Thursday, August 25, 2011

Tips apabila berjalan sakan waktu raya buat M2B

Hi Peeps.. mcm mana uols hari ni, sihat..? mak ni sihat je noks.. bagai di pam pam badan ni kekdahnya.. heheh

so raya tahun ni, ke mana kita.. as for me, by right, husband and i will be celebrating raya at Pekan.. En Hugo's aki. tahun depan giliran i plak.. kt Perak. tp ate tahun ni cuti lama (mak masuk keje 8 September noks..) i told en Hugo that i want to balik Perak as well.. nk mintak maaf dengan semua relative sebelum bersalin kekdah nya. ye la, mana nk tau kan.. kot kot x sempat nk mintak maaf.. mintak dijauhkan..

Senin lepas p buat check up, doc tanya balik mana.. told her that i will be in Pekan n Selama.. yeah i know, its a loooonngggg journey.. maka nya, doc dah pesan.. i pun berpesan2 la pada bakal ibu2 ye..

pesanan kerajaan
stops every two hours.. agak2 dah drive dalam 2 jam tu, berenti kejap, kuar kete.. Jalan2 sikit selama 2 3 minit. bukan apa nk betulkan balik blood circulation tu.. sbb kita asyik duduk je kan.. so igt ye puan2, berhenti setiap 2 jam sekali.. lepas bawak berjalan barang 2 3 minit..

akhir kata, pandu cermat jiwa selamat.. akhir kata yg paling terakhir, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin =)

Wednesday, August 24, 2011

Pengalaman Jujur Sejujurnya Tentang kehamilan Aku

Amaran : Ini adalah luahan peribadi aku. I seriously do not welcome any negative comment on this! Appreciate if you could keep it to urself.

orang kata, semasa pengandung tu, merupakan pengalaman PALING INDAH.. emmm... i need to think twice on that.. please to mention that i am not grateful upon the pregnancy ya..

kalau aku xmahukan zuriat, masakan sebelum kawin lagi, we both dah spent utk supplement utk preparation to conceived.


bukanlah dikatakan sepanjang kehamilan itu x seronok.. ada banyak juga moment yg aku sangat teruja.
- semasa tuan doktor mengesahkan aku mengandung. weeeee
- semasa nk bagi tau en hugo, "yang.. u are going to be papa soon" =)
- masa setiap bulan tgk scan... excited ok ...
- masa terasa the first 'kick'. oh comel nya kamoo
- masa nk start shopping barang baby.. lagi excited.. mana ada org perempuan x sexcited bila p shopping kan.

yess.. aku x kata tiada lansung pengalaman indah sepanjang kehamilan... ada banyak jugak.

fyi, aku merupakan seorang yg mudah percaya pada kata2 org.. dalam erti kata lain, lurus bendul la.. selalu pergi melompat2 ke blog lain, baca pengalaman org mengandung.. kekadang sempat juga singgah ke forum berkisar perkara ini. rata2 kata "during pregnancy is the best moment of my life!!" and i buy that.

tp bila aku sendiri rasa, "oh begini rupanya.." mmg betul aku dah expect akan ada morning sickness, akan ada sesi muntah2 secara marathon, ada kala yg ko akan rasa satu badan berangin and there is nothing u can do bout it. kau 'TAHU' semua itu akan berlaku. tp adakah anda benar2 tahu bagaimana rasa nya atau sekadar tahu. frankly speaking, aku sekadar tahu sahaja, bagaimana rasanya, idak le teman tahu..

tujuan aku share benda ni, bukanlah utk menakut2kan bakal2 ibu tp lebih kepada persediaan dari segi mental utk menghadapi nya. I am not gonna sugar coat u by saying i"pregnancy is the best moment of my life". i would have to say that "there are plenty amazing moments during pregnancy".. i guess that sounds better!

please expect this when u are expecting..
muntah2.
xde org akan kata pengamlan muntah adalah indah. as for my situation, aku pernah muntah2 sampai muntahan itu keluar kot lobang idong.. grosss..??? yes.. it was horrible.. dah la sebelum tu aku makan rojak mamak yg pedas.. bila kuar kt hidung, terasa mcm naga dgn hembusan asap!!! serious kalau x mengenangkan perasaan malu, mungkin aku mengelupur kt lantai toilet itu.nasib aku x panic and terus kan pernafasan. pheww.. lepas aktiviti ni, mmg sure akan melepek la sebab semua makanan dah habis keluar.

badan berangin
yang ini x usah cerita la, sendawa berkali2 dah jadi lumrah.. rasa nk sendawa, tp x keluar, sangat menyakit kan hati. pastu x bleh nk sapu minyak angin sbb ada kandungan apa ntah.. sebu perut rasa. nasib la aku x LDR dgn hubby, ada gak la org bleh tolong gosok2 kan belakang badan.. nasib la aku tinggal ngn mak sendiri.. if en hugo x balik rmh lagi, bleh mintak tolong mama gosokkan plak.. seriously aku sangat respect pada mereka yg preggy n LDR.. anda sungguh tabah!!!!

