Thursday, August 27, 2009

yang kurik itu kundi, yang merah itu saga

bahasa melayu sungguh indah bahasanya. seminggu sebelum puasa, sempat ikut Long pergi ke ceramah/seminar mengenai komunikasi efektif yg dikendalikan Nizal Muhammad. Apa yg menarik perhatian saya adalah mengenai, pemikiran orang melayu itu sendiri.


Selain memberi info berkenaan komunikasi, sempat juga saudara Nizal selitkan informasi mengenai bahasa melayu. Al maklumlah, beliau berpeluang utk menyiapkan dokumentari mengenai bahasa melayu-Jejak Bahasa.
Kata saudara Nizal, ada seorang bangsa asing cukup kagum dgn bangsa melayu. Katanya bangsa melayu, merupakan bangsa pemikir. emm menarik. hati tertanya mengapa komen sedekian dibuat. Katanya, bahasa melayu digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, baik dari golongan bangsawan hinggalah ke golongan org kebanyakkan. Tidak seperti bahasa ingeris, contohnya, ada sesetengah bahasa itu hanya digunakan di kalangan bangsawan adan TIDAK difahami oleh org kebanyakkan.

Contoh lain diberikan, pantun. Bukan mudah mahu berpantun. Dua baris pembayangnya, sudah cukup mencabar minda. Lihat sahaja pantun dulu. Contoh,

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Persoalannya, dalam banyak2 pisang, kenapa pisang emas? kenapa dibiarkan di atas peti? 2 baris pembayang itu, bukan dicipta mengikut suka sahaja. Ada ilmu terselit di balik pembayang itu. Pada zaman dahulu, pisang emas merupan bekalan yg dibawa berlayar, kerana pisang emas merupa ubat kepada meraka yg mabuk laut. Dan kenapa pula masak di atas peti? Untuk dijadikan ubat kepada mabuk laut, pisang itu hendaklah dibiarkan masak dgn sendirinya dan janganlah diperam. Lihat sahaja makna disebalik pembanyangnya. Kerana itulah dikatakan org melayu dulu dikata golongan pemikir. Apa yg dituturkan, ada maknanya. Jangan lihat pada org zaman sekarang mereka pantun

Pergi 7-evelen beli seven up,
Kalau x tau nk cakap, just shut up.

Cesss..Apa punya pantun daaa...

Ok contoh lagi satu. Pernah kalian dengar peribahasa - "bagai melepas batuk di tangga". Peribahasa ini bermaksud membuat pekerjaan dgn sambil lewa. Kalau difikirkan, kenapa batuk dikatian dengan sambil lewa. Melihat pada perkataan batuk, sudah pasti kebanyakkan daripada kita teringatkan berbuat batuk.
Sebenarnya, batuk di sini bukan merujuk kepada perbuatan batuk, tetapi merujuk kepada perkataan "batok" iaitu, satu perkataan jawa. Ini cikgu yg beritahu aku semasa kelas tuisyen BM Advance masa form 3. Apa itu "batok" dan mengapa ia dikaitkan dengan perbuatan yg sambil lewa. Begini ceritanya. Pada zaman dahulu, di kebanyakkan rmh kampung, akan terdapat satu tempayan di bahagian tangga hadapan rumah. Tujuannya adalah utk penghuni rmh membasuh kaki sebelum melangkah masuk. Jadi, di sebelah tempayan itu akan terdapat sebatang kayu yg dicacak secara menegak, dan diletakkan batok di hujungnya. 'Batok' merupakan tempurung yg digunakan utk mencedok air di tempayan.
Dan acap kali, ada penghuni rmh tidak meletakkan kembali batok itu di tempat asalnya - di batang kayu yang dicacak secara menegak. Ada di antara mereka, hanya membiarkan batok itu di tangga seraya berlalu masuk ke rmh. Maka terciptalah,peribahasa - bagai melepaskan batok di tangga. Persoalan mengapa berkataan batok dieja sedemikian rupa, tidak pula saya ketahui.

Lihat, begitu mendalam maknanya, begitu teliti org2 zaman terdahulu dalam berkais bahasa. Teguran disampaikan dalam madah kata yg paling sopan. Untuk menghasilkan perumpamaan, bidalan, peribahsa dah banyak lagi seni bahasa yang lain, pemikiran yg tajam diperlukan. Maka tak salah kiranya, bangsa asing yg berbual bersama saudara Nizal, berpendapat, bangsa melayu terdahulu merupakan bangsa pemikir.


Banyak khazanah melayu yg boleh kita terokai. Mari, kenali bahasa kita. :D

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 4 hari kita berpuasa. =) Alhamdulillah, diberi kesempatan pada kita semua utk bersama2 menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Marilah kita bersama2 merebut peluang utk melakukan amal ibadat seolah2 ini, berupakan Ramadhan kita yg terakhir. Bak kata punjangga, "Mati itu pasti, hidup ini Insya Allah". Maka selagi hayat dikandung badan, jom, rebut peluang ni.
1st Ramadhan, berbuka dgn dgn parents, dan kebetulan Taufiq pun balik rmh. Mak lang ngn 2 org anak nya pun berbuka di sini.. Sangat la meriah. x sempat nk snap gambar, sbb semua x sabar nk berbuka.
2nd day Ramadhan, Taufiq masih lagi di rmh.. Wah kami berdua galak membeli juadah.. Beli byk, so that abah x payah keluar g beli makanan lagi.. Tp abah pun gatal p keluar beli gak.. dah penuh satu meja.. padahal makan berempat jek. Ce tgk gambar kt bawah.


mmg terduduk la nk menghabiskan makanan ni. Sempat bungkus kan
lebihan makanan utk Taufiq bawa balik ke kem..
Bro, bawak mengucap bro... sat je lagi nk berbuka..
itu kisah hari kedua.. hari ketiga, bila Taufiq xde kt rmh, dah xde la nafsu nk beli byk2.. Asal mama nk beli yg lain macam je.. terus cakap.."Ma, x baik membazir"... huhuhu.. so beli lala kadar je la.. itu kan lebih baik =)
Ok la.. situ je yg nk dikongsi bersama sepemna Ramadhan al mubarak ni. Marilah kita bersama2, perbanyakkan amal, dah sedekah semasa hari baik bulan baik ni... Manalah tau, mungkin umur kita x panjang. Peringatan utk diri sendiri gak..

Tuesday, August 18, 2009

Lin is Seriously ILL

ye ye je tajuk entry.. tp betul ye, lemah longlai je masa cakap kt fon td..ok.. latest info on Lin's condition. Tadi sempat la call Lin, saje nk bertanyakan khabar. Dengar suaranya pun udah ketahuan, mak cik ni sungguh tidak sihat. Semalam dah amik darah utk dibuat ujian, tp keputusan nya belum kedapatan lagi.. Sempat lagi aku bertanyakan soklan mengundang tumit kt lin

me : Lin takut x, nk tunggu result?
Lin : Huisyyhh.. takut la seposeng...

harus la takut kan.. hari masuk seminggu lebih dok melepek tak sihat.. Sesiapa yg nk pergi melawat Lin, dier ada kt Hospital Sungai Buluh.. Lin, bawa banyak berehat, bersabar.. Allah nk uji hang tu..
Kengkawan, meh sesama kita doakan kesihatan Lin.

I'm back..

yess.. I'm back. But I'm not in the best condition of health.. Masih sakit2 sikit.. And after 2 days leave and one day MC last week, it leaves me with tonne of work.. *sigh* oh ya, last week i went to this assessment program, its more or less mcm 2nd stage of the interview process.. yea.. will talk bout it later..

but currently, i dun feel good. My body is physically at the office but my mind is off to somewhere else. In fact there is this task (susah gel) that i need to complete it by today or latest by tomorrow.. Ghee... that is killing me for sure. By looking at the endless SQL command, feel like i wanna puke. then i just stare at it wishing i could digest it. nadaaa.. *ngeeee..* adeh, ilham sila la turun, bagi idea sikit nk buaat mcm mana.

oh ya, hi pal.. one of our fren is amitted. Its Lin.. Meks text me yesterday and broke the news. kena tahan wad. Sama ada denggi atau H1N1.. ya Allah, selamat kan la sahabat ku ini.. kengkawan yg lain, meh sama2 doa kan kesihatan lin.. i tried to called lin just, but i guest she off her phone. so skang Lin ada kt Hospital Sq Buluh. x pasti, Lin dibenarkan terima pelawat ke tidak..

ok la.. that a lil update for now... nk sambung tgk SQL balik.. nak sambung muntah balik... *uweekk uweekk*

Monday, August 10, 2009

kepergianku seketika cuma

Hari yg ditunggu sudah tiba. Gundah gulana menjelang hari, kian memuncak..

