepa sikit. entah ke mana2 je dier pergi. so dah x bleh tido atas katil dah.. takut jatuh. smlm baby Z duduk ngn daddy Z sbb BS amik cuti. daddy Z pergi daput kejap je, basuh botol, balik semula kt hall, budak ni dah bawah meja dah.. adooiii..

12. kelebihan baby Z, mudah senyum.. nangis mcm mana kuat sekali pun, bila agah sengeh. rasa mcm nk gigit je, sbb geram.

13. alhamdulillah, setiap kali pergi amik jab, xde demam. syukur sangat. masuk 7 bulan, kena demam 4 hari. nasib baik nenek nya tgh cuti, bleh tolong jagakan.


budak cendawan semasa demam. ni mcm dah ok sikit..

14. oh ya, baby Z dah ada gigi. 2 batang. amik ko.. lambat tumbuh gigi, tp skali tumbuh naik dua. to-date, gigi nya dah panjang dah. selalu sakat baby Z, "gigi awak dah panjang.. gigi lagi panjang pada rambut.. hehehhe" Baby Z senyum je. bukan dier paham pun..

15. bila gigi dah tumbuh, mula rasa seram sejuk bila nk bf.. ngilu ok kena gigit. bila kita marah, dier sengih. alahai anak.. mommy bukan main2 ok.. ini betul2..


ni baby Z tooth chart. sila bukak mulut mcm badak air nih

Thursday, May 24, 2012

How would u dance in the Club. I'll be the beyocet of cz..

hahah.. not much update recently, accept baby Z is getting smarter.. yeaayy.. and he has 2 teeth !!!! and he bites.. ouccchhhh *tears*

anyhow, would like to show u guys two videos where i find it damn hilarious.. ketawa samapai keluar air mata ok..

so how would u dance in the club. i've never been to any club. *very the virgin Mary kan*
but i love to dance. and, i secretly dance my heart out in my own room and sometimes in the shower. ok that explain why i spend hours in the shower. sorry mom..

so how do u categorizes ur moves.. the ayam, the cucuk-bintang, bla bla.. me?? i'm the clutch shower.. clutch gucci ok.. eh tak.. mak beyonce ok..

this guy is funny. tp i lebih suka matlutfie.. eh tetiba..




Tuesday, May 15, 2012

Perkahwinan satu perjudian...

Perkahwinan itu satu perjudian. Marriage is like gambling. we wouldn't know what's the next card on the deck. it could be spade, or heart, or ace or diamond. siapa boleh jamin hidup perkahwinannya cerah sampai ke petang. aku yg tok laki baik ni  (harus puji hubby sendiri kan.. kah.. geli la plak sebut hubby) pun aku x tau la sama ada akan kekal ke akhir nya ke tidak.

oleh yg demikian (cewah, siap guna penandawacana tu), aku cuba sehabis baik utk tidak bercakap pasal perkahwinan org (kekadang terlepas.. mak bukan maksum noks).. tp aku xde la publicly p kutuk or make a comment in my blog. bukan apa nyah, kang dok kata org, esok lusa kena batang hidung sendiri, baru tau. aku percaya akan pembalasan Allah. sorry i don't believe in karma. siapa percaya karma, dier Hindu. betul la kan. dalam kepercayaan agama Hindu, mereka percaya karma..

berbalik cite pasal kawim mawin ni. setiap rumah tangga ada cerita nya sendiri dah xde siapa pun bleh kata, ko salah, aku betul. betul la, sebelum kawin semua nya indah kan.. berjanji sehidup semati. kau utk ku dan aku utk kamu. tp ada je yg sebelum kawin, aku utk mu dan kengkawan ku, lepas kawin, aku utk mu n kawan ku. tu yg semedang kena tinggal kan.. tok laki pentingkan kawan.. serious weh, ada kes mcm ni. sbb aku baca ruangan Di Celah Celah Kehidupan dalam Mingguan Malaysia. ok, maybe ada org x tau, sbb derang x baca utusan meloya.. ehhhh.. sempat ko kan

mcm2 kes aku baca. isteri mengandung husbangnya lansung x kesian, kuar rmh mcm org bujang. ada plak yg lansung x bagi nafkah.. bla bla bla.. malas nk cerita panjang. nk tahu beli Mingguan Malaysia. dan pada itu, aku tau, setiap org ada dugaannya. dan siapa la kita nk judgekan.

