Tuesday, July 31, 2012
Murtabak Cheese Cracker - order NOW
Size 7” x7” RM 23
Penghantaran sekitar kawasan Kerinchi, Pantai Dalam, Bukit Jalil, Taman Permaisuri, Seksyen 14 Petaling Jaya.
Utk membuat tempahan, sila inbox ke ninazaila11@yahoo.com or call 012 256 9965
Friday, July 27, 2012
jangan suka hati book-then-cancel. x baik woooo
Hari ni cerita pasal konsep booking dan deposit. Peringatan pada semua terutama org yg nk buat preparation nk kawin. Ok la, aku kecik kan skop ni dalam wedding preparation.
Katakan la ko dah book and letak deposit, tetiba tukar fikiran, x jadi nk amik barang or service tu. Apa patut terjadi pada deposit itu? Dipulangkan? Atau.. Hangus?
Pada korang la, patut x korang dapat balik deposit itu. Pada aku la kan, mmg patut burn je la deposit aku tu. Ewah, bunyi macam org kaya je kan, x kisah pasal deposit hangus ni kan. Jangan silap wahai kawan2. Bukan beerti aku kaya. Tp kira nya kita dah breech agreement. Gitu, breech kata nya ye.
Kenapa perlu burn, sedangkan kita x ambil barang mahupun menggunakan khidmat pihak tersebut.
Pertama, bila kita dah book service (date), secara automatik date tu dah x available utk org lain pilih (ni aku cakap pasal org yg buat biz secara jujur ek.. yg org berniaga yg hampeh, amik job sana sini, pastu x deliver, tidak termasuk dalam ini cerita). Jika ada org request pada date yg sama, terpaksa ditolak.
Lepas tu ko cancel bukankan dah rugi org tu. Sbb dier dah tolak org lain yg nk slot tu, dan sekarang, ko plak nk cancel. Maka slot tu dah kosong. Bila slot tu dah kosong, maka income mereka dah kurang. Harus diingat org yg involve dalam biz sebegini, kebanyakkan nk full time dah income derang x menentu dan bergantung pada job yg mereka dapat. Tak adil la kan bagi pihak mereka.
Keduanya, perbuatan ko, book dan cancel selepas booking akan menghancurkan hati org lain yg benar2 mahukan product atau service org lain. Ewah, drama giler.. Meh bagi contoh secara live. Mmg terkena batang hidung sendiri ni. Aku xde la nk maraha (ye ke), kawin pun dekat 2 thn dah, tp nk cerita sikit, kot kot aku bleh educate awok2 kt luar sana tu ye.
Masa kawin aku mmg bercita2 nk amik AK as MUA. Before aku ada plan nk kawin, aku dah decide MUA aku.. aku mmg nk AK sbb suka make up nya, dan bayaran nya menepati citarasa poket aku. Awal tahun aku aku nk book, x bleh sbb tarikh aku dah ada org amik. So sbb gigih nk AK. Aku suruh dier make up masa nikah, waktu pagi.ok, bayar depo. Tetiba last minute, tukar time nikah, nk buat petang, maka AK x available. Aku iklan kt blog, cakap sapa nk amik AK, bleh guna depo aku.. sbb aku mmg x bleh nk claim depo yg aku dah bayar. Instead membazir mcm tu, aku Tanya AK, bleh x aku transfer depo kepada kawan. AK kata bole. So aku iklan kan kt blog. Kira uols dah bleh save dalam RM100 la kalau amik AK.
Tetiba ada org call aku tanya pasal date kawin aku, sbb she confuse. Dier pun nikah hari tu, and dier baca blog aku , kata AK make up hari tu. So she called utk Tanya la. Sbb dier takut bertindih date ke apa kan. Eh korang paham tak cite aku nih?
Maka aku cari MUA lain, maka berjumpa la dgn epie. Book for tunang, rasa ok, terus la book utk nikah sanding segala. Ok cite habis.
Hari aku nk nikah tu, epie dtg, kata, dier baru balik dari make up kawan aku. Aku pun pelik la sape kawan aku yg kawin sama hari. Rasa nya xde. Epie bagi tau nama dier, serious haram aku x kenal/ingat. Epie mentioned yg dier baca blog aku. Surprise surprise. Uols tau sapa? Cik puan yg call aku, yg nk verify sama ada AK akan make up aku ke tak masa 30 oct 2010.
Bukan aku nk ungkit benda lepas. Bukan. Dah 2 thn dah pun. Aku pun dah ada anak dah. Apa yg aku cuba highlight kan kt sini, perbuatan book-then-cancel tu x bagus. Bukan takat effect pada peniaga sahaja. Org lain pun turut kena tempias nya.
Xdapat la aku nk merasa AK make up. Aku x tau apa yg terjadi pada si polan tu. X tau sama ada she cancel AK atau AK cancel make up session dier or AK ada kecemasan. Tp aku nk highlight kan sekali lagi aku x dapat AK punya service sbb ada org book, tetiba org yg beria call aku nk pastikan AK punya schedule x bertindih ngn tarikh dier, then alih2 dier amik MUA yg sama ngan aku… xpe noks, mak tahu mak ni idola u. hahaha jgn marah ya
Teringat dulu kt dalam group bff (yang kini tinggal sejarah sahaja), ada la org merungut-rungut pasal xdapat depo. Yg ayat x bleh blah, lebih kurang begini la bunyi nya.
“vendor xyz, xnk bagi depo, x tau ke org nk kawin, nk guna banyak duit. Senang2 je nk makan duit org”
Adik x baik gitu.akak ni bukan nya nk jadi pejuang keadilan bagi vendor2 yg teraniaya. Seharusnya awak tahu yg kawin banyak guna duit, sebaik2nya, rancang perbelanjaan dengan betul. Buat homework betul2. Bila dah pasti itu pilihan terbaik, baru book. Jgn asal Nampak OP A ni best terus book. Esok survey lagi, eh OP B ni lagi best la.. Nk cancel OP A la, book OP B.
Tak baik gitu. Mereka cari makan.
p/s : mcm dabel meaning je aku tulis “penegak keadilan bagi vendor2” kah.. korang paham? Aku x paham tapi rasa mcm kelakar plak nama jawatan penegak keadilan bagi vendor2. Kaaaahhhhh..
Tuesday, July 24, 2012
fantasi seorang suami - dipanggil 'abang'
aku tak tahu sama ada perkataan 'fantasi' adalah perkataan yg sesuai digunakan.
rata-rata orang melayu (mostly masa zaman dulu lah), bahasakan suaminya dengan panggilan 'Abang'. *oh suuwiittt*
aku? buat masa sekarang ni, aku panggil 'sayang' nya. dier pun panggil aku 'Sayang'. bila dua-dua panggil 'sayang', maka ber'Sayang-sayang'lah banyaknya. tp dalam conversation, kami gunakan kata ganti nama 'I' dan 'U'. ni kalau org tua-tua dengar ni, mesti bernanah telinga.
Pernah juga aku tanya pada en Hugo, mahu dipanggil apa selepas kawin. en Hugo x kisah. maka aku kekalkan panggilan 'Sayang' itu.
Pernah juga aku tanya,
"kalau i bahasakan u abang, suka?"
"suka!"
"tapi i macam x reti je nk panggil Abang" *yes women are complicated*
sepantas kilat dia kata suka.
macam kawan aku sorang ni. sebelum kawin bakal MIL dia tanya.
"esok lepas kawin nk panggil si polan ni dengan panggilan apa?"
"eeemmm.. entah la.. panggil awak kot.. atau Sayang"
"eh apa pulak panggil Awak-awak je.. panggil la Abang"
Danggggg
Bakal MIL terus buat keputusan ok.. sebagai menantu yg baik, kawan aku tu, ikutkan aje.
seminggu mcm pelik.
masuk minggu kedua dah x rasa pelik
bila datang minggu ketiga, dah biasa.
dan suami nya mmg suka pun dipanggil 'Abang'..
ada juga tanya pada a few of my male fren. most of them mmg prefer wife mereka membahasa kan diri mereka 'Abang'.
dan semalam, masa aku baca blog Vivy, ternampak gambar ni.. Jangan main2, Dean pun bahasakan diri nya 'Abang'.. huhuhu
pada pendapat aku, comel jugak panggil Abang. Ada sedikit rasa hormat pada suami. Bukan aku kata, kalau x panggil suami dengan panggilan 'Abang' itu, tandanya tidak hormatkan suami.
tapi, tengok la, bila sampai seru aku boleh nk panggil en Hugo dengan panggilan 'Abang'.
p/s : pernah cakap ngn suami
"Sayang, since i half jawa, i panggil u 'Kang' la, instead of 'Abang'. Kang tu makna nya mcm panggilan manja la utk suami. ala2 'Abang' gitu.