Kamu di sana, baik2 sahaja ya, sepanjang kepergian ku yg sekadar sedetik cuma..

Titipkan doa buat ku, kerna itu sahaja yg ku perlu

Untuk menghadapi perjuangan yg tidak ku tahu dugaan nya..

Tuesday, August 04, 2009

Majlis Kenduri Sekarang Sudah semakin Komersil(x tau nk eja).. Maka, bakal pengantin, sila simpan duit banyak2 melainkan, majlis anda ditaja..

Wah.. sana sini org dok buat kenduri kawin.. Kawin kawin kawin.. Majlis kawin sekarang ni, x macam kenduri kawin org dulu2, zaman mak mak kita dulu. Dulu, org kawin, perkara yg wajib ada, jumuan utk hadirin (ni perkara wajibkan.. kata nk menjamu org makan), kompang, pelamin yg bukan segah atau menyaingi raja sampai bila2 (daulat tuanku), kompang, org bersilat pulut, bunga telur, telur utk hadirin sebagai buah tangan, bunga manggar. Cukup..
Majlis sekarang. Mari saya senaraikan. Sila tarikh nafas, Baju nikah (hampir sama grand nya dgn baju sanding), perhiasan dulang hantaran yg kos pembuatannya separuh dari hari hantaran, live band (lagi best kalau dapat DJ radio HOT fm, atau Suria FM pun bleh gak.), pelamin yg begitu gah dihiasi bunga segar, bunga plastik x main (after all cintaku bukan plastik.. apakah merapu nih), kalau boleh, nk ada live band, sebelum tepung tawar nk ada org nari2, siap ada pesilat tradisional, pastu weding favours siap personalise lagi, oh ya, yg paling saya suka, pro photog. apa lagi ek yg tinggal.. oh ya, banner or bunting nk letak kt pintu masuk or sepanjang jalan.. kalau dulu org main pacak, bunga manggar 2 3 lai sebagai penunjuk jalan. la ni, nan ado...
Sungguh kan? Majlis perkahwinan sekarang ni sungguh komersil. Dulu perkara yg basic je.. atuk2 selalu pesan, buat ala kadar sahaja la, janji jamuan utk tetamu harus cukup n sedaaappp...
tp waktu sekarang ni, semuanya kena perfecto.. kawin sekali je kann.. amin...
kalau tidak mahu spend sebegitu banyak, boleh je kita buat cara old skul. cth, wedding favour, bagi je telur yg diletakkan dalam kotak yg ala2 bentuk masjid tu, atau letak dalam kertas yg kilat2 pelbagai warna tu.. tp kang, ada plak suara sumbang.."anak yong kawin, bagi telur jek.." sian kek omak den..
bayangkan, brapa byk yg perlu kita spend.. humang aih... x nk bayang bleh x.. seram suam kuku kaki, dok memikirkan nya.. Oh ya, lately saya dok hasut kak rah utk melawati beberapa blog perkahwinan.. org yg dah kawin n org yg tgh buat preparation.. aaa terus fening...
byk gel kena pk.. aku pun cuak gak kak rah.. huhuhu pokoknya sekarang.. menabunglah demi majlis perkahwinan yg gemilang.. cewah.. bleh pakai ke kata2 nih.
p/s: entri ini ditulis dalam keadaan separa sedar dan tidak tahu ke mana hala tuju penulisan ini.. tp, sungguh, byk yg igin saya perkataan mengenai topik ini. berderu benda nk tulis, tp x bleh nk structure kan.. lain kali je la sambung *sigh*