Monday, May 12, 2014

Sem ketiga.. dan dah mula goyang..

bila update je, nk cite pasal study... asal update je nk cite pasal study.

Diam tak diam, dah masuk semester ketiga. Dan semester ini adalah paling mencabar - Research Method (susah mcm nak mati), Total Quality Management (pernah dengar org cakap lecturer ni mcm bias) dan Services Marketing (ok lecturer ni best).

memangla setiap semester akan bertambah susah cabarannya.

eh ye ke? tak jugak.. semester lepas agak ok subject nya dan juga lecturer nya.

semester ni, yaaa ampun, kalau lah bernafas itu bukan suatu tindakan luar kawalan, sudah pasti aku akan terlupa bernafas (amboi, metafora, tak agak2). serious.. semester ni sangat mencabar. almaklumlah, dah mula duduk rumah sendiri. bila duduk rumah sendiri, dari A sampai ke Z buat sendiri laki bini. Dulu duduk ngn mak, kerja rumah bahagi sama banyak, maka, xlah berat sangat.

sekali lagi kena buat self adjustment..

dan bebanan kerja. oh my.. walaupun big project x start lagi, tp CR back-to-back.. siap ada 2 3 dalam queue. selalu je sampai lambat utk kelas. nasib la semester ni dah pindahke main campus, dekat la sikit. Ya Allah, tabahkan la hati ku, kuatkan la semangat ku.

harap2 dapat la bertahan.. tinggal 2 semester je lagi, insya Allah. 

korang semua tolong diakan sekali ek.. :)

Friday, February 21, 2014

Semester 3 dah bermula

Salam,

Aku cuba sedaya upaya untuk menulis sekerap mungkin. Kalau boleh, 5 tahun akan datang, aku dapat la bukan balik entry2 lama, dan terkenang kembali kisah aku di kala ini.

Macam tajuk kat atas, aku dah masuk sem 3 dah. Result sem lepas pun dah dapat. Alhamdulillah, keputusan sem lepas adalah jauh lebih baik dari semester pertama. Terima Kasih Allah, terima kasih mama & abah, terima kasih suami, terima kasih anak, terima kasih Farihah, terima kasih kawan2. Tanpa mereka semua ni, mana mungkin aku masih lagi berdiri, meneruskan perjalan pengajian ini. *cewah*

Cepat giler masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dalam sedar, x sedar dah setahun aku tempoh pengajian. Harap2 baki lagi setahun  setengah akan berakhir dengan cepat jugak!!! hehehe.

Jujur aku cakap, semester ni dah terasa panas bontot walaupun baru seminggu kelas bermula. I can predict that this year is going to be a roller coster ride. I joined new team with new challenged. Susah giler project ni kot. Besar plak tu. 2 org penting dalam project ni resign serentak, maka tinggallah aku dengan serang TE ni terkontang kanting, picking up the knowledge. Gilerrrr!!!

Semester ni, semua lecturer dah mula sentuh serba sedikit tentang research paper. Mak aih, nk terkencing pun ada hokey... aku pun belom decide nk buat research berkenaan apa. Tapi aku suka la Marketing. HR? ok la.. boleh la.. Kalau korang ada idea mahupun cadangan utk tajuk research, sudi2 la berkongsi ek.

p/s : aku sangat teringin nk makan kek buatan sendiri. tp bila hari sabtu dan ahad tiba, aku lebih sukda duduk rumah, bermalas-malasan. *sigh*

Monday, February 17, 2014

Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah masuk rumah baru. Sebenarnya yang lebih tepat, dah selamat masuk rumah sendiri. Sebelum ni, aku sekeluarga duduk menumpang rumah parents. Lepas 3 tahun 4 bulan, kawin, baru pindah.

Tapi tu la, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Meh nak cerita sikit history nya. ke.. aku pernah cerita dulu (tu la, punya lama x update blog, aku dah lupa dah, apa yang aku dah cerita, apa yg belom.. gasak la kan)

Plan nya lepas kawin, tp masa aku pregnant, aku mcm fragile sikit, buat keje berat2, pastu bleed. terus aku decide nk stay sampai 2012.

kenapa Dec 2012? Plan asal, rumah kt Semenyih tu siap pada Dec 2012. Tapi biasalah contraction construction, ada la delay sikit. Pastu ada defect sikit, suruh derang baiki. Kemudian start plak dengan kerja pasang lampu, kipas segala. dalam bulan 7 or 8 mcm tu baru settle.

Tapi xde tanda2 aku nk duduk sana, sbb pk sapa nk jaga Syakir. Kawasan baru, takut Syakir x sesuai dengan taska or BS baru. Plus BS dier yg skang ni, baik ya amat. Pernah hari tu, aku x hantar Syakir sebab demam, selang bebeapa minit, BS dier dah sampai kt rumah bagi bubur. Kata nya bubur nk bagi Syakir makan, dah siap  masak dah. Mampooo nk dapat BS gini. So dalam hati runsing mcm mana nk cari BS baru kt Syakir bila pindah nnt, alhamdulillah, rezeki Allah bagi, aku dapat satu  rumah nearby. Senang cite, satu taman dengan rumah mak aku.

