Friday, July 27, 2012

jangan suka hati book-then-cancel. x baik woooo

Hari ni cerita pasal konsep booking dan deposit. Peringatan pada semua terutama org yg nk buat preparation nk kawin. Ok la, aku kecik kan skop ni dalam wedding preparation.

Katakan la ko dah book and letak deposit, tetiba tukar fikiran, x jadi nk amik barang or service tu. Apa patut terjadi pada deposit itu? Dipulangkan? Atau.. Hangus?

Pada korang la, patut x korang dapat balik deposit itu. Pada aku la kan, mmg patut burn je la deposit aku tu. Ewah, bunyi macam org kaya je kan, x kisah pasal deposit hangus ni kan. Jangan silap wahai kawan2. Bukan beerti aku kaya. Tp kira nya kita dah breech agreement. Gitu, breech kata nya ye.

Kenapa perlu burn, sedangkan kita x ambil barang mahupun menggunakan khidmat pihak tersebut.

Pertama, bila kita dah book service (date), secara automatik date tu dah x available utk org lain pilih (ni aku cakap pasal org yg buat biz secara jujur ek.. yg org berniaga yg hampeh, amik job sana sini, pastu x deliver, tidak termasuk dalam ini cerita). Jika ada org request pada date yg sama, terpaksa ditolak.

Lepas tu ko cancel bukankan dah rugi org tu. Sbb dier dah tolak org lain yg nk slot tu, dan sekarang, ko plak nk cancel. Maka slot tu dah kosong. Bila slot tu dah kosong, maka income mereka dah kurang. Harus diingat org yg involve dalam biz sebegini, kebanyakkan nk full time dah income derang x menentu dan bergantung pada job yg mereka dapat. Tak adil la kan bagi pihak mereka.

Keduanya, perbuatan ko, book dan cancel selepas booking akan menghancurkan hati org lain yg benar2 mahukan product atau service org lain. Ewah, drama giler.. Meh bagi contoh secara live. Mmg terkena batang hidung sendiri ni. Aku xde la nk maraha (ye ke), kawin pun dekat 2 thn dah, tp nk cerita sikit, kot kot aku bleh educate awok2 kt luar sana tu ye.

Masa kawin aku mmg bercita2 nk amik AK as MUA. Before aku ada plan nk kawin, aku dah decide MUA aku.. aku mmg nk AK sbb suka make up nya, dan bayaran nya menepati citarasa poket aku. Awal tahun aku aku nk book, x bleh sbb tarikh aku dah ada org amik. So sbb gigih nk AK. Aku suruh dier make up masa nikah, waktu pagi.ok, bayar depo. Tetiba last minute, tukar time nikah, nk buat petang, maka AK x available. Aku iklan kt blog, cakap sapa nk amik AK, bleh guna depo aku.. sbb aku mmg x bleh nk claim depo yg aku dah bayar. Instead membazir mcm tu, aku Tanya AK, bleh x aku transfer depo kepada kawan. AK kata bole. So aku iklan kan kt blog. Kira uols dah bleh save dalam RM100 la kalau amik AK.

Tetiba ada org call aku tanya pasal date kawin aku, sbb she confuse. Dier pun nikah hari tu, and dier baca blog aku , kata AK make up hari tu. So she called utk Tanya la. Sbb dier takut bertindih date ke apa kan. Eh korang paham tak cite aku nih?

Maka aku cari MUA lain, maka berjumpa la dgn epie. Book for tunang, rasa ok, terus la book utk nikah sanding segala. Ok cite habis.

Hari aku nk nikah tu, epie dtg, kata, dier baru balik dari make up kawan aku. Aku pun pelik la sape kawan aku yg kawin sama hari. Rasa nya xde. Epie bagi tau nama dier, serious haram aku x kenal/ingat. Epie mentioned yg dier baca blog aku. Surprise surprise. Uols tau sapa? Cik puan yg call aku, yg nk verify sama ada AK akan make up aku ke tak masa 30 oct 2010.

Bukan aku nk ungkit benda lepas. Bukan. Dah 2 thn dah pun. Aku pun dah ada anak dah. Apa yg aku cuba highlight kan kt sini, perbuatan book-then-cancel tu x bagus. Bukan takat effect pada peniaga sahaja. Org lain pun turut kena tempias nya.

Xdapat la aku nk merasa AK make up. Aku x tau apa yg terjadi pada si polan tu. X tau sama ada she cancel AK atau AK cancel make up session dier or AK ada kecemasan. Tp aku nk highlight kan sekali lagi aku x dapat AK punya service sbb ada org book, tetiba org yg beria call aku nk pastikan AK punya schedule x bertindih ngn tarikh dier, then alih2 dier amik MUA yg sama ngan aku… xpe noks, mak tahu mak ni idola u. hahaha jgn marah ya

Teringat dulu kt dalam group bff (yang kini tinggal sejarah sahaja), ada la org merungut-rungut pasal xdapat depo. Yg ayat x bleh blah, lebih kurang begini la bunyi nya.

“vendor xyz, xnk bagi depo, x tau ke org nk kawin, nk guna banyak duit. Senang2 je nk makan duit org”

Adik x baik gitu.akak ni bukan nya nk jadi pejuang keadilan bagi vendor2 yg teraniaya. Seharusnya awak tahu yg kawin banyak guna duit, sebaik2nya, rancang perbelanjaan dengan betul. Buat homework betul2. Bila dah pasti itu pilihan terbaik, baru book. Jgn asal Nampak OP A ni best terus book. Esok survey lagi, eh OP B ni lagi best la.. Nk cancel OP A la, book OP B.

Tak baik gitu. Mereka cari makan.

p/s : mcm dabel meaning je aku tulis “penegak keadilan bagi vendor2” kah.. korang paham? Aku x paham tapi rasa mcm kelakar plak nama jawatan penegak keadilan bagi vendor2. Kaaaahhhhh..

8 comments:

anaztasias nora aira said...

betul juga, sebelum cancel banyak pihak kita kena consider, jika nak cancel juga jangan sampai menyusahkan orang lain kan :)

LisaLisut said...

i jenis syg duit. so kalau nk cancel pk berpuluh kali. just tawakkal jela n proceed je dgn vendor yg dh booked tu wpun dgr bermacam cerita. syg duit wooo nk burn hahaha

♥ balkidz_hunny ♥ said...

clap2. entry ni ade kesah tinggal sejarah ke? mohon pencerahan di whatsapp nanti yer? HAHA

lovelyadibah said...

baik mak.i loike!

sk said...

hoi mak la, aku tak paham cite MUA ko. bleh?

hahaha

thezaila said...

nora --> kan.. kena pk semua pihak... jgn fikir diri sendiri je

lisa --> tu la lisa, ada gak yg i pejam2 mata, n amik je.. huhuh

balkidz --> xde la.. tetiba je aku teringat pasal benda ni semua.. sbb aku tgh sembang2 ngn kawan aku on her wed prep.. saja igt kan dier suruh pilih bebetul

diba --> igt pesan mak ko ni.. hahaha

sk --> pencerahan di whatsapp nnt

Reen Tart Nenas said...

panjang ko tules. makk baca kat umah je la nanti yer noksss. nie kat opisss

thezaila said...

mek dah baca ke..ahhahah.. siap tuntut tu.. :P