Tuesday, September 07, 2010

Kasih Jangan Kau Pergi

Drama Menjelang Syawal
Nota : gambar terpaksa dikecilkan utk tujuan mengupload lebih laju..


Kasih Jangan Kau Pergi
dibintangi oleh


Zul sbg Razali Yahya



Zaila sbg Zaiton Zulkifli




Kisah bermula apabila sepasang kekasih terpaksa berjauhan. Razali ditawarkan pekerjaan sebagai peon di kota. Demi membuktikan dia mampu berdikari, Razali terima tawaran itu. Pemergian Razali sukar diterima oleh chenta hatinya.. bermulalah kisah, Kasih Jangan Kau Pergi..

Zaiton : Di manakah akan kau tinggal Razali? Apa selamatkah tempat itu..? Bagaimana pula dengan makan pakai mu kanda..


Razali : Adinda ku Zaiton, ada ada sahaja lah dinda ini.. Kanda bukannya anak kecil yang tidak boleh melakukan pekerjaan sendiri.. Oh ya.. setibanya kanda di sana nanti, Sudin akan menjemputku.. dan aku akan menumpang di rumahnya.. usah la kau khuatir, sayangku..


aiton : kanda, apa benar, kanda harus pergi? Meninggalkan tanah kelahiran ini, kanda? Meninggalkan adinda sendirian...

Razali : Oh, adinda ku Zaiton. Kanda harus pergi, demi masa depan kita berdua.. kanda tidak meninggalkan dinda... kanda akan senantiasa mengingati mu.. kepergian kanda bukanlah untuk selama-lamanya, cuma, beberapa musim sahaja..

Zaiton : oh.. kanda.. jangan katakan beberapa musim, berpisah utk sedetik, dinda x sanggup..

Razali : jangan begitu dinda.. semakin berat utk kanda melangkah pergi.. hapuslah air matamu... kanda berjanji, sekembalinya kanda nanti, akan ku suntingmu utk menjadi suri hidupku...






Zaiton : Baiklah, jika itu mahu mu, mana mungkin dinda menegah.. akan dinda doakan keselamatan mu di sana. dan dinda berharap agar kanda tidak lupakan dinda seperti mana dinda akan sentiasa terkenangkan kanda..


Razali : Mana mungkin akan ku lupakan mu wahai bungaku.. setiap saat dan setiap detik jantungku berdegup, adalah untuk mu... sabarlah dinda, pemergian kanda bukanlah untuk selama-lama nya.. Selamat tinggal dinda ku Zaiton..

Hari berganti minggu, minggu berganti purnama, purnama berganti musim.. Zaiton setia menunggu Razali. Hanya warkah pengganti diri.


4 musin telah berlalu. Warkah diterima Zaiton pada kali ini, benar2 menggembirakan hati nya..


Kehadapan adinda ku Zaiton.. Diharap adinda berada dalam keadaan baik baik sahaja bersama keluarga tercinta.. Kanda sentiasa terkenangkan dirimu, walau jauh di tempat orang. sudah 4 musim berlalu, dan kanda benar-benar selesa berada di tempat ini..

Jangan dinda khuathir yang kanda sudah melupakan tanah kelahiran ku.. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Dua minggu sudah, ayahanda ada mengirim surat buatku. Pintanya agar kanda lekas pulang dan membantu perniagaannya di kampung..

Maka dengan itu, kanda akan pulang ke kampung untuk berbakti pada tanah kelahiran kanda.. dan kanda juga akan menyatakan hasrat, utk memperisterikan mu kepada ayahanda dan juga bonda..

Nantikan kepulangan kanda.. Kanda akan tiba di perhentian keretapi, menjelang petang, hari Khamis, tanggal 28 Julai 1968..

yang mengasihimu
Razali




Tanggal 28 Julai 1968




monolog : aaaiii.. ke mana sahaja keretapi ini.. sempatkah aku tiba di kampung seperti waktu yg dijanjikan pada Zaiton... aduhh.. ada ada sahaja la keretapi ni..





Zaiton : pukul brapakah akan tibanya keretapi.. kata nya petang mahu tiba.. ini sudah lewat petang.. bagaimana ya.. jika lewat pulang ke rmh, pasti ayahanda akan marah...

ppphoooooonnnnnnnnn....


Zaiton : aaa itu dia keretapi sudah tiba..




Zaiton : oohhhh kandaaaa..... syukur kanda sudah selamat pulang...


Zaiton : dinda fikir, kanda tidak akan pulang tadi.. puas dinda tunggu.. ada apa2 masalahkah kanda..

