Monday, August 18, 2014

Dah lama dah..

sudah lama tidak menulis di ruangan ini. sampaikan aku terlupa yg aku punya blog.

terngiang2 cakap2 di satu ketika dahulu "blog pergi, tak kembali".. haha sekarang gelaran tu dah boleh aku ambil.

kekakangan masa mmg semakin menggila. bila tgk balik ruangan archive, sedih uols. kiranya, dalam masa setahun dua kebelakangan ini, aku tidak meninggalkan jejak di alam maya. blog mahupun facebook. ok tipu. ada la aku update sesikit kt facebook, tapi sedikit sangat. gambar.... apatah lagi. 

pada waktu sekarang ni, memang aku tak upload lagi gambar di facebook mahupun blog. melainkan kalau ada org tag. sebab apa. sebab saiz badan yg hampir menyerupai gajah.. homaiii.. ok itu nk cerita dalam entry lain.

buat waktu sekarang, aku tgh semester break. maka fokus aku sekarang adalah 105% pada kerja + family. so ok.. masih dalam tempoh bertenang. bulan depan, sekolah bukak, mula lah mode gelabah aku start. nak buat mcm mana, lumrah kehidupan pelajar. *sendiri cari nahas kan*

Monday, May 12, 2014

Sem ketiga.. dan dah mula goyang..

bila update je, nk cite pasal study... asal update je nk cite pasal study.

Diam tak diam, dah masuk semester ketiga. Dan semester ini adalah paling mencabar - Research Method (susah mcm nak mati), Total Quality Management (pernah dengar org cakap lecturer ni mcm bias) dan Services Marketing (ok lecturer ni best).

memangla setiap semester akan bertambah susah cabarannya.

eh ye ke? tak jugak.. semester lepas agak ok subject nya dan juga lecturer nya.

semester ni, yaaa ampun, kalau lah bernafas itu bukan suatu tindakan luar kawalan, sudah pasti aku akan terlupa bernafas (amboi, metafora, tak agak2). serious.. semester ni sangat mencabar. almaklumlah, dah mula duduk rumah sendiri. bila duduk rumah sendiri, dari A sampai ke Z buat sendiri laki bini. Dulu duduk ngn mak, kerja rumah bahagi sama banyak, maka, xlah berat sangat.

sekali lagi kena buat self adjustment..

dan bebanan kerja. oh my.. walaupun big project x start lagi, tp CR back-to-back.. siap ada 2 3 dalam queue. selalu je sampai lambat utk kelas. nasib la semester ni dah pindahke main campus, dekat la sikit. Ya Allah, tabahkan la hati ku, kuatkan la semangat ku.

harap2 dapat la bertahan.. tinggal 2 semester je lagi, insya Allah. 

korang semua tolong diakan sekali ek.. :)

Friday, February 21, 2014

Semester 3 dah bermula

Salam,

Aku cuba sedaya upaya untuk menulis sekerap mungkin. Kalau boleh, 5 tahun akan datang, aku dapat la bukan balik entry2 lama, dan terkenang kembali kisah aku di kala ini.

Macam tajuk kat atas, aku dah masuk sem 3 dah. Result sem lepas pun dah dapat. Alhamdulillah, keputusan sem lepas adalah jauh lebih baik dari semester pertama. Terima Kasih Allah, terima kasih mama & abah, terima kasih suami, terima kasih anak, terima kasih Farihah, terima kasih kawan2. Tanpa mereka semua ni, mana mungkin aku masih lagi berdiri, meneruskan perjalan pengajian ini. *cewah*

Cepat giler masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dalam sedar, x sedar dah setahun aku tempoh pengajian. Harap2 baki lagi setahun  setengah akan berakhir dengan cepat jugak!!! hehehe.

Jujur aku cakap, semester ni dah terasa panas bontot walaupun baru seminggu kelas bermula. I can predict that this year is going to be a roller coster ride. I joined new team with new challenged. Susah giler project ni kot. Besar plak tu. 2 org penting dalam project ni resign serentak, maka tinggallah aku dengan serang TE ni terkontang kanting, picking up the knowledge. Gilerrrr!!!

