i tengah membetulkan anak tudung.. dalam hati masih cuak cuak lagi.. dalam hati "i guess he knows what he is doing..".. wah epie.. ko pun verangan nk pakai tudung mak ke nok...
Thursday, February 25, 2010
Pakai tudung pun perlu rambut palsu tau noks...
i tengah membetulkan anak tudung.. dalam hati masih cuak cuak lagi.. dalam hati "i guess he knows what he is doing..".. wah epie.. ko pun verangan nk pakai tudung mak ke nok...
Wednesday, February 24, 2010
Guest List
Sunday, February 21, 2010
Bingkisan dari hati si tunang terus ke tembolok hadirin
ni saat2 kecederaan, my mom masuk padang.. tolong mana yg patut.. nasib la ada emak yg terbaik di donia nih... sanggup membantu.. oh ya.. my future SIL came down to KL for her interview.. time dier free, she came over and tolong ikat ribbon kt bungkusan itu.. thanks sis.. bagus x bakal adik ipar aku..
Saturday, February 20, 2010
Cakap Banyak xde hasil.. I took my first step
did a small checked up last week.. they measured my weight and stuff.. and they advice me to burn 330 cal and take only 1616 calory a day, in order to get to my ideal weight..my weight now, dah mencapai 59.1kg.. sila gerun.. so i decided to burn more knowing that i'll probably eat more..
Friday, February 19, 2010
Salahkan diri sendiri kalau iman x kuat...
at first i decided to have bread for my bfast.
Zana called. "babe.. ko nk nasik lemak x". aku jawab "ye!!" how could you say no to nasi lemak...
went to the kitchen for dunno what reason.. and i saw a container filled with ayam masak lemak cili padi dgn daun pegaga.. perrghhh.. definitely my mom punya kerja.. she put another pink container under the ayam masak lemak's container.. "aaa.. tu utk i masuk kan nasi la tu.." adush..
its too late to cancel nasi lemak from zana.. and i couldn't have both nasi lemak n nasi putih for bfast..!! lepas tu, tgk kt sebelah periuk nasi ada sardine roll (kak aisyah.. remember we use to makan sardine roll kt rmh airport) n ubi kayu goreng (my fav.. big time!!!)
adoi.. so i decided to pack ayam masak lemak cili padi.. boleh makan dgn nasi lemak, at least mama x kecik hati if aku x bawa.. not to forget 3 pcs of sardine roll n ubi kayu goreng (for tea)...
hebat kan??? i guess i'll be bringing food from home more frequent as mama keep on complaining her cafe food mcm ke hapa..
so salah siapa if you can't stay on diet.. blame it to urself sbb x kuat iman.. huhhuhu
Thursday, February 18, 2010
Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.
1. utk bakal pengantin di semenanjung m'sia shj .. Checked
2. usia 20 thn ke atas. I'm 26.. Checked.
3. Jadi Follower Blog Dina Halim n add Dina Halim di facebook.. Checked n Checked.
4. satu entry bertajuk Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.. sila lihat atas.. Checked
5. Letak banner pertandingan.. Checked
6. letak 3 gambar
a) kamu (berseorangan, jelas) Checked
b) si dia (berseorangan, jelas) Checked
c) satu (1) gambar kegemaran/ tercantik / tercomel / terpaling serasi kamu & SI DIA berdua (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!) Checked *i put in between esei kt bawah ni.. supaya x bosan membaca esei ini*
7. buat esei mengenai - "mengapa si dia pilihan saya" .... Checked
Kenapa dia pilihan hati saya.
Jika zaman muda remaja,untuk mencari seorang Prince Charming, criteria-criteria seperti ‘Tall, Dark and Handsome’, pasti tak lekang dari bibir seorang remaja perempuan. Oh abaikan criteria ‘Dark’. Sebabnya, orang Malaysia lebih gemarkan mereka yang berkulit cerah.
Semakin usia menginjak dewasa, kita lebih realistik, berpijak di bumi yang nyata. Rupa paras sudah jatuh entah ke nombor berapa. Yang pasti, hati budi dah tingkah laku yang menyenangkan adalah lebih vital.
syarat 6 a gambar sendiri.. berseorangan n jelas
Kenapa dia pilihan saya? Sudah tentu seribu satu sebab dapat saya berikan. Dia bukanlah jejaka paling tampan yang pernah saya jumpa. Tetapi dialah jejaka yang paling sejuk mata saya memandang. Tatkala, hati gundah gulana, dengan menatap wajahnya yang sentiasa ikhlas mengukir senyum bisa bikin hati kembali tenang.
Teringat satu ketika dulu, bila mana saya dibebani dengan tuntutan kerja yang melampau sehingga membuatkan saya tidak lena tidur, dialah yang sentiasa menjadi peneman di kala orang lain sedang nyenyak diulit mimpi. Mungkin pengorbanan itu tampak kecil, namun amat besar bagi saya. Di kala susah begini, kita dapat mengenali pasangan kita. Alhamdulillah, dialah orang itu.