Gitu.. Syakir ni mmg betul2 mommy sayang kt kamu ni. X dapat dapat cari BS baru utk kamu, kita duduk rumah yang dekat dengan BS.

Lammmaaa giler aku nk settle kan pembelian rumah ni. Sbb xde starta tittle apa ntah. aku pun x paham. aku serah kt pak aku yg settle kan. Bayang kan S&P sign masa Nov/Dec 2012, last2 settle semuanya September 2013.. Berjanggut weh...

Start October 2013,  maka bermulalah process renovation rumah. Xde la buat yg hebat2 ke apa. cuma yg perlu sahaja. rumah tu masa ditinggalkan.. oooii mak.. bersepah, dinding dah naik kelabu. tu belom lagi barang2 yg derang tinggalkan. asal, owner rumah ni sewakan kt org. bila tenant tau yg owner nk jual rumah, derang lari la, x bayar sewa.. benggong!

So skang dah 2 minggu duduk kt mah birdnest kami .. ehhh?? *chantekinsidejoke*
Perasaan..? Seronok!!. Sudah tentu. Tapi yang paling aku tak suka, sbb aku ni penakut ya amat!! 
Memang dah azan, pangar rumah segala. Alhamdulillah, xde pape pun yang angker...buat setakat ini lah.. tapi kalau dasar penakut tu, penakut jugak. Kalau aku tinggal sensorang, for sure, semua lampu rumah aku pasang. Bil elektrik tinggi..? Gasak.. aku punya perasaan takut, mcm x bleh terima akal. hahaha.

Ingat nk buat kenduri doa selamat minggu ni. Giler ad hoc, sempat ke..? Kalau boleh, mmg nk buat minggu ni. Kenduri doa selamat masuk rumah dan juga berdoa untuk Syakir yg akan menjalani pembedahan kecil pada 4 March 2014. Tolong doakan supaya Syakir selamat eh..

Wednesday, January 22, 2014

Syakir Gunting Rambut

Kali ni nk cerita pengalaman Syakir memotong rambut... Masa lahir dulu, halus je rambut syakir ni. Halus sampai mcm rambut tu melekat kt kepala.. mcm sikat pun x lut. Lepas majlis aqiqah, terus botakkan.. lepas tu, makk aiih bercinta rambut dier nk tumbuh.. Lambat sangat..

ok bila dah panjang harus snip snip snip, potong rambut. of cz mak syakir excited, it's syakir's first hair cut.. so kitorg g kedai mamak je.. guna mesin sodok rambut tu. homaii.. buruk nau aku bg nama mesin tu. sbb xde parking space, maka en Hugo n Syakir g dulu kt kedai tu, aku tunggu dalam kete.. sbb double park kan. dah agak2 nk sampai turn Syakir aku turun la.. plus org ramai kt kedai tu. xpe.. main game la jap.. tetiba sayup2 aku dengar mcm budak menangis, tp takkan la suara Syakir, cz awal lagi.. patut x sampai pun lagi turn nya. dah tu plak, tingkap semua tutup.. bukan Syakir kot. aku buat andaian.



Lepas 5 minit, en Hugo n Syakir masuk kereta n Syakir teresak2, air mata dah jujai2 dah.. Please take note, Syakir is RAJA AIR MATA. kadang nangis nya sikit air mata berderu2 mengalir. Terus aku sebak.. ye la i miss his first hair cut. xpe.. hair grows.. esok2 bleh potong, bleh tgk.

 selenge nau muka anak aku ni la...

kali kedua potong rambut, aku miss juga. sbb apa? aaaa ni drama sikit.. aku dah plan nk bawak Syakir nk g potong rambut dari minggu ke minggu, dok la asyik tertunda. lepas tu, pada suatu hari yg hening, ketika aku pulang ke rumah selepas penat seharian bekerja.. Taraaa... Syakir dah botak.. Apak aku bawak g gunting rambut.. dah la bapak aku x bagi tau pun nk bawak p kedai gunting.. tp fikir2 balik, ala, xkan tu pun aku nk hangin kan.. tapi kan.. ada la org tu butt hurt sangat, sbb bawak anak dier p gunting rambut, x bagi tau, x mintak kebenaran.. hahaha... siannn..