Semester ni, semua lecturer dah mula sentuh serba sedikit tentang research paper. Mak aih, nk terkencing pun ada hokey... aku pun belom decide nk buat research berkenaan apa. Tapi aku suka la Marketing. HR? ok la.. boleh la.. Kalau korang ada idea mahupun cadangan utk tajuk research, sudi2 la berkongsi ek.

p/s : aku sangat teringin nk makan kek buatan sendiri. tp bila hari sabtu dan ahad tiba, aku lebih sukda duduk rumah, bermalas-malasan. *sigh*

Monday, February 17, 2014

Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah masuk rumah baru. Sebenarnya yang lebih tepat, dah selamat masuk rumah sendiri. Sebelum ni, aku sekeluarga duduk menumpang rumah parents. Lepas 3 tahun 4 bulan, kawin, baru pindah.

Tapi tu la, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Meh nak cerita sikit history nya. ke.. aku pernah cerita dulu (tu la, punya lama x update blog, aku dah lupa dah, apa yang aku dah cerita, apa yg belom.. gasak la kan)

Plan nya lepas kawin, tp masa aku pregnant, aku mcm fragile sikit, buat keje berat2, pastu bleed. terus aku decide nk stay sampai 2012.

kenapa Dec 2012? Plan asal, rumah kt Semenyih tu siap pada Dec 2012. Tapi biasalah contraction construction, ada la delay sikit. Pastu ada defect sikit, suruh derang baiki. Kemudian start plak dengan kerja pasang lampu, kipas segala. dalam bulan 7 or 8 mcm tu baru settle.

Tapi xde tanda2 aku nk duduk sana, sbb pk sapa nk jaga Syakir. Kawasan baru, takut Syakir x sesuai dengan taska or BS baru. Plus BS dier yg skang ni, baik ya amat. Pernah hari tu, aku x hantar Syakir sebab demam, selang bebeapa minit, BS dier dah sampai kt rumah bagi bubur. Kata nya bubur nk bagi Syakir makan, dah siap  masak dah. Mampooo nk dapat BS gini. So dalam hati runsing mcm mana nk cari BS baru kt Syakir bila pindah nnt, alhamdulillah, rezeki Allah bagi, aku dapat satu  rumah nearby. Senang cite, satu taman dengan rumah mak aku.

Gitu.. Syakir ni mmg betul2 mommy sayang kt kamu ni. X dapat dapat cari BS baru utk kamu, kita duduk rumah yang dekat dengan BS.

Lammmaaa giler aku nk settle kan pembelian rumah ni. Sbb xde starta tittle apa ntah. aku pun x paham. aku serah kt pak aku yg settle kan. Bayang kan S&P sign masa Nov/Dec 2012, last2 settle semuanya September 2013.. Berjanggut weh...

Start October 2013,  maka bermulalah process renovation rumah. Xde la buat yg hebat2 ke apa. cuma yg perlu sahaja. rumah tu masa ditinggalkan.. oooii mak.. bersepah, dinding dah naik kelabu. tu belom lagi barang2 yg derang tinggalkan. asal, owner rumah ni sewakan kt org. bila tenant tau yg owner nk jual rumah, derang lari la, x bayar sewa.. benggong!

So skang dah 2 minggu duduk kt mah birdnest kami .. ehhh?? *chantekinsidejoke*
Perasaan..? Seronok!!. Sudah tentu. Tapi yang paling aku tak suka, sbb aku ni penakut ya amat!! 
Memang dah azan, pangar rumah segala. Alhamdulillah, xde pape pun yang angker...buat setakat ini lah.. tapi kalau dasar penakut tu, penakut jugak. Kalau aku tinggal sensorang, for sure, semua lampu rumah aku pasang. Bil elektrik tinggi..? Gasak.. aku punya perasaan takut, mcm x bleh terima akal. hahaha.

