Friday, May 25, 2012

Syakir Zarfan - 7 bulan

Diam tak diam Baby Z dah masuk 7 bulan 1 minggu. Sekejap je rasa. Rasa mcm baru semalam je aku habis pantang.. eh..? pantang sangat x best. (selingan sikit.)


1. budak bam bam ni duduk dalam perut genap 40 minggu. awal sehari dari EDD. Sbb nya EDD hari ahad. kalau doc nk induce ahad, segala2 nya berlaku pada hari ahad, jenuh aku membayar bill spital.

2. lahir 15 October 2011. kalau aku tau la, aku nk beranak czer, akan ku pilih 9 oct.. baru no cantik. 09-10-11.. curlaasss kan.. tp alhamdulillah, janji semua selamat.

tgk pipi labuh budak itu.
rambut pun lebat, tp skang, rambut malu2 nk tumbuh.


3. masa mula2 balik rmh, baik je baby Z ni.. tido je.. bunyi bising, xde hal.. lena tido... rupa2nya bukan la dier baik tido, tp sbb kena kuning, maka babyZ adalah pasif.. dok tido je. cesss.. itu pun tau dier kena kuning, nurse yg datang buat lawatan bagi tau.. hampeh giler mak si Syakir ni. Anak kena kuning pun x perasan. sikit sangat kot kuning nya.

4. lepas 2 minggu mcm tu, rambut kena cukur. we ols, xde la cukur semua rambut dalam sehari. makan 3 hari gak la.. budak x mahu duduk diam.

5. 2minggu terakhir pantang mommy dier kena jaga syakir sorang2.. mencabar ok.. tidur nya 20 minit, mendodoi nk tidurkan dia, makan masa 1 jam lebih.. buli mommy budak ni.. pastu keje nya asyik la nk mengempeng.. last2 aku decide bagi soother je. x larat ok, mengempeng lelama, mana aku risau tempat jahit lagi, nk pangku dier lagi.

masa ni, mommy Z menghitung masa je. cepat la pukul 5.30 ptg.. cepat la pukul 5.30 ptg, sbb tunggu nenek baby Z utk take over jaga budak kecik nih. serious penat. dari bagi mandi, minum susu, tukar dyper, layan dier nangis buat sendiri. kan best kalau ada mak bleh jaga dari mula pantang, sampai habis.. :(

6. his first word was 'Ba'. tp xde nya dier cakap 'BA'. selalu nya.. "bababababababababababa", panjang ok.... excited terlebih.


mcm gelap plak anak aku.. ngikut mak dier la tu.. huhuhu

7. 3 bulan dah pandai gelak2 dah.. mommy suka! gelak sampai ngekek-ngekek plak tu. seronok melayan.

8. 3 bulan berakhir, habis cuti bersalin, baby Z dah kena hantar rmh org. rmh baby sitter tingkat 4 plak tu. xde lift. silalah nak tangga. sedih la sepuluh sen kena tinggal anak kt rmh org. tp nk buat mcm mana, kena la harung gak. tp baby Z ok je duduk sana, mommy je yg x ok.

9. Baby Z minum both breast milk n formula. kuat minum ok budak nih. setiap 2 jam 4 oz (since 2 months old)... lucky me, dier ok je ngn FM n BM. pastu, botol pun ok je.. direct feed pun mahu, bottle feed pun mahu.. good boy. selesai satu masalah di situ.




10. bila makin besar, makin banyak akal nya. bila panggil nama, dier toleh. bijak. bagus. hari dier malas, org panggil buat dekk je.. gigit kang..


tgk tu, x bleh duduk diam, asyik nk main je

11. sekarang dah bleh meniarap, mengesot ke depan dan boleh duduk! sekarang adalah waktu yg paling sukar. pantang lepa sikit. entah ke mana2 je dier pergi. so dah x bleh tido atas katil dah.. takut jatuh. smlm baby Z duduk ngn daddy Z sbb BS amik cuti. daddy Z pergi daput kejap je, basuh botol, balik semula kt hall, budak ni dah bawah meja dah.. adooiii..

12. kelebihan baby Z, mudah senyum.. nangis mcm mana kuat sekali pun, bila agah sengeh. rasa mcm nk gigit je, sbb geram.

13. alhamdulillah, setiap kali pergi amik jab, xde demam. syukur sangat. masuk 7 bulan, kena demam 4 hari. nasib baik nenek nya tgh cuti, bleh tolong jagakan.


budak cendawan semasa demam. ni mcm dah ok sikit..

14. oh ya, baby Z dah ada gigi. 2 batang. amik ko.. lambat tumbuh gigi, tp skali tumbuh naik dua. to-date, gigi nya dah panjang dah. selalu sakat baby Z, "gigi awak dah panjang.. gigi lagi panjang pada rambut.. hehehhe" Baby Z senyum je. bukan dier paham pun..

15. bila gigi dah tumbuh, mula rasa seram sejuk bila nk bf.. ngilu ok kena gigit. bila kita marah, dier sengih. alahai anak.. mommy bukan main2 ok.. ini betul2..


ni baby Z tooth chart. sila bukak mulut mcm badak air nih

6 comments:

farahfatihah said...

mek nak carta gg tu bleh dak?

cha said...

dah besar dh hee sakit ke klau tergigit?ala manja2 je tu haha

Unknown said...

giler kuat semangat dak syakir Z ni..mcm Soffya K la..kalo tiap kali kna jab dia nanges jap je..pas tu diam..mummy dia lak yg over lebih..alhmdulillah x demam pn..syukur sgt2 Soffya K kuat mcm babah di..huhuhuhu

ummphs.. said...

baby i sama baya ngan shakir tp still tak tumbuh gigi. hihi... shud i worry?

QueenBz said...

aku nak jugak carta gigi!
ohh, isya sebatang pun tak tumbuh lagi. HAHA

thezaila said...

farah fatihah --> ook meks, dah email dah =)

cha --> fuuhhhh.. kalau tergigit.. rasa mcm nk keluar air mata. at point of time, rasa mcm xnk feed je..

nana --> yup baby Z is one strong baby! alhamdulillah

ummphs --> its ok dear.tumbesaran baby differ from one to another. no need to warry.. =)

balkidz --> haha xpe.. kira ko selamat lagi mek.. dier x gigit masa menyusu.. nk email..