bila dah gunting rambut 2 kali, makin cepat plak panjang rambut budak sorang ni tau.. Disebabkan budak mcm trauma je gunting rambut kt kedai mamak, maka kengkonon utk kali ketiga gunting rambut nk bawak p A Cut Above, sbb ada mcm kerusi bentuk haiwan utk bebudak.. Wah bawak masuk salon, suka.. sat duduk kt lion, sat duduk kt kereta.. aaa seronok kamu ye nak.. kamu x tau nasib kamu mcm mana kejap lagi. Pastu hairstylist pun sampai, pakaikan kain ke Syakir, dah meraung. Aku tgk hairstylist tu xde pun mesin sodok rambut tu. Ater gamak nya dier nk gunting rambut guna gunting.. aaa sudah.. mmg x mungkin berlaku.. mcm slow je kekdah nya.. last2 jadi gunting, cz Syakir x bleh diam, budak tu pun x berani nk gunting.. Ok selamat duit aku .. hahaha

Akhirnya ke kedai mamak la kita ye nak..  tak kira, cari parking sampai dapat.. so aku nk tgk rambut anak aku digunting depan mata.. huk aloh.. bila en Hugo dah letak Syakir kt riba utk digunting rambutnya, mula la drama air mata.. sempat aku amik video.. tp aku amik masa memula je.. ye la, anak aku meraung mcm mintak nyawa, takkan aku keras dok amik video ye dak.. tp mmg sedis sangat budak kecik sorang ni pun.. sebab guna mesin sodok rambut tu kejap je.. sodok.. settle. wah.. dah mcm tag line plak..




skang rambut dier dh panjang, aku plak x sampai hati nk bawak pergi bergunting.. agak2, kalau anak korang mcm ni punya reaksi nk potong rambut, harus x fikir 100 kali nk bawak g kedai gunting rambut.. aku dah pk 500 kali jawapan nya.. nehi... tunggu la sampai rambut panjang Syakir oooi.. nnt mummy buat tocang ek..

Tuesday, January 21, 2014

Ibu sayu melihat anak nya pergi

Drama sangat tajuk. Hai korangggg.. lama giler x tulis..
Final exam 2nd semester dah habis.. 8 Jan hari tu adalah last paper.
Seronok sangat. Subjects utk sem kali ni seronok - Services Management, Organizational Behavior & MIS. ok tang subject MIS tu, aku x brapa suka student dalam kelas tu.. aaa cite lain kali la..

Ok sekarang tengah menghitung hari ni pindah. At last!!! Lama dah kot tunggu process renovate bagai. Dari bulan Nov last year. Kerja2 renovation xde la lama sangat. Tp aku saje lengah2 kan sbb nk focus study. Second half of the semester ada 3 group assignments nk kena hantar, 3 presentations, 1 individual assignment punya due date. Phewwww.. mau x panas pungkoq dok buat assignment. masa first half of the sem, goyang kaki.. sekarang rasa kan.. i guess some ppl just don't learn from their mistake.. hahah

ok berbalik pada cerita nk pindah rumah. weekend lepas, dah start angkat barang sesikit.. ala, rumah mak aku and rumah aku, sekangkang kera je noks.. satu taman, lain blocks.. hahahha sama mcm xyah pindah kan. no no no.. pindah, tetap kena pindah..

so mengankut la barang sedikit2 demi sikit.. walaupun sikit, bangak gak.. aku punya baking stuff ju dah 3 kotak. haha.. Gaya mcm dah full time baker dah.. insya allah, satu hari ni.. Amminnn....

kebetulan minggu ni, parents aku balik kampung. maka, kerja2 memindah barang tidak la dapat disaksikan oleh parentsku. no biggie.  En Hugo ada.. he can handle that.. Right dude??? So Isnin baru la mak pak aku sampai rumah.

Smlm aku balik keje, mama pun bukak cite. "tadi masa mama sampai rumah, mama tengok printer kak yong ngn bakul barang kek dah xde.. mama cakap ngn abah, budak2 ni dah pindah ke?? terus abah berlari g bilik, tgk kamu dah betul2 pindah ke.. mama tgk bilik, terus rasa sebak.." aku terus gelak.. tp at the same time, aku pun terus rasa sebak gak.. nasib x nangis.. dah berdrama sebabak plak anak beranak kt dapur.. haha.. itu la aku ngn mak aku.. kitorg, bila bab2 mcm ni, mmg sentimental sikit.

tp xpe ma.. nina pindah dekat je.. hari2 mesti drop by sbb nk amik syakir.. nnt bila nina dtg amik syakir, nina bawak lauk ek.. gitu.. i dah duduk rmh sendiri, harus la kena masak kan.. tak tahu masak??? kena la belajar kan.. hehe. anyhow, nervous gak nk pindah rumah. bukan  x reti berdikari, tu xde hal. tp aku ni penakut tahap langit ke 7. dah tu, dah makin dekat nk pindah ni, asal aku nk tgk movie kt youtube, tangan ni asyik la gatal p cari cite hantu.. adoila .. apasal cari penyakit nih..

ok la.. sampai sini saje.. nnt kita gebang lagi ye.. cio..

