Friday, January 02, 2009

Weddings...

Sekapur sirih seulas pinang,
Menjadi santapan si gadis idaman;
Uda dan dara akhirnya ke jinjang,
Semoga perkahwinan selamanya aman.

Pabila hujung tahun menjelma, ramai pasangan mengambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan mereka. Tidak ketinggalan teman2 yg memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka pada musim cuti sekolah. Semoga mahligai yg dibina bersama pasangan masing2 akan berkekalan sehingga ke akhir usia.


Pada tanggal 27 Disember, Shakirah Hasim telah sah menjadi isteri kepada Jumari. Majlis perkahwinan yg telah dilansungkan di Serdang, Kedah merupakan satu kenangan terindah bagi kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru diucapkan.

ok, ni bukan gambar pengantin.. tp seperti biasa model2 ni kena warm up dulu..



bergambar bersama raja sehari


Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli;
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Pada tanggal 28 Disember 2008, Dee dan pasangan, Ezami pula mendirikan rumah tangga. Bertempat di rumah bapa pengantin perempuan, satu majlis bertemakan perkahwinan dalam taman mengambil tempat.Pasanga pengantin secocok ayu dan segak mengenakan busana berwarna kelabu perak.
me n the dee..


alamak, pengantin x ready lagi la..


the bride n groom visited our table.


Merbak harum Narawastu,
Menyapa membelai hari,
Kompang dipalu menyahut restu,
Raja sehari mencemar duli.


Pada tarikh 30 Disember, majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula diadakan. Majlis bertempat di Dewan Felda, menyaksikan tamu yg datang dari jauh dan dekat, bersama2 turut meraikan hari bersejarah pengantin.

pelamin indah tersegam tempat raja sehari.


cake cutting, another a must in awedding ceremony.. look at the cake. its hugeeee..


i loike this pic so much..

No comments: