Right now, kalau ditanya apa yg mahu dibeli sangat2, sudah pasti aku menjawab STAND MIXER!!!!
harus noks, nk buat macaron kata nya, harus ada stand mixer. Mampu ke, nk pegang mixer tu setengah jam tanpa henti. no no no.. mak x mampoo ok.. eh apa hal bahasa aku dah macam adik2 ni.. ok switch!
dan ini adalah mixer idaman qolbu i. warna pink lagi.. jangan marah. Jenama Kitchen Aid.
Makan hati tengok mixer color pink ni! hahaah.. budget if mixer color pink ni, kek sure sedap.. |
all this while, pakai hand mixer je. tp mixer ni dah banyak berjasa dah. dah dekat 10 tahun kot mixer ni.. dah berbalang2 kuih raya dah, benda ni berjasa. tadi nk gugel gambar, dapat this one. tp ni model baru. model mcm aku tu, x terjumpa, org dah x jual kot model tu.
Mixer yg dah banyak berjasa. apasal aku x bleh nk center-kan gambar ni pun x tau. |
Oleh yg demikian, hati meronta inginkan stand mixer yg baru. tengah dok survey2 yg mana patut beli dan yang paling penting, murah dan tahan lama!!!! amik... dah la nk yg murah, pastu nk tahan lama. ada ke noks.
jenama yg selalu kita tgk bila cakap pasal Mixer adalah kenwood. tp rege nya, ya ampun, mahal ok. aku dok usha2, ada satu model ni, KM260, harga nya RM1259. I guess this is the cheapest kot. sbb yg lagi mahal, adalah beribu riban.
serious mixer ni nampak kukuh! rasa nya berpuluh tahun boleh berkhidmat |
Rasa nya dalam banyak2 Mixer, yg paling stylo skali adalah Kitchen Ai. Giler stylo cz ada banyak warna merah, biru, hijau, oren, PINK! brown bla bla bla, and the list goes on.. and of course, stylo stuff doesn't comes cheap!Macam kt dalam gambar ni, if x silap dalam RM2399. if beli direct dari US, rasa nya lagi murah kot.
ok, if uols nk browse more on mixer, bleh pergi all99.com. ini link nya. bleh la cuci mata tgk n survey harga. lepas tu menabung dalam tabung ayam.
oh satu lagi, hari tu ada gak dok gugel gugel pasal kitchen aid ni. kt forum lowyat derang jual murah.. murah kot. sbb aku mmg x survey model segala. tp harga nya dalam RM1899 and above. yg lagi best, ada pelbagai warna yg boleh dipilih.. best kan.. harus berseri dapur uols.
sambil taip entry ni, air liur meleleh. drooling sangat tgk stand mixer ni semua. tp apa kan daya, mak bukan berharta nk spend ribu riban. ada anak kecil, maka sila berjimat. tp hati meronta inginkan stand mixer telah membawa saya kepada penemuan paling best abad ini.
stand mixer yg berharga bawah RM1000. yes! u read it right. bawah RM1000 uols. bleh beli kt CKE holding. boleh semak spesifikasi di link ini. aku dah call dah CKE ni. utk model mcm bawah ni, harga nya RM 780 dan boleh memuatkan 6-7 liter mcm tu.. aaaa hati meronta2 mahu ini.
dari segi rupa, mmg x boleh celen Kenwood dan Kitchen Aid la kan. But it serves the same purpose. lagi pun, nk habaq mai, mixer ni jatuh dalam kategori industrial mixer. Bila dah namanya industrial mixer, harus tahan lasak noks. berbaloi2 ok.
sapa2 yg nk terjebak dalam arena bake-mem-bake ni, tp modal x banyak mcm i, sila beli ni. siapa ada duit lebih, x salah beli yg cantik.
akhir kata, i kena buat kek banyak2 utk dijual, baru bleh beli mixer ni.. aaamiinnn...
ok, siapa nk order kek, angkat kaki..