Tuesday, November 26, 2013

Pro dan Kontra Tinggal bersama Parents/Parents-in-law lepas bernikah.

Pro dan Kontra Tinggal bersama Parents lepas bernikah.

hari ni cerita pro & con utk tinggal dengan parents lepas bernikah.
aku dah 3 tahun tinggal dengan parents aku lepas bernikah dgn En Hugo. (dah lama x panggil incik suami dgn gelaran itu.)
tak terfikir pun nk tinggal selama itu. plan asal, lepas kawin akan pindah, hidup sendiri, hidup berdikari.

Tapi, manusia hanya mampu merancang. Allah yg menetukan segala.
Bertangguh2 aku nk pindah. Sebab masa aku pregnant, aku x bleh buat kerja berat, or renyah. Kalau tidak, aku akan bleeding.
Manja kan.. ahahhaha..
Dan kebetulan, rmh aku bakal siap pada 2012. So alang2 nk pindah, better tunggu rumah sendiri siap, maka akan berpindah la kami laki bini.
Nan ado.. hahaha.. Bila mana rumah dah siap, mula la aku risau pasal sape nk jaga anak aku, intan payung gunung meletup tu.. plus sekarang, banyak sungguh kes baby kt rumah pengasuh n nursery kena belasah. Hiperbola di situ. pejam celik pejam celik 3 tahun. 3 tahun uolss.. Tp terima kasih la kepada en Hugo kerana sanggup berkompromi. Thanks sayang.. Really appreciate that.

Orang cakap, senang la.. duduk dengan parents, sesen xyah keluar duit.
Kalau mak pak kaya, harta 4 generasi pun makan tak habis, mmg la x perlu nk keluar sesen. kot ye, kalau kaya sangat pun, tolong la.. jaga maruah sikit boleh.
takkan dah berlaki, dah berbini masih lagi nk makan tanggung, berak cangkung kot. hahah..

Pro
1. First, of course ko bleh save a few ringgit. ada bahagian, ko bayar, ada bahagian parents to settle kan. bukan free ok. contoh, ko bayar segala bil yg ada -TV, telefon, api, air, astro yada yada yada.. parents beli belanja dapur.. then nk makan hari2 masing2 pandai main kan peranan.

2. bleh jugak tengok2 kan parents tu. sakit pening nya. kalau kita sakit pun, parents bleh tolong jaga kan.. Hari tu aku kena sengat dgn apa benda ntah[tp sakit nya, mak oiiii... patut la kalau kena sengat ngn sekumpulan penyengat or lebah, bleh mati.. now i can relate], while en Hugo dok cara kan anak, aku lari p bilik mama ngadu sakit sambil nangis2.. sedikit drama di situ.. lalu mak aku pun urut2 la jari tu sambil 'baca' sikit2.. paink killer yg aku telan memula, x berkesan uols.. shit!!

3. bleh belajar ngn mak. frankly speaking aku baru tau aku x sabar ngn budak kecik.. selalu aku dok bersuka ria ngn baby cousin, mmg geng ar.. tp itu sbb masa derang seronok2.. time nangis mmg aku x cara pun. bila dah kena kt anak sendiri, time dier nangis, silakan pujuk. aku ada gak marah time syakir nangis. mula la mak aku bukak cerita masa dier jaga aku adik beranik dulu. sekali pun x pernah marah. satu lagi, kekadang masa mak aku dok main2 ngn syakir sambil dok nyanyi deng deng go deng don dong dong..  i was like.. apakah?? apa punya lagu, tp syakir elok je uols.. aku tanya kt mak aku "mama, mcm mama dok layan syakir.. elok je.. mcm mana nk nyanyi..?" gitu.. soalan aku. sekarang, aku notice, aku dah lebih sabar. bila rasa nk marah, aku teringat kata2 mak aku "mama masa korang kecik2 dulu, xde pun nk marah2 masa korang nangis. budak kecik, apa yg derang tau.." true enuff, masa aku kecik aku x igt pun bila aku kena marah. ada la sekali mak aku naik hantu, sbb aku main kt bawah flat.. hahaha

Con
1. of cz ko x bebas. dari cara pemakaian. takkan nk seksi meksi kn.. unless ko duduk rmh parents sendiri. kalau duduk rmh in-laws, guane??? adab kena jaga.. kekadang kita n suami, mmg gaya gurau kasar, maka, x bleh nk bergurau sedemikian. x bleh la tgk cite titanic, bila sampai part jack n rose, cencium, ko pun nk join sekaki kan.. tp kan, kalau duduk rmh parent, mesti ada bilik sendiri kan.. so apa ada kes, masuk bilik, ikut kau lah nk brapa round.. ehhhh??? aku yg aku nk sampaikan adalah.. Adab babe, adabbb..