perubahan fizikal
stretch mark
yang ini sangat la menduga aku. bukan la kata sebelum pregnant tu, aku chantek mengalahkan Miss World kan.. dan xde la body tu mantopp kan.. tp at least.. presentable la utk mata laki aku.. stretch mark jangan cakap la.. as early as 3 months, i started to have stretch marks.. dah rupa cakar rimau dah.. bila cakap stretch mark kan, korang dapat bayang x.. meh mak nk tunjuk kt korang mcm mana rupa nya.. below is how my hips look like.. if i were you, i won't enlarge the pic.. kang ada yg batal pose sbb muntah darah.. serious aku sangat depress ok bila tgk cakaran ni.. biasanya gebu gebi je kot.. ni dah rupa ditoreh2 pun ada.. ada org kata "biasala tu, mengandung.." tp still aku rasa cuak n depress kot.. ada x sapa2 yg mengandung anak sulong x depress tgk stretch mark.. meh tolong nasihat or zikir2 skit kt telinga aku nih..



swollen feet
biasanya dah dekat nk hari, baru org akan start membengkak kaki nya.. tp aku masuk bulan ke4 dah mula bengkak2, especially time berjalan banyak.. dan bila dah masuk minggu ke31 ni, kebengkakan kaki aku ter-sangat la horror. mcm kena untuk kekdah nya.. in fact, aku x bleh nampak buku lali ok.. the whole feet kembang habis..begitu juga dgn jari2. fyi, cincin kawin udah tidak muat.. "yang, guess u need to get me a new wedding ring.." muahahaha

aku ada la tanya sorang officemate ni, pasal case amazing moment la dan dier kata. so far, x rasa lagi sbb all the pregnancy symptoms. plus, she did mentioned "nk kata the most amazing moment bagi laki aku, x jugak sbb semua keje rmh dier dah kena buat mcm, basuh baju, masak, kemas rmh bagai. sbb aku mmg x larat lansung nk buat keje and x boleh masuk dapur.. asal masuk dapur je, muntah.."

jadi kekadang aku pk.. adakah aku ter-miss the so-called the most amazing moment of my life...

tp tu la nya.. masa pregnant ni rezeki masing2.. ada org tu, senang je mengandung.. alah xde, muntah xde.. sihat walafiat je.. ada plak tu, siap kena tahan wad lagi.. masuk air.. kesian deh.. pada yg ada alahan teruk, bertabahlah!!!!!

Monday, August 15, 2011

Hari Raya Project


Raya datang lagi!!! hahah.. dah mcm iklan Tora plak.. selamat berpuasa semua.. dah beli baju raya ke belom.. as for me, nafsu nk beli baju raya, mmg la xde.. takut xde baju raya yg muat.. ngeeeee... nk pakai jeans masa raya bleh x.. haha... nk kena kena pelangkung ngn PIL, sila kan..
oh this year raya kt belah suami.. tp tgk dulu mcm mana, since raya tahun ni mcm pannnnjaanggg cuti nya, probably the both of us akan balik both sides.. =)


ni dah berbalang2 almond london yg telah siap dibuat.. haha..mcm banyak je kekdah nya kan... as for this raya, mak buyung ada amik tempahan jugak.. tp just utk regular customer.. last year x sempat nk buat cz sibuk dengan wedding preparation bagai.. tahun ni, kalau x buat jugak, nampak gaya nya customer lari la.. so i decided to take orders from regular customer je.. mak x larat noks, nk pulun buat banyak2..

lucky me ada mama and husband yg ringan tulang.. tolong bakar kan kuih.. kekadang, tolong kemaskan bahan2 buat kuih.. fuhhh lega... so kepada yg dah order, insya allah, minggu depan dapat kuih ek.. thanks a bunch guys.. dapat la gak extra pocket money for the raya celebration.. heheheh

p/s : kot2 esok anak bleh jadi pastry chef, best gak kan... sbb maknya suka bake masa mengandung.. =)

Wednesday, August 10, 2011

Mari membantu ringankan beban sesama saudara Islam

Salam Ramadhan readers. Sebentar tadi ada terbaca note di susuibu.com mengenai seorang ibu yg benar2 memerlukan bantuan. Click sini utk berita penuh.

beritanya agak panjang. namun utk memudahkan pembaca semua, izinkan saya menulis serba ringkas mengenai situasi Puan Kartini Waris.

Puan Kartini telah selamat melahirkan kembarnya pada 27 July 2011. Kelahiran cahaya mata Puan Kartini pada kali ini adalah melalui pembedahan kecemasan. Beliau telah dibawa ke Hospital Putrajaya, dan pada ketika itu, usia kandungan nya baru sahaja mencecah 28 minggu (normal org bersalin 38-40 minggu) - bayi pra-matang. Untuk menyambut kelahiran bayi pra matang ini, pihak hospital memerlukan 2 ventilator bagi memastikan kembar tersebut peroleh sokongan kehidupan selepas kelahiran.

Namun begitu, Hospital Putrajaya tidak mempunyai ventilator yg mencukupi sehingga perlu mencari ventilator di hospital kerajaan lain tetapi tidak berhasil. Kartini dan suami cuba mencari di hospital lain dan akhirnya vetilator yg diperlukan terdapat di Prince Court Medical Center.