Razali : alhamdulillah kanda telah selamat tiba. Keretapi tiba lewat, ada kerosakkan sebentar tadi.. syukur perjalanan kanda ke mari tiada sebarang musibah.. dinda sihat..?

Zaiton : Sudah tentu la dinda sihat, jika tidak, masakan dinda ada di sini.. apa la kanda ni..


*****


Razali : Zaiton sepanjang pemergian ku, kanda ada mengirimkan wang pada bonda.. dan kanda telah berpesan pada bonda agar didirikan sebuat rumah di tanah ayahanda kanda. rumah yg akan kita diami kelak.. mari kanda tunjukkan..



Razali : inilah rumahnya.. lihat, kita boleh lihat sawah padi menguning dari sini.. dah di hujung sana tu, gunung ganang yg menghijau.. sungguh tenang tempat ini, dinda.. Kanda berharap, dinda suka..

Zaiton : Dinda suka kanda.. Pada dinda, di rumah mana-mana pun tidak menjadi masalah, kerna tempat dinda adalah di sisi kanda.. Baik pada kanda, baik lah pada dinda..

Razali : dinda, cuba dinda masuk ke dalam. Kata bonda, bonda sudah membeli serba sedikit kelengkapan rumah.. cuba dinda masuk ke dalam..


Zaiton : Ya Allah kanda, sangat besar ruangan di dalam ini.. Pandai bonda mu menyusun atur perobot nya.. oh kanda.. sungguh cantik rumah ini.. dinda terasa bagai dalam mimpi..


Zaiton : Marilah naik kanda.. lihat2 sekitar rumah ini.. Kanda pun belum pernah melihat2 rumah ini lagi kan..?



Razali : kanda pernah berjanji pada mu dahulu.. dan ingin ku bertanya pada mu kali ini... Apa sudikah dikau menjadi suri hidupku.. bersama ku di kala susah dan senang..?

Zaiton : ....

Razali : Diam tanda nya setuju.. Adinda ku Zaiton, apa benar kamu setuju..? Bolehkah jika kanda menghantar rombongan meminang.. bersuaralah wahai dinda..

Zaiton :
Sinar purnama menyinari jalan,
Jauh berjalan terasa lama;
Tinggi sungguh harapan mu tuan,
Saya di sini hanya terima.

T A M M A T


p/s : kalau mahu muntah, silakan sbb aku pun rasa geli geleman.. muhahahha. selamat hari raya.. =)

9 comments:

nurul said...

hehehehe..besh besh besh..kalah filem melayu 60-an..

Reen Tart Nenas said...

rajinnyer die! creative babe!

Hugo said...

razali pun boleh termuntah darah cam ni...

cik senah said...

:) hehe.. rasa macam baca skrip cerita p. ramlee daaa.. hehe..

apa2 pun.. tahniah... idea kreatif sesangat.. dan baguih arr cik abg nak bekerjasama utk merealisasikan gambaq2 pre-wed niee.. :)

selamat berbahagia buat kalian berdua nohhh.. semoga berbahagia ke akhir hayat..

p/s: tahun depan leh arr beraya sakan sebagai suami isteri.. :)

Nurulhuda|Adlie said...

BRAVOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO. haha. i sukaaaaa sangat. okay sorry kalau sangat over. but 2 thumbs up. ;)

Mysarah Rahman said...

wah wah wah.. dah rasa macam tengah menonton wayang gambar filem p ramlee daaa :P

eito said...

wahhhhh~~~
macam spastik la u guys..bhahaha~

thezaila said...

nurul fatihah --> ni filem melayu 60 versi 2010.. :P

reen tart nenas --> time time free hari tu, ada la masa nk tulis bagai..huhuh

en hugo --> harus razali muntah darah!!


cik senah --> thanks cik senah, nasib cik abang memberi kerjasama yg begitu baik.. =)
meh jemput makan kenduri kt rmh saya hujung bulan 10 nih..

huda --> thanks.. x sangka idea ni disukai ramai ... x sabar mau tgk gambar from ur OP..

mysarah -->haha.. ni P.razali.. kuang kuang.. tersedak2 tuan punya beg tu nnt.. huhuh

eito --> biasa la husni.. org tgh hangat berchenta mmg begitu.. muhahhaha.. nnt dtg ar kenduri kitorng..

Atiqah Adnan said...

bestnye entry nie.. like3000x..
ye sangat over nak like banyak kali.. tapi memang sangat besttt!!