2. ni kalau menantu perempuan kena duduk rmh in-law. selalu nya makan hati sikit bila mana2, ada communication breakdown.. kekadang mak mentua tu jenisan suara memetir. cakap mcm biasa pun, jiran 5 pintu bleh dgr, kena dapat menantu yg hati sayur, dah terasa hati. kalau menantu lelaki duduk rmh in-law, jarang ada problem mcm gini la.. sbb derang punya konsep, selagi bukan masalah besar, abaikan aja..

3. meng-orang-gaji-kan salah satu pihak.. kekadang, mentua dok suruh menantu buat itu ini. kekadang, menantu  pun x ambil pusing nk buat keje rumah.. mmg ada ye.  ada mentua fikir, "aku dah sedia kan tempat tinggal utk ko laki bini, jgn nk shake leg, persilakan buat segala kerja rumah".. gituu..
ada plak menantu.." aaaahh lantak la.. malas nk buat.. esok2 mentua aku buat jugak".. ni mmg biadap sedikit.. eh silap.. biadap banyak.. mentua pun setaraf mcm parents sendiri yell jgn dilupa itu..

cukup la aku senarai kan 3... if ada sesiapa nk menambah, silakan...
ok , next entry aku cakap tips mentua dan menantu yg duduk under one roof plak ek..
wahhh dah macam kauselor plak entry nya.

Friday, November 22, 2013

Syakir anak siapa??? Anak Daddy...


Kalau tanya, Syakir ikut muka siapa.. hands down, Syakir mmg ikut muka daddy nya.. ok yang, confirm i x curangsss.. motip buat pengakuan x curang. muahahaha. 
Ye la kan.. kekadang mulut mak cik mak cik ni semua mcm insurance tinggi sangat..

dah kenapa plak gambar ni senget???

Contoh
"eh, nape baby xde macam muka bapak nya pun..? " tanya masa baby baru 2 3 bulan.. harus la muka dok berubah2kan..

"eh kenapa muka baby x macam muka bapak ek..? hello, it takes two to create a baby.. tak ikut muka bapa.. ikut muka mak.. like.. duhh???

"eh nape baby x ikut muka sape2 pun eh..?" yg ni harus hangin.. dah kesah sangat muka anak org ikut sapa plak..

 Tapi dak Syakir ni, muka photostat daddy nya.. gambar sebelah2.. seiras tak.. abai kan muka mommy yg serabai kt atas tu..


Nak tgk ada iras daddy ke tak.. cuba compare gambar Syakir  n gambar daddy masa kecik2... sama x?
sammaaa uolsss...

ada org kata, anak laki kalau ikut muka ayahnya, 'keras' sedikit..
ye ke???
gasak la.. yg penting didikan kita pada anak kita.. dop gitu..?

Friday, November 15, 2013

Dah nk masuk rumah baru dah





Salam.
Lama sudah. Tak jenguk sini.

Kelas pun dah mula.
Sudah setengah semester pun. Macam biasa. Kerja buat last minute walaupun awal2 dah berazam nk buat kerja awal2.
haha.. tipikal sungguh.

Syakir dah besar dah sekarang.
Dah dua tahun pun.
Dan banyak cakap. Ikut siapa lah agak nya.hahah


Oh ya. urusan jual beli rumah dah siap.. Finally. Dari december tahun lepas.. baru settle last month. Leceh betul beli rumah atas orang.Naik hantu jugak aku ni.
So sekarang, tgh dok renovate rumah tu sikit2. Masa memula tgk kondisi rumah tu.. azab uols. bersepah.

eventually owner asal rumah tu, sewakan kt a group of guys. bila dah tau tuan rumah nk jual rumah tu, derang cabut je.. banyak gak barang2 yg derang tinggal.
Stress ok.. Malas fikir panjang, aku mintak tolong ada satu pak cik yg selalu buat kerja2 kt situ settle kan. Buang segala barang dah cuci rumah. settle. Puas hati.

Sekarang tinggal nk renovate sikit, cat sikit, buat lantai sikit. Lepas tu bleh masuk.. Yee haaa..

Aaaa.. kami bukan masuk rumah kt semenyih tu. Rumah yg itu, sewakan. Alhamdulillah dah dapat penyewa pun. Sebab tak pindah ke sana, sbb Syakir kecik lagi dan aku x tau baby sitter mana yg sesuai utk htr Syakir.. So kebetulan dekat ngn area rumah mak aku duduk tu, ada la org nk jual rumah, dari menyewa, baik la aku beli.. Monthly adalah jauh lebih murah, plus, lambat laun, jadi harta aku jugak.. Aaa kelas ko nak. since mak ko x jumpa BS nk jaga ke awok, terus beli rumah dekat dengan baby sitter.. gituuu..