Puan Kartini dipindahkan di situ dan selamat melahirkan bayi pra matangnya pada 27 Julai 2011. Keputusan ini (utk melahirkan bayinya di PCMC) bukanlah pilihan mereka, tetapi merupakan satu2 jalan yg ada utk menyelamatkan 2 nyawa.

Selepas kelahiran bayi itu, Puan Kartini dan suami ingin memindahkan bayi mereka ke hospital kerajaan secepat mungkin kerana perbelanjaan di PCMC adalah mahal, namun keadaan bayi kembar itu belum stabil dan tidak dapat dipindahkan. Selain itu, mereka belum berjumpa mana2 hospital yg mempunyai kekosongan ventilator yang mencukupi.

Pada 9 Ogos 2011, bayi kembar itu Aida dan Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Putrjaya dan memulakan rawatan mereka di sana. Kos perubatan di PCMC selama 14 hari menelan belanja hampir RM50,000.

Dengan ini, jika ada di antara readers yg sudi utk menghulurkan bantuan kepada Puan Kartini, bolehlah berbuat demikian dgn membuat transaksi ke acc beliau. Kartini binti Waris ke Akaun Maybank beliau bernombor: 512080050944


Nota : Untuk pengetahuan, saya telah pun menghubungi Prince Court untuk mengesahkan perkara ini, dah operator telah mengesahkan Puan Kartini telah pun melahirkan kembar nya di PCMC pada 27 Julai 2011, seperti yg dimaklukan dalam 'Note' di FB susuibu.com.

p/s : tidak usahlah kita mempertikaikan kenapa beliau pergi ke PCMC walaupun sudah sedia maklum hospital itu, mahal kosnya. Di kala itu, ianya merupakan satu2 nya pilihan yang Puan Kartini ada. Mana mungkin ada ibu yg sanggup membiarkan kedua-dua anaknya 'pergi' tanpa berusaha menyelamatkannya. Hari ini, mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita..

Monday, August 08, 2011

Rasa takut setakut-takut nya

Salam ramadhan.. dah masuk hari ke-8 dah berpuasa ye.. alhamdulillah, diberi kekuatan utk bersama2 puasa, walaupun dah tertinggal satu hari. xpela.. rukhsah puasa katanya.

diam tak diam dah masuk 30 minggu dah. walaupun ada ketika rasa sangat selesa, ada ketika (read as selalu) terlupa makan ubat, selamat sampai jua ke minggu 30 ni. alhamdulillah, setakat ini xde la perkara2 yg horror sangat berlaku. pening, muntah, rasa x selesa, itu biasa la kot.. kan..?

kalau nk ikutkan tinggal beberapa minggu je lagi utk menunggu kelahiran si kecil. apa perasaan? seronok sudah pasti. tetapi perasaan takut tu paling banyak sbb my pain tolerance adalah sangat rendah..

ada sesiapa ada tips utk mengurangkan rasa takut ni.. meh meh share with me.. serious mak takut nya.. sungguh2 punya takut, bukan cobaan ni..

Tuesday, August 02, 2011

Half Baked Baby

Assalamualaikum semua...salam ramadhan.. serious lama giler x update blog.. and to those yg still datang jengah sekali sekala, thanks a bunch.. time time preggy ni xde nufsu nk blogging.. xde cite pun ye.. xde nafsu pun ye.. mixed feeling kekdah nya..

ok tajuk mcm ke hape je kan.. apa igt baby tu masuk oven ke, bleh half baked bagai..anyhow, i'm in my 3rd trimester dah.. dah tujuh bulan noks.. x lama lagi dah tu..

ok back to story, last saturday en Hugo and i went to vision college for 3D/4D scan.. haha.. nk jugak.. mcm la ko x menyempat sangat nk tunggu itu budak kecik kuar.. hahaha.. saja suka2 babe..

the appointment was at 9am.. selamba je amik waktu pagi without knowing he(the baby of course) will be idle in the morning.. ye la.. aku buat temu janji tu masa pregnant 4 bulan mcm tu.. time tu, dier kecik lagi, x brapa nk gerak sangat..

so these are a few shots taken last saturday...
yeah.. look at his eyes, nose and lips.. what i can say, he's inherited the hidung penyet from me...
and the sexy pout from en Hugo.. juih... bleh gantung hanger uols.. hahah.. baby, jgn marah.. i'm just kidding..

"aaahhh.. mommy stop taking pictures of me, i'm sleeping now.. ohhh didn't i tell u that i don't wake up for less than $10000 per day.. " wahhh kooo.. kecik2 dah feeling mcm Linda Evangelista... huhu.. tgk tangan dier tu.. letak kt muka.. sama ada dier malu nk tunjuk muka.. or he jus being a lil DIVO and doesn't wants his photo being taken..


okni kaki dier.. duhh.. a 5 yo child can tell.. hehe.. tgk tapak kaki tu, peha dan lutut nya.. cumels.. haha.. ada ke mak mak yg kata anak nya x cumels.. hehe...