Monday, May 20, 2013

Kereta Tenggelam uols..

Dua minggu lepas, kereta aku dinaiki air. cewah dah mcm tulis karangan BM plak.

Hari selasa, dah hari tu aku ada presentation utk subject Human Resource Management. Presentation kami diiringi dengan guruh dan hujan. ok, perkara biasa. Elok lepas semua presenter dalam group aku dah present part masing2, ada la org ketuk kelas, mintak alih kereta sbb air dah mula naik.

Presentation dihentikan buat seketika. Aku antara nak dengan tak nk turun, tgk kereta sendiri. x jangka la air akan naik kan.. tp aku turun jugak la p tengok.

dengan kasut tinggi bawak payung, hujan seakan gerimis aku turun. bila dah sampai kt parking lot.. mak aih.. air dah naik kauuu.. terkontang kanting kete aku sorang2 kt situ.. ok tipu, ada la 2 biji kete lain. aku pun x pastu bentuk muka bumi kt park park tu mcm mana. aku berdiri kt hujung sini, kete aku kt hujung sinun. kt tempat aku berdiri tu, elok je, air banjir ala2 manja paras buku lali. tp bila jalan 10 langkah ke depan, air dah sampai betis.

panic ok... typical lady driver, aku x tau nk buat apa. masa tu terfikir nk alih kete. nk ku randuk banjir, aku bukan berani. nasib ada sorang classmate ni, aku mintak tolong utk alih kan kereta aku. pelan2 dier bejalan menuju ke kereta.. sampai satu tahap, air dah sampai peha uols. ok sila pasrah..

enjin x bleh hidup. kawan aku siap cakap "u ada kasut dalam kereta kan.. i nampak kasut u floating mcm sampan dalam kereta.." dannngggg... mmg aku sudah pasrah.. apa lagi, naik ke kelas semula.. cabut kasut tinggi, jalan kaki ayam.. hahaha
nampak itu selipar.. masa air naik dier terapung, 
air surut, terdapar kt gear aku... cissss

malam tu, kereta tinggal kt kampus, esok EL.. baru settle kan hal kereta. 

pagi keesokkannya, pergi ke kampus.. air dah xde dah.. actually lepas aku pasrah lantas naik ke kelas, dalam 15 minit mcm tu, kawan aku call. kata air dah surut dah.. cuba turun n start kereta.. cess.. sekejapan je banjir.. geram aku... 

berselut kauuu kete aku..


hari tu aku x bawa file pergi kelas.. 
maka habis basah nota.. 
jom kita salai nota bagi kering..


call trak penunda, tarik kete ke bengkel. arrgghh stress aku. lepas g pergi bengkel, aku terus g Kenanga City, borong baju. semetelah aku dah xde baju nk pakai, ditambah dengan stress, terus aku borong 8 helai baju. total damage 120 JE. eh, perlu ke highlight harga. hahah.. dulik org kata aku beli baju borong JE, janji aku save banyak. aku tgk satu baju ni kt online shop. paling murah RM33 without postage. same colour and same pattern! ada yg aku tgk, org jual sampai rm50 kot.. aku? aku beli rm17 JE sehelai. harus iols jadi pengguna bijak uols. ok detail aku cite lain entry.

kereta still kt workshop, Rabu esok, baru dapat. buat sementara waktu, tumpang kete daddy Z la p keje. tumpang separuh jalan, then naik bus. mengimbau kenangan naik bus ooiii... lagi best, sbb aku naik bus metro no 12 pergi mid valley dari bangsar. ni la no bus yg aku amik kalau nk p sekolah dulu.. mengimbau kejap.. eh..

as of now, bill aku dah RM4770.. mungkin akan meningkat lagi.. ooohhh tidakk.. Ok nangis air mata darah kejap. tp Allah tu maha adil lagi maha mengasihani pada hamba nya. minggu lepas dapat surat bonus. ok la.. dapat la buat bayar kerosakkan kereta. Nasibb baik, kalau x, mak beli GUCCI dah uols.. ehhh??? hahah #chanteksinsidejoke..