So akhirnya bleh la duduk rumah sendiri lepas ni. Anak sorang, dah 2 thn plak tu, baru belajar hidup sendiri.. Gasak la kan.. Masing-masing ada cara sesndiri utk hidup..

Wednesday, September 04, 2013

Dah bujang dan anak sorang ni...

Salam lebaran. Raya dah hujung2 sangat, baru nk wish selamat hari raya.
Better late than never right.

Segak bergaya anak bujang dengan baju melayu dan samping.
Dah besar dah anak bujang sorang ni.
Bulan depan dah genap 2 tahun.

Makin banyak ragam budak sorang ni.
Tapi dia la penawar segala duka.

Monday, July 22, 2013

I've received my first sem result..

So yeaaahh.. I've received my first semester result. 
Of course I'm not going to put the result on the blog. I admit i didn't pass with flying colors but i must say, i pretty much content with the result. Harus la, during examination weeks, 12 jam kt office, and I only got do my revision  at 2am till 4 am..OK la, lepas la utk proceed ke semester berikut nya.

A friend of mine once asked me, "u have a baby rite. how do u juggle between study, baby and work." *owh she forgets to add wife and daughter to her list* hahahha
i told her, "owh i have a friend with a baby and a toddler, working, and at the same time, study for her PhD. So that motivates me"

To tell u the truth, it is not easy. seriously. Furthermore, I'm taking totally different course from my degree. Just imagine, that we have to complete 12 syllabus of  Accounting, 10 chapters for Marketing Management and 11 chap for Human Capital Management in 5 frigging months.!!Absurd. Plus I don't even have accounting background. Ok tipu. i did learn basic accounting a chapter related to accounting in Kemahiran Hidup Tingkatan 3!!! Aci ke tidak.. ahaha

So my class routine during study would be, 3 classes per week which is starts at 6.30pm and end at 9.30.. phewww.. the number of classes depend the number of subject u decide to enroll per semester. Since the distance between campus and home-sweet-home is about 7-8 km, i will reach home around 9.50pm and if i'm lucky, Syakir will wide awake. So that i could spend some mother-and-son-bonding-time before he goes to bed. :(

I have to thank my husband for being so understanding with my work + study load. Thanks darl.
and not forgetting mommy dearest who helped me out to look after my little rascal. thanks mom!!!

and at this moment, i'm on semester break, yeeehaaa.. tu sebab ada masa nk tulis entry.. hahahaha..
sebenarnya plan nk amik short sem, tp disebabkan trauma x habis, maka batalkan hasrat nk amik short sem.. ye la. the last time i sit in the examination hall was 7 YEARS ago.. harus terkejut nk duduk pekse balik. hahah nasib x pengsan masa jawab soalan hari tu.. pejam celik, pejam celik, dah habis satu semester uols... seronok sangat.. ok la.. till then.. tata..

Wednesday, July 17, 2013

Cerita seram2 manja di bulan puasa

Minggu lepas, tetiba didatangi oleh seorang perempuan datang menyapa.

"anak nk jadi cantik..?"

ko giler.. tetiba tanya gitu.. haruslah nk cantikkan..dah menjadi fitrah semua perempuan utk kelihatan cantik. Kalau tidak, masakan ramai selebriti yg dah cantik, p cucuk botox, filler segala.

maka, aku jawab la aku nak..
sebaik aku cakap mcm tu, perempuan tu bagi list patang larang.
ala, heran apa, amik SD11 pun ada pantang larang noks, x bleh amik karbohidrat, makan protein sahaja, yada yada yada.
aku baca satu per satu pantang larangnya. sampailah pantang no 6, setiap seminggu, satu hari, aku perlu makan nasi setimbon (makan dengan banyak la)..
hahaaha..bunyi mcm kelakarkan. dah sah sah aku kena slim down sbb ada org kata aku gomoks mcm belon. hello, mak gemuks cz mak beranak czer.. before deliver, mak hot ok.. gituuu.. dari awak tu, dulu kini selamanya, papan playwood, apa pun xde eh...? maad terlepas cakap, bulan puasa, tak baik..

melihat pada pantang no6 tu, aku dah rasa x sedap. ni suruh aku makan banyak2 ni, sbb nk bagi hantu makan ke apa. dan dan aku tolak.
koser aku..

tak lama lepas tu, tidak semena2 aku berada dalam satu pondok kayu, berhampiran pantai.
di dalam rumah tu, ada seorang wanita muda dan seorang nenek tua.
nenek tua : ko baca mentera tu cepat
maka terkumat kamit perempuan muda itu membaca mentara. aku? duduk diam di penjuru, cuba utk compute apa yg sedang berlaku.
perempuan muda : nenek!!! ada makhluk keluar dari laut nek...!!!
nenek tua : teruskan baca mentera tu! jgn berhenti baca mentera!

semakin lama, makhluk tu mendekati pondok usang itu..

perempuan muda : nenek!!! dier dah dekat dah nek..

sluuuuuurrrppppp.. angin kuar menerpa perempuan muda itu.
terus cantik berseri muka perempuan muda itu..