"Kang apa, longKANG!"
"Citttt.. memainkan i ye. ok kensel hajat nk panggil Abang"
baahahhaha
p/s/s : sorry panjang benor p/s aku.. hahahha
Friday, July 06, 2012
Nokia Tga Tiga Sekupang!
sapa pernah ada handphone nookia tiga tiga sekupang. Nokia 3310.. =)
teringat lagi zaman memula pakai handphone dulu. kebetulan masa tu tengah tunggu result SPM kuar, maka, pergi la kerja part time. dapat gaji beli phone ni ko... gigih ok. dan pada masa tu, 3310 is the in thing di kalangan remaja (ewah, skema benor ayat).
dan pada zaman tu jugak, ada banyak casing phone. bleh tukar casing, mcm tukar baju. and my personal fav adalah kaler pink! duhh.. oh ada satu lagi. ni pun fav jugak. casing warna putih, kt belakang ada gambar naga warna silver. giler dah mcm talipon kongsi gelap plak dah.. hahah..
yg menarik pasal handphone ni, adalah kelasakkan nya... weh, jatuh kt lantai, walaupun dah tercabut casing, terkeluar bateri, tapi bila pasang semula, esok je berfungsi. Very the gagah. bak kata org, kalau iPhone jatuh ke lantai, iPhone retak.. tp kalau 3310 jatuh ke lantai, lantai yg retak.. aaaa amik kooo...
tp, mmg kenangan la phone ni. dan apa yg membuat aku nk bangkit semula pasal phone ni, adalah kerana, aku ternampak offer kt groupon. link
pada sesiapa ingin mengungkap memori silam dgn phone ni bleh la, grab offer ni.. 99 hengget je senah.. moh le beli, tinggal sehari je lagi deal ni.
Wednesday, July 04, 2012
Syakir Z's Photo Shoot
Betul la org kata, anak membesar skali. tp jika utk memenuhi tuntutan itu, di kala poket x meriah, mcm x sesuai je la.. lantas hasrat suci murni aku terpaksa dikuburkan. tp tetiba.. TINNGGGGG.. ada offer kt Groupon, noksss.. harus mak sooka..
harus la kena cepat grab kan.. 50 hengget je.. berbaloi2 ok.. oh lupa nk bagi tau. tempat ni nama nya CM Studiography.
memula kita amik gambar satu keluarga dulu ye.. since Baby Z suka merah, kami sepakat, pakai baju warna merah.. huhu
ok, aku bagi gambar yg semenggah sikit
memula sesi pemanas badan, amik gambar pakai baju sendiri. gambar adalah seperti yg gambar pertama. malas nk tempek 2 kali.. huhu
baju pertama : Syakir si Kambing Biri-biri.
masa memula pakaikan costume biri-biri ni, sempat lagi aku cakap kt Daddy Z.. alahai, siannya Syakir sbb jadi kambing biri2 hitam! Daaannggg... *sambil tgk warna kulit sendiri* pasrah je la nak ye..
macam2 cara utk buat Baby Z duduk diam.. dier x menangis, tp sibuk nk main dgn toys yg ada..
aduilaaa..
utk tarik perhatian budak bam bam nih*
baju kedua : Syakir si Nenas!
dah tukar pakai baju nenas.. pastu photog suruh duduk dalam pasu... eh muat ke.. takut Baby Z x selesa plak.. rupa2nya muat koo...
sampai menguap ambil gambar.. sabar ye sayang.. sikit je lagi..
baju ketiga : Syakir si Bunga Matahari..
last costume.. Baby Z dah mula tunjuk ketidakselesaan nya.. cepat2 amik gambar.. topi pun pakai x betul.. asal letak je... snap snap snap.. ok siap!
nampak sangat muka xde mood... ok sayang.. dah siap! jom balik..
ok la, sehingga berjumpa di lain entry *yang aku sendiri x tau bila nya nk post*