Thursday, February 18, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.

Hello bride-to-be, while browsing through just now, i came across to Dina Halim Bridal Boutique contest. Meh le join skali.. the more the merrier..

1. utk bakal pengantin di semenanjung m'sia shj .. Checked
2. usia 20 thn ke atas. I'm 26.. Checked.
3. Jadi Follower Blog Dina Halim n add Dina Halim di facebook.. Checked n Checked.
4. satu entry bertajuk Dina Halim Bridal Boutique Online Contest.. sila lihat atas.. Checked
5. Letak banner pertandingan.. Checked


6. letak 3 gambar
a) kamu (berseorangan, jelas) Checked
b) si dia (berseorangan, jelas) Checked
c) satu (1) gambar kegemaran/ tercantik / tercomel / terpaling serasi kamu & SI DIA berdua (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!) Checked *i put in between esei kt bawah ni.. supaya x bosan membaca esei ini*
7. buat esei mengenai - "mengapa si dia pilihan saya" .... Checked

Kenapa dia pilihan hati saya.

Jika zaman muda remaja,untuk mencari seorang Prince Charming, criteria-criteria seperti ‘Tall, Dark and Handsome’, pasti tak lekang dari bibir seorang remaja perempuan. Oh abaikan criteria ‘Dark’. Sebabnya, orang Malaysia lebih gemarkan mereka yang berkulit cerah.

Semakin usia menginjak dewasa, kita lebih realistik, berpijak di bumi yang nyata. Rupa paras sudah jatuh entah ke nombor berapa. Yang pasti, hati budi dah tingkah laku yang menyenangkan adalah lebih vital.

syarat 6 a gambar sendiri.. berseorangan n jelas

Kenapa dia pilihan saya? Sudah tentu seribu satu sebab dapat saya berikan. Dia bukanlah jejaka paling tampan yang pernah saya jumpa. Tetapi dialah jejaka yang paling sejuk mata saya memandang. Tatkala, hati gundah gulana, dengan menatap wajahnya yang sentiasa ikhlas mengukir senyum bisa bikin hati kembali tenang.

Teringat satu ketika dulu, bila mana saya dibebani dengan tuntutan kerja yang melampau sehingga membuatkan saya tidak lena tidur, dialah yang sentiasa menjadi peneman di kala orang lain sedang nyenyak diulit mimpi. Mungkin pengorbanan itu tampak kecil, namun amat besar bagi saya. Di kala susah begini, kita dapat mengenali pasangan kita. Alhamdulillah, dialah orang itu.

Lelaki kebanyakkannya ego dan adakala sukar untuk mengucapkan maaf. Tapi tidak bagi dia. Di kala, dia tersilap kata, ungkapan maaf akan dititpkan buat kerterlanjuran kata-kata. Bait-bait terima kasih juga sering diungkapkan. Sungguh, setiap apa yang kita lakukan, tidak akan sekali-kali kita akan mengharapkan balasan, sekadar ucapan terima kasih cukup sebagai pengganti.

syarat 6 b, gambar si dia.. berseorangan n jelas
Oh ya, pernah sekali, saya telah terguna wang pemberian dia untuk membeli sesuatu, dan berjanji akan menggantinya kembali, tetapi dia menegah. Katanya, guna sahaja wang itu, apalah sangat wang yang sedikit itu jika dibandingkan pertolongan yang dihulurkan semasa dia mula-mela mencari kerja sedikit masa dahulu. Terharu!!! Tiada perkataan lain dapat menggambarkan perasaan saya pada ketika itu. Bukan terharu kerana tidak perlu mengganti kembali wang nya, tetapi terharu, kerana dia ingat dan menghargai saya. Pada saya, apa yang dilakukan itu hanyalah sedikit bantuan cuma, dan sememangnya tidak menyangka yang dia mengingatinya sehingga sekarang. Mama kata, eloklah tu, itu menandakan dia ‘appreciate’ saya. Sekalli lagi terharu!



syarat 6c.. x tau la paling comel n serasi ke tak.. tp saya rasa, saya comel.. auuwww...

Restu keluarga. Itu penting!! Tiada gunanya jika si dia mempunya seribu satu kebaikkan, namun, hubungan itu tidak direstui keluarga. Saya bersyukur kerana hubungan kami direstui oleh kedua ibu bapa kami. Rapatnya mama dengan si dia sehinggakan pada suatu hari mama pernah berkata, “jika jodoh kak yong dengan Zul tidak panjang, mama akan ambil Zul jadi anak angkat.” Sampai begitu sekali ‘bonding’ mama dengan Zul.

Alhamdulillah, mereka setuju dengan pilihan saya. Ya Allah, jika dia adalah jodoh yang Engkau tetapkan buat diriku, Engkau panjangkahlah jodoh kami berdua. Peliharalah kami dari sebarang anasir tidak baik. Amiinn..



8. Majlis impian adalah berkonsepkan Garden in the hall.. x dapat nk buat dalam taman.. gantikan suasana di sekitar pelaminan seperti dalam taman sudah memadai.. Dan warna tema impian, sudah tentu Pink berserta kombinasi putih dan purple bagi menyemarakkan lagi suasana romantika.. wah...auuuwww.. Checked

9. Hubungan percintaan ini berjalan secara rasminya akan masuk 3 tahun pada 3 mac 2010. tempoh tak rasmi ada la dalam 3 tahun setengah.. =) .. Checked

10. boleh digunakan sepanjang tahun before 30 Nov 2010.. Checked as mine will be on 31 Oct 2010.. Checked

11. tinggal kan komen.. akan buat sebentar lagi.. checked dalam masa 2 min dari sekarang..

2 comments:

Dina Halim Bridal Boutique said...

auwww..gambar terkahir cute la...what a nice, oving man u have dear..sampai mak awk sayang sangat2, tandanya bagus..bersyukurlah, Allah kurniakan awak pasangan yang baik.

so, just wait for the result ya! :)

thezaila said...

kak dina.. thanks for dropping by...

cute ke ..heheh.. *blush blush*

berdebar2 nk tunggu result nih...

ada la rezeki saya hendak nya..