Lantas aku terus bangun dari tido.. Ye mimpi.. mimpi yg amat menakutkan!!
kejut daddy Z, xde nya bangun, terus lari pergi ke bilik mama. ceritakan pasal mimpi aku.
mama kata, xpe pape, since mimpi tu jadi dalam pukul 4am mcm tu. so mainan syaitan barangkali.. lega!!
of coz takut, hokey, pernah dengar tak org bleh turunkan ilmu, memberi pendamping melalui mimpi..
bila aku fikir2 semula, dalam mimpi tu aku xde mention perkataan "aku terima", sedikit lega di situ.
ye la, org dulu2 ramai yg ada pendamping la, penjaga la.. rasanya arwah opan n tok xde benda2 ni.. tak tau la kot sedara jejauh. sementelah plak aku mmg x brapa rapat ngn 2  pupu, 3 pupu segala ni, mmg idok le teman tau.. harap2 xde menda jadi la..

ok la, sekian sahaja coretan kitty not so puaka..

Monday, July 15, 2013

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum..
Sapu sampah, kemas rumah..
Dah lama x menjenguk kt sini..

Oh sebelum terlupa. Selamat berpuasa semua. Seperti biasa, asal hilang je, mesti alasannya busy.  Tapi betul la kan. Memang aku busy pun. Serious, tak tipu. Nak nak sekarang ni tanggungjawab baru dah bertambah. Add another title to the list – STUDENT! Oh pada yg tak tahu, aku tengah sambung master. Tu la, xde kerja cari kerja namanya. 

Sekarang ni dah habis pun satu semester. Tengah tunggu result. Ya Allah debaranya, Allah je yang tahu. Lantas dengan kesibukkan itu, blog terabai. Tak kuasa plak aku, pulun nk berblogging, sesubuh2 alam, nk on laptop, nk private kan blog, eh silap nk update blog.
Memang sangat banyak dugaan semester ni. Kereta tenggelam dek banjir. Kena repair and it cost a whole to my wallet. *sigh* lepas tu nk menjadikan cerita tu lebih menarik, adalah, exam week diadakan ketika project tgh peak. Mana nk buat revision, mana nk buat kerja lagi, mana nk tgk kan anak lagi. Oh, aku tak menyesal. Dah jalan ini yg aku pilih. Balik rumah dalam pukul 9. Layan syakir sampai aku tertidur, pukul 1 bangun balik balek2 buku. Entah banyak mana yg masuk. Harap2 la semua berjalan lancer. Aminnnn…

Sekarang, OrangFrance punya project dah habis.. yeehaaaa.. but wait, my superior just assign to a Kuwit project and it is ad hoc. Aduhhhh.. tersempat mak bernafas noksss… tp redha je la.. ye la, x kerja, mana nk datang duit nya kan… payah plak nk beli LV sebiji. Ehhh.. ferlu ke..

Anyhow, kepada semua, selamat menyambut bulan Ramadhan al m ubarak. Semoga ramadhan tahun ini adalah ramadhan yg lebih baik berbanding tahun yg sudah2.

p/s : entry berikut nya, adalah berunsur anker.. way dah mcm kittykat puaka dah kekdah nya. oppsss

Monday, May 20, 2013

Kereta Tenggelam uols..

Dua minggu lepas, kereta aku dinaiki air. cewah dah mcm tulis karangan BM plak.

Hari selasa, dah hari tu aku ada presentation utk subject Human Resource Management. Presentation kami diiringi dengan guruh dan hujan. ok, perkara biasa. Elok lepas semua presenter dalam group aku dah present part masing2, ada la org ketuk kelas, mintak alih kereta sbb air dah mula naik.

Presentation dihentikan buat seketika. Aku antara nak dengan tak nk turun, tgk kereta sendiri. x jangka la air akan naik kan.. tp aku turun jugak la p tengok.

dengan kasut tinggi bawak payung, hujan seakan gerimis aku turun. bila dah sampai kt parking lot.. mak aih.. air dah naik kauuu.. terkontang kanting kete aku sorang2 kt situ.. ok tipu, ada la 2 biji kete lain. aku pun x pastu bentuk muka bumi kt park park tu mcm mana. aku berdiri kt hujung sini, kete aku kt hujung sinun. kt tempat aku berdiri tu, elok je, air banjir ala2 manja paras buku lali. tp bila jalan 10 langkah ke depan, air dah sampai betis.