Ingat nk buat kenduri doa selamat minggu ni. Giler ad hoc, sempat ke..? Kalau boleh, mmg nk buat minggu ni. Kenduri doa selamat masuk rumah dan juga berdoa untuk Syakir yg akan menjalani pembedahan kecil pada 4 March 2014. Tolong doakan supaya Syakir selamat eh..

Wednesday, January 22, 2014

Syakir Gunting Rambut

Kali ni nk cerita pengalaman Syakir memotong rambut... Masa lahir dulu, halus je rambut syakir ni. Halus sampai mcm rambut tu melekat kt kepala.. mcm sikat pun x lut. Lepas majlis aqiqah, terus botakkan.. lepas tu, makk aiih bercinta rambut dier nk tumbuh.. Lambat sangat..

ok bila dah panjang harus snip snip snip, potong rambut. of cz mak syakir excited, it's syakir's first hair cut.. so kitorg g kedai mamak je.. guna mesin sodok rambut tu. homaii.. buruk nau aku bg nama mesin tu. sbb xde parking space, maka en Hugo n Syakir g dulu kt kedai tu, aku tunggu dalam kete.. sbb double park kan. dah agak2 nk sampai turn Syakir aku turun la.. plus org ramai kt kedai tu. xpe.. main game la jap.. tetiba sayup2 aku dengar mcm budak menangis, tp takkan la suara Syakir, cz awal lagi.. patut x sampai pun lagi turn nya. dah tu plak, tingkap semua tutup.. bukan Syakir kot. aku buat andaian.



Lepas 5 minit, en Hugo n Syakir masuk kereta n Syakir teresak2, air mata dah jujai2 dah.. Please take note, Syakir is RAJA AIR MATA. kadang nangis nya sikit air mata berderu2 mengalir. Terus aku sebak.. ye la i miss his first hair cut. xpe.. hair grows.. esok2 bleh potong, bleh tgk.

 selenge nau muka anak aku ni la...

kali kedua potong rambut, aku miss juga. sbb apa? aaaa ni drama sikit.. aku dah plan nk bawak Syakir nk g potong rambut dari minggu ke minggu, dok la asyik tertunda. lepas tu, pada suatu hari yg hening, ketika aku pulang ke rumah selepas penat seharian bekerja.. Taraaa... Syakir dah botak.. Apak aku bawak g gunting rambut.. dah la bapak aku x bagi tau pun nk bawak p kedai gunting.. tp fikir2 balik, ala, xkan tu pun aku nk hangin kan.. tapi kan.. ada la org tu butt hurt sangat, sbb bawak anak dier p gunting rambut, x bagi tau, x mintak kebenaran.. hahaha... siannn..

bila dah gunting rambut 2 kali, makin cepat plak panjang rambut budak sorang ni tau.. Disebabkan budak mcm trauma je gunting rambut kt kedai mamak, maka kengkonon utk kali ketiga gunting rambut nk bawak p A Cut Above, sbb ada mcm kerusi bentuk haiwan utk bebudak.. Wah bawak masuk salon, suka.. sat duduk kt lion, sat duduk kt kereta.. aaa seronok kamu ye nak.. kamu x tau nasib kamu mcm mana kejap lagi. Pastu hairstylist pun sampai, pakaikan kain ke Syakir, dah meraung. Aku tgk hairstylist tu xde pun mesin sodok rambut tu. Ater gamak nya dier nk gunting rambut guna gunting.. aaa sudah.. mmg x mungkin berlaku.. mcm slow je kekdah nya.. last2 jadi gunting, cz Syakir x bleh diam, budak tu pun x berani nk gunting.. Ok selamat duit aku .. hahaha