lelaki yg jahat utk perempuan yang jahat, perempuan yg baik utk lelaki yg baik. seriously kalau ko anggap statement ni adalah muhasabah n peringatan utk diri sendiri, xde hal. tp kalau ko nk guna statement ni utk mem-padan-kan-muka org. itu tidak baik. and i shall say its a daring move for urself dear. sbb apa aku aku cakap mcm tu, sbb ko berani cakap mcm tu kt org, sedangkan ko pun dalam situasi berkahwin. if ko nk padan-muka-ko utk kes lain seperti kenduri kawin ko disaster (at the same time kenduri ko dah lepas), ok xpe kot. sbb ko dah selamat kawin. contoh lain. kereta kena curi, xpe, kecurian kereta xde la besar sangat impak nya pada diri seseorang.. tp bila ko dah mem-padan-muka-ko pasal perkahwinan, cerai berai.. weeeyyy.. giler berani babe.. ko berani kata, yg ko TAKKAN kena cerai ke..

ko pernah dengar, perempuan mengandung kena cerai 
ko pernah dgr semasa mengandung laki ada betina lain
ko pernah dgr, ko beranak sorang2 tanpa suami 
ko pernah dgr kawin berpuluh tahun n ada cucu cicit, kena cerai...


ko jgn anggap aku nk bash ko.. sbb kalau aku nk bash ko, xde la sebaik ini bahasa aku.
anggap je aku beri nasihat. 
terlajak perahu bleh diundur..
terlajak kata, dah jadi doa..
buat nya masa ko cakap tu, langin terbuka. mmg makbul doa ko tu.

the best thing is, x perlu komen rmh tangga org. if org tu nk cerita, dier sendiri tulis kt blog dier, x perlu kot ko nk p tulis n comment on his/her behalf.. apa??? dier xde blog... kalau begitu, maka nya org tu jenis low profile,lantas ko x perlu nk p hebah kan cerita dalam kain pasal si polan.. ngerti..? ke ko jenisan suka bercerita hal dalam kain.. cerita dalam kain ko, canang kt FB, cerita dalam kain org lain, ko canang kt blog?

akhir kata.. rumah tangga ko, sendiri jaga, rumah tangga aku, aku punya suka.

Wednesday, May 02, 2012

Mari muhasabah diri. Mesti baca

i got this from somewhere. lets put our political views aside, take a break, and read this. to me, some of the statements, dush dush dush, right to my face. mari muhasabah diri.


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0(aku tambah :  x perlu spesifik pada Bersih 3.0.. kita sendiri patut renungkan pada diri sendiri sama ada kita sudah berlaku adil pada diri sendiri atau tidak)

Bismillah....



Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?



Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.


Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang
berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;
maka seperti itulah kalian akan dipimpin."







again, aku kata, aku x mahu ada unsur2 politik di sini. dan x perlu pun comment pasal politic di sini. aku lihat ini sebagai check and balance buat diri aku. dan amat molek jika dikongsikan bersama. 

betul jugak, terkadang, ada juga tertinggal solat. di office walaupun physically, mmg  aku ada kt work station, sempat gak ber FB. sungguhpun aku dah selesai tugasan n punya waktu, lebih baik aku cari kerja yg boleh dibuat atau bantu rakan lain yg tgh bz.. tp aku memilih terusan browsing. terkadang terleka. lepas baca ni, dah rasa mcm, daaaannng kena kt dahi. yg mengharapkan org berlaku adil pada kita, padahal kita tidak berlaku adil pada diri sendiri.

ok dah dah.. aku nk buat kerja.. insaf nih.