Lelaki kebanyakkannya ego dan adakala sukar untuk mengucapkan maaf. Tapi tidak bagi dia. Di kala, dia tersilap kata, ungkapan maaf akan dititpkan buat kerterlanjuran kata-kata. Bait-bait terima kasih juga sering diungkapkan. Sungguh, setiap apa yang kita lakukan, tidak akan sekali-kali kita akan mengharapkan balasan, sekadar ucapan terima kasih cukup sebagai pengganti.
syarat 6 b, gambar si dia.. berseorangan n jelas
Oh ya, pernah sekali, saya telah terguna wang pemberian dia untuk membeli sesuatu, dan berjanji akan menggantinya kembali, tetapi dia menegah. Katanya, guna sahaja wang itu, apalah sangat wang yang sedikit itu jika dibandingkan pertolongan yang dihulurkan semasa dia mula-mela mencari kerja sedikit masa dahulu. Terharu!!! Tiada perkataan lain dapat menggambarkan perasaan saya pada ketika itu. Bukan terharu kerana tidak perlu mengganti kembali wang nya, tetapi terharu, kerana dia ingat dan menghargai saya. Pada saya, apa yang dilakukan itu hanyalah sedikit bantuan cuma, dan sememangnya tidak menyangka yang dia mengingatinya sehingga sekarang. Mama kata, eloklah tu, itu menandakan dia ‘appreciate’ saya. Sekalli lagi terharu!
syarat 6c.. x tau la paling comel n serasi ke tak.. tp saya rasa, saya comel.. auuwww...
Restu keluarga. Itu penting!! Tiada gunanya jika si dia mempunya seribu satu kebaikkan, namun, hubungan itu tidak direstui keluarga. Saya bersyukur kerana hubungan kami direstui oleh kedua ibu bapa kami. Rapatnya mama dengan si dia sehinggakan pada suatu hari mama pernah berkata, “jika jodoh kak yong dengan Zul tidak panjang, mama akan ambil Zul jadi anak angkat.” Sampai begitu sekali ‘bonding’ mama dengan Zul.
Alhamdulillah, mereka setuju dengan pilihan saya. Ya Allah, jika dia adalah jodoh yang Engkau tetapkan buat diriku, Engkau panjangkahlah jodoh kami berdua. Peliharalah kami dari sebarang anasir tidak baik. Amiinn..
8. Majlis impian adalah berkonsepkan Garden in the hall.. x dapat nk buat dalam taman.. gantikan suasana di sekitar pelaminan seperti dalam taman sudah memadai.. Dan warna tema impian, sudah tentu Pink berserta kombinasi putih dan purple bagi menyemarakkan lagi suasana romantika.. wah...auuuwww.. Checked
9. Hubungan percintaan ini berjalan secara rasminya akan masuk 3 tahun pada 3 mac 2010. tempoh tak rasmi ada la dalam 3 tahun setengah.. =) .. Checked
10. boleh digunakan sepanjang tahun before 30 Nov 2010.. Checked as mine will be on 31 Oct 2010.. Checked
11. tinggal kan komen.. akan buat sebentar lagi.. checked dalam masa 2 min dari sekarang..
Tudung Tunang n Tudung Nikah dari Vispera
anil, saya mmg teruja dengan wedding anda.. dan anda adalah reference saya.. voley gitu..?
nampak x veil nya mempunyai body and character.. wahhh.. beriya describe. veil tu jadi jatuh n cantik, tidak seperti jika mengguna kan kain net.. cuba lihat hasil dari Vispera.Cantik kan... Sungguh suci n ayu
Hasil nya.. sungguh puas hati.. cuba kamu lihat hasil tudung saya.. oh ya.. saya mmg request utk meletakkan perincian manik yg sarat.. Mak diva noks.. if you prefer less beads and bling2, she will fullfill your dream. ok.. mari lihat hasil Vispera utk my tudung n veil... tarikk nafas dalam2...
Upload close view..
and paling penting bekerja dengan Vispera sangat la menyenyangkan.. u give your idea and she gives hers.. as for me, kekadang terkeluar idea warna peliks, almaklumlan seni dulu cukup2 makan je markah nya.. yes! she will give you the consultation. best kan..
for more info, layarilah Vispera.
Tuesday, February 16, 2010
New Template with a new mission...
agar mission n template selari, i've chose this sweet, cute template.. bagi mood tu teruja lebih sikit.. putih, bersih, suci .. aauuwwww...
eventhough, i dah tukar my template bagai, it doesn't mean that I'm gonna write bout wedding prep all the time.. entry mcm biasa..mak malas noks, nk ada 2 3 blog ni..x terjaga nnt.. if i got something nice to share, I'll post it here.. and one thing that never change is, my sarcasm... naaa.. just kidding..
I've been surveying bout wedding since a year++ ago.. betul x tipu. tp nk letak hasil survey-an tu kt sini, mcm h-over tau.. date pun x tetap lagi. my other half's parents x mai rmh lagi.. x kan i dah angan2 mau posting cop bagai, kan...
Since i have tight budget for wedding, i guess, i have to start early.. trust me, wedding impian boleh terlaksana walaupun budget terhad.. sebab ada je tempat2 yg boleh melengkapi impian anda mengikut spesikikasi anda.. therefore, the key word is S.U.R.V.E.Y.. survey dgn awal akan membantu mengelakkan alamak-suntuknya-masa-nk-cari-semua-barang situation.
oh ya.. up coming, i'm gonna share with bout a few things that i've survey.. dah nama pun blog separa perkahwinan kan.. tentu2 nya akan post pasal hasil serbei.. takkan nk letak entri pasal masalah perkahwinan kan??? ish ish ish..
aaaa mengenai mereka2 yg terlibat dalam majlis tunang i, akan i blog them out.. dari make up, pelamin, food and all.. alhamdulillah, mereka yg bekerja ngn i, sume bersikap professional dari segi masa and deliverable.. akan saya suggestkan.. till then.. ta ta..