Akhirnya ke kedai mamak la kita ye nak..  tak kira, cari parking sampai dapat.. so aku nk tgk rambut anak aku digunting depan mata.. huk aloh.. bila en Hugo dah letak Syakir kt riba utk digunting rambutnya, mula la drama air mata.. sempat aku amik video.. tp aku amik masa memula je.. ye la, anak aku meraung mcm mintak nyawa, takkan aku keras dok amik video ye dak.. tp mmg sedis sangat budak kecik sorang ni pun.. sebab guna mesin sodok rambut tu kejap je.. sodok.. settle. wah.. dah mcm tag line plak..




skang rambut dier dh panjang, aku plak x sampai hati nk bawak pergi bergunting.. agak2, kalau anak korang mcm ni punya reaksi nk potong rambut, harus x fikir 100 kali nk bawak g kedai gunting rambut.. aku dah pk 500 kali jawapan nya.. nehi... tunggu la sampai rambut panjang Syakir oooi.. nnt mummy buat tocang ek..

Tuesday, January 21, 2014

Ibu sayu melihat anak nya pergi

Drama sangat tajuk. Hai korangggg.. lama giler x tulis..
Final exam 2nd semester dah habis.. 8 Jan hari tu adalah last paper.
Seronok sangat. Subjects utk sem kali ni seronok - Services Management, Organizational Behavior & MIS. ok tang subject MIS tu, aku x brapa suka student dalam kelas tu.. aaa cite lain kali la..

Ok sekarang tengah menghitung hari ni pindah. At last!!! Lama dah kot tunggu process renovate bagai. Dari bulan Nov last year. Kerja2 renovation xde la lama sangat. Tp aku saje lengah2 kan sbb nk focus study. Second half of the semester ada 3 group assignments nk kena hantar, 3 presentations, 1 individual assignment punya due date. Phewwww.. mau x panas pungkoq dok buat assignment. masa first half of the sem, goyang kaki.. sekarang rasa kan.. i guess some ppl just don't learn from their mistake.. hahah

ok berbalik pada cerita nk pindah rumah. weekend lepas, dah start angkat barang sesikit.. ala, rumah mak aku and rumah aku, sekangkang kera je noks.. satu taman, lain blocks.. hahahha sama mcm xyah pindah kan. no no no.. pindah, tetap kena pindah..

so mengankut la barang sedikit2 demi sikit.. walaupun sikit, bangak gak.. aku punya baking stuff ju dah 3 kotak. haha.. Gaya mcm dah full time baker dah.. insya allah, satu hari ni.. Amminnn....

kebetulan minggu ni, parents aku balik kampung. maka, kerja2 memindah barang tidak la dapat disaksikan oleh parentsku. no biggie.  En Hugo ada.. he can handle that.. Right dude??? So Isnin baru la mak pak aku sampai rumah.

Smlm aku balik keje, mama pun bukak cite. "tadi masa mama sampai rumah, mama tengok printer kak yong ngn bakul barang kek dah xde.. mama cakap ngn abah, budak2 ni dah pindah ke?? terus abah berlari g bilik, tgk kamu dah betul2 pindah ke.. mama tgk bilik, terus rasa sebak.." aku terus gelak.. tp at the same time, aku pun terus rasa sebak gak.. nasib x nangis.. dah berdrama sebabak plak anak beranak kt dapur.. haha.. itu la aku ngn mak aku.. kitorg, bila bab2 mcm ni, mmg sentimental sikit.

tp xpe ma.. nina pindah dekat je.. hari2 mesti drop by sbb nk amik syakir.. nnt bila nina dtg amik syakir, nina bawak lauk ek.. gitu.. i dah duduk rmh sendiri, harus la kena masak kan.. tak tahu masak??? kena la belajar kan.. hehe. anyhow, nervous gak nk pindah rumah. bukan  x reti berdikari, tu xde hal. tp aku ni penakut tahap langit ke 7. dah tu, dah makin dekat nk pindah ni, asal aku nk tgk movie kt youtube, tangan ni asyik la gatal p cari cite hantu.. adoila .. apasal cari penyakit nih..

ok la.. sampai sini saje.. nnt kita gebang lagi ye.. cio..