Wednesday, July 17, 2013

Cerita seram2 manja di bulan puasa

Minggu lepas, tetiba didatangi oleh seorang perempuan datang menyapa.

"anak nk jadi cantik..?"

ko giler.. tetiba tanya gitu.. haruslah nk cantikkan..dah menjadi fitrah semua perempuan utk kelihatan cantik. Kalau tidak, masakan ramai selebriti yg dah cantik, p cucuk botox, filler segala.

maka, aku jawab la aku nak..
sebaik aku cakap mcm tu, perempuan tu bagi list patang larang.
ala, heran apa, amik SD11 pun ada pantang larang noks, x bleh amik karbohidrat, makan protein sahaja, yada yada yada.
aku baca satu per satu pantang larangnya. sampailah pantang no 6, setiap seminggu, satu hari, aku perlu makan nasi setimbon (makan dengan banyak la)..
hahaaha..bunyi mcm kelakarkan. dah sah sah aku kena slim down sbb ada org kata aku gomoks mcm belon. hello, mak gemuks cz mak beranak czer.. before deliver, mak hot ok.. gituuu.. dari awak tu, dulu kini selamanya, papan playwood, apa pun xde eh...? maad terlepas cakap, bulan puasa, tak baik..

melihat pada pantang no6 tu, aku dah rasa x sedap. ni suruh aku makan banyak2 ni, sbb nk bagi hantu makan ke apa. dan dan aku tolak.
koser aku..

tak lama lepas tu, tidak semena2 aku berada dalam satu pondok kayu, berhampiran pantai.
di dalam rumah tu, ada seorang wanita muda dan seorang nenek tua.
nenek tua : ko baca mentera tu cepat
maka terkumat kamit perempuan muda itu membaca mentara. aku? duduk diam di penjuru, cuba utk compute apa yg sedang berlaku.
perempuan muda : nenek!!! ada makhluk keluar dari laut nek...!!!
nenek tua : teruskan baca mentera tu! jgn berhenti baca mentera!

semakin lama, makhluk tu mendekati pondok usang itu..

perempuan muda : nenek!!! dier dah dekat dah nek..

sluuuuuurrrppppp.. angin kuar menerpa perempuan muda itu.
terus cantik berseri muka perempuan muda itu..


Lantas aku terus bangun dari tido.. Ye mimpi.. mimpi yg amat menakutkan!!
kejut daddy Z, xde nya bangun, terus lari pergi ke bilik mama. ceritakan pasal mimpi aku.
mama kata, xpe pape, since mimpi tu jadi dalam pukul 4am mcm tu. so mainan syaitan barangkali.. lega!!
of coz takut, hokey, pernah dengar tak org bleh turunkan ilmu, memberi pendamping melalui mimpi..
bila aku fikir2 semula, dalam mimpi tu aku xde mention perkataan "aku terima", sedikit lega di situ.
ye la, org dulu2 ramai yg ada pendamping la, penjaga la.. rasanya arwah opan n tok xde benda2 ni.. tak tau la kot sedara jejauh. sementelah plak aku mmg x brapa rapat ngn 2  pupu, 3 pupu segala ni, mmg idok le teman tau.. harap2 xde menda jadi la..

ok la, sekian sahaja coretan kitty not so puaka..

4 comments:

Wani said...

hahaha...sejak bile plak u kitty?lol xp

mama ila said...

serammm jugak baca...hehehe

Balkidz Hunny said...

kitty jadah nya kau?
Tak payah nak puaka2 sangat bulan pose nie. HAHA

thezaila said...

wani --> haha.. just call it my alter ego.. hahaha

mama ila --> agak seram la.. bangun tidp, berpeluh2 sbb takut..

Balkidz --> kitty sangat kan.. hahah ok la. bulan puasa, xnk puaka2 sangat.. lepas raya la jadi puaka..