Wednesday, August 10, 2011

Mari membantu ringankan beban sesama saudara Islam

Salam Ramadhan readers. Sebentar tadi ada terbaca note di susuibu.com mengenai seorang ibu yg benar2 memerlukan bantuan. Click sini utk berita penuh.

beritanya agak panjang. namun utk memudahkan pembaca semua, izinkan saya menulis serba ringkas mengenai situasi Puan Kartini Waris.

Puan Kartini telah selamat melahirkan kembarnya pada 27 July 2011. Kelahiran cahaya mata Puan Kartini pada kali ini adalah melalui pembedahan kecemasan. Beliau telah dibawa ke Hospital Putrajaya, dan pada ketika itu, usia kandungan nya baru sahaja mencecah 28 minggu (normal org bersalin 38-40 minggu) - bayi pra-matang. Untuk menyambut kelahiran bayi pra matang ini, pihak hospital memerlukan 2 ventilator bagi memastikan kembar tersebut peroleh sokongan kehidupan selepas kelahiran.

Namun begitu, Hospital Putrajaya tidak mempunyai ventilator yg mencukupi sehingga perlu mencari ventilator di hospital kerajaan lain tetapi tidak berhasil. Kartini dan suami cuba mencari di hospital lain dan akhirnya vetilator yg diperlukan terdapat di Prince Court Medical Center.

Puan Kartini dipindahkan di situ dan selamat melahirkan bayi pra matangnya pada 27 Julai 2011. Keputusan ini (utk melahirkan bayinya di PCMC) bukanlah pilihan mereka, tetapi merupakan satu2 jalan yg ada utk menyelamatkan 2 nyawa.

Selepas kelahiran bayi itu, Puan Kartini dan suami ingin memindahkan bayi mereka ke hospital kerajaan secepat mungkin kerana perbelanjaan di PCMC adalah mahal, namun keadaan bayi kembar itu belum stabil dan tidak dapat dipindahkan. Selain itu, mereka belum berjumpa mana2 hospital yg mempunyai kekosongan ventilator yang mencukupi.

Pada 9 Ogos 2011, bayi kembar itu Aida dan Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Putrjaya dan memulakan rawatan mereka di sana. Kos perubatan di PCMC selama 14 hari menelan belanja hampir RM50,000.

Dengan ini, jika ada di antara readers yg sudi utk menghulurkan bantuan kepada Puan Kartini, bolehlah berbuat demikian dgn membuat transaksi ke acc beliau. Kartini binti Waris ke Akaun Maybank beliau bernombor: 512080050944


Nota : Untuk pengetahuan, saya telah pun menghubungi Prince Court untuk mengesahkan perkara ini, dah operator telah mengesahkan Puan Kartini telah pun melahirkan kembar nya di PCMC pada 27 Julai 2011, seperti yg dimaklukan dalam 'Note' di FB susuibu.com.

p/s : tidak usahlah kita mempertikaikan kenapa beliau pergi ke PCMC walaupun sudah sedia maklum hospital itu, mahal kosnya. Di kala itu, ianya merupakan satu2 nya pilihan yang Puan Kartini ada. Mana mungkin ada ibu yg sanggup membiarkan kedua-dua anaknya 'pergi' tanpa berusaha menyelamatkannya. Hari ini, mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita..

5 comments:

Aty Fared said...

mahal ek.. 14 hari jer dah rm 50K..tapi tu lar pengorabanan tuk menyelamatkan nyawa anak2.. betul... kite pon tak tau bahagian kite nanti.. harap sama2 dapat membantu..

thezaila said...

aty, tu la.. kt sana mahal u.. almaklumla, hospital dah mcm hotel.. ini la pengorbanan ibu bapa utk anak2nya.. esok, rezeki kita, entah mcm mana pulak.

Leonora Halim said...

yep yep.. hospital tu mmg amat mahals... huhu... insyaAllah... nanti Pn Kartini dpt melangsaikan hutang tu... nanti ada rezeki kembar yg cumel tu.. :) ada tak sape2 usulkan kat Puan tu utk ambil personal loan? keluar EPF pun boley kan utk perubatan?

sal ya said...

bahagian masing2 kan?
kalau kita la entah macam mana la keadaannya...

Nur said...

ventilator is always an issue. masa sakit contraction when i was 31 weeks pregnant, ventilator mmg takde kat hukm, serdang, and any nearer hosp. sbb tu doc tak urge untuk bersalin.

anyway, pcmc sendiri patutnya bantu lah jugak kan jgn lah charge mcm org tu artis. atau maybe die dah cut cost tp itulah total cost nye huhu