panic ok... typical lady driver, aku x tau nk buat apa. masa tu terfikir nk alih kete. nk ku randuk banjir, aku bukan berani. nasib ada sorang classmate ni, aku mintak tolong utk alih kan kereta aku. pelan2 dier bejalan menuju ke kereta.. sampai satu tahap, air dah sampai peha uols. ok sila pasrah..

enjin x bleh hidup. kawan aku siap cakap "u ada kasut dalam kereta kan.. i nampak kasut u floating mcm sampan dalam kereta.." dannngggg... mmg aku sudah pasrah.. apa lagi, naik ke kelas semula.. cabut kasut tinggi, jalan kaki ayam.. hahaha
nampak itu selipar.. masa air naik dier terapung, 
air surut, terdapar kt gear aku... cissss

malam tu, kereta tinggal kt kampus, esok EL.. baru settle kan hal kereta. 

pagi keesokkannya, pergi ke kampus.. air dah xde dah.. actually lepas aku pasrah lantas naik ke kelas, dalam 15 minit mcm tu, kawan aku call. kata air dah surut dah.. cuba turun n start kereta.. cess.. sekejapan je banjir.. geram aku... 

berselut kauuu kete aku..


hari tu aku x bawa file pergi kelas.. 
maka habis basah nota.. 
jom kita salai nota bagi kering..


call trak penunda, tarik kete ke bengkel. arrgghh stress aku. lepas g pergi bengkel, aku terus g Kenanga City, borong baju. semetelah aku dah xde baju nk pakai, ditambah dengan stress, terus aku borong 8 helai baju. total damage 120 JE. eh, perlu ke highlight harga. hahah.. dulik org kata aku beli baju borong JE, janji aku save banyak. aku tgk satu baju ni kt online shop. paling murah RM33 without postage. same colour and same pattern! ada yg aku tgk, org jual sampai rm50 kot.. aku? aku beli rm17 JE sehelai. harus iols jadi pengguna bijak uols. ok detail aku cite lain entry.

kereta still kt workshop, Rabu esok, baru dapat. buat sementara waktu, tumpang kete daddy Z la p keje. tumpang separuh jalan, then naik bus. mengimbau kenangan naik bus ooiii... lagi best, sbb aku naik bus metro no 12 pergi mid valley dari bangsar. ni la no bus yg aku amik kalau nk p sekolah dulu.. mengimbau kejap.. eh..

as of now, bill aku dah RM4770.. mungkin akan meningkat lagi.. ooohhh tidakk.. Ok nangis air mata darah kejap. tp Allah tu maha adil lagi maha mengasihani pada hamba nya. minggu lepas dapat surat bonus. ok la.. dapat la buat bayar kerosakkan kereta. Nasibb baik, kalau x, mak beli GUCCI dah uols.. ehhh??? hahah #chanteksinsidejoke..





Monday, April 29, 2013

dah lama tak cerita pasal Syakir..

dah besar dah anak bujang aku sorang ni.. keletah bukan main.. pandai cakap (well tgk la mak dier kan.. eh..?)
maka sekarang, aku dengan Daddy Z kena berhati2 apabila berbicara, nanti tak pasal-pasal Syakir mengikut. *haru*

hari tu, dekat tv ada iklan Ultraman. Fuhhh dah tak tahu berapa punya banyak generasi Ultraman ni. Masa aku kecik dulu pun, mmg rajin dok bertunggu bertangga depan tv tunggu siaran Ultraman.

Berbalik pada cerita Syakir tadi. Bila dier tengok iklan Ultraman kt tv terus cakap.. ikuti perbualan anak beranak ini..

Syakir : deyydiii.. emmmenn.. zzzzzzttt.. emmmeenn.. zztttttt.. (daddy.. ultraman.. zztt zzzztt.. sambil buat gaya ultraman)
Daddy Z : ooo ... aaa ultraman, ultraman.. ooo syakir fire ye..
Syakir : deeyydiii.. emmeen.. fiq.. emmennn.. zzztt
DaddyZ : oooo.. afiq jadi ultraman ye.. aaaa.. dah tu, syakir jadi apa..
Syakir : Kil (syakir) se .. se..
Daddy Z : laaa.. syakir jadi raksasa.. patut la kena buli..  *slapforehead*

patut la kekadang syakir tu ada kesan gigit. Memang la rasa nk marah bila tgk anak kita balik rumah babysitter, ada kesan gigit la. calar sikit.. tp nk buat mcm mana kan.. adat hantar nak ke rumah babysitter or nursery. lain la mak yg jagakan. syukur alhamdulillah kalau parents or parents-in-law bleh tolong jagakan.. bab2 tido buai, tutup mata, redha je la.. eh...???




alahai anak aku.. cepat je dah besar kan..

esok dah masuk sekolah
lusa dah hantar klinik utk berkhatan..
tunggeng dah masuk Uni..
tunggang dah mula keje..
tunggong "mommy, syakir nk kawin.."

cepat nya masa berlalu...