Wednesday, February 25, 2009

loghat ganu

3 tahun babe, duduk kt ganu.. masa memula nk g sana.. nangis gak la... serious x tipu.. bayangkan jauh ke main... dari dulu sampai la ni.. x master lagi nk cakap dialek sana..

kenapa tulis mukadimah gini.. tak tau.. barang kali ada kena mengena ngn lawak kt bawah ni kot.. walaupun x master bercakap lohat ganu.. tp aku paham lawak ini..

tajuk lawak : kerete penuh

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...! !!

p/s : tetiba teringin nk makan ICT.. ikan celup tepung daaa..

Friday, February 20, 2009

Marrige is like Gambling....


semalam, mata x mengantuk walaupun sudah pukul 12 tgh malam.. tukar2 chanel, nasib la abah x marah.. tgh ralit main game. dia mmg pantang tukar2 chanel, tp kalau abah yg tukar daari satu chanel ke satu chanel yg lain, x mengapa.



skali terpandang cerita Ally ni. tetamu undangan Wan Nor Azlin n Jue Aziz. Topik apa, tidak la tahu.. nampak si Jue tu dah sebak2 bagai. mungkin cerita pasal putus cinta, cerai berai. jue putus ngn Jehan. yg WNA tu mcm dah nk bercarai (ye ke.. entah la. laki dah lama x balik rmh). mungkin juga meraka bercerita pasal masa bercinta n lepas kawin. teman idak la tau sangat.



sampai satu slot cerita pasal pengalaman Lah V.E n wifey nya. mcm mana masa mula kenal dulu n cerita sekarang. Lah kata, masa sebelum kahwin, mmg dia suka la pada perempuan ini (wifey nya sekarang). In fact lagu ayu yg ditulis beliau tu pun dapat ilham dari wifey yg ketika itu gf nya. kemudian si wifey cerita la pasal kehidupan berumah tangga. di tanggan, dipangkunya anak sulung beliau yg masih kecil. "kalau ada apa2 kami akan berbincang. masing2 ada kelebihan n kekurangan. so kalau saya kena terima kekurang hubby saya n hubby saya terima kekurangan saya.."bla bla.. the story went on and on..



lepas je rakaman tu habis, tetiba (atau pun x tiba2, x ingat la) WNA kata... "sekarang anak sorang, boleh lagi begitu.. bila anak dah masuk 2 3, dgn expenses bertambah...at that point, x ramai mampu berfikir sedekian rupa lagi." i was like,"apakah. adakah dia komen pasal statement Lah yg mereka boleh bertolak ansur and masih lovey dovey walaupun ada anak SEORANG." Apa yg WNA x puas hati. Tp mungkin juga kata WNA tu ada kebenarannya. Dia bukan cemburu atau dengki, mungkin dia bercerita berdasarkan pengalaman sendiri.




Dia dah lalui zaman "aku cinta aku", "kamu cinta kamu". Iye la sampai keluar video terlampu kan.. opss terlebih sudah. itu cerita lama. buka buku baru. Tp betul, sekarang anaknya udan 2 3 org..Lihatlah ke mana laki nya.. Lelaki itulah yg pernah mencintai WNA sepenuh hati(aku agak je la kan.. hati org mana kita tahu.). tp la, apa sudah jadi.
Perkahwinan satu perjudian. Marrige is a gambling. We wouldn't know what's the next card on deck. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Harap2.. gerbang perkahwinan kita tidak dilanda tsunami..



teringat masa Abby dapat anak pertama dulu. "Danish pelengkap hidup kami. Kami semakin bahagia dgn perkahwinan kami". Dapat anak kedua, "ini kebahagian yg tidak terhingga buat kami." Masuk yg ketiga.. aa bersalin ko sorang2.. Bukan mem-padan-muka-ko-abby. Ini satu contoh yg satu Malaya tahu, kang bagi contoh anak mak temah sebelah rmh aku kang.. hangpa x boleh nk bayangkan pulak kan..



p/s: when i said, marrige is like gambling,korang jangan terlebih pandai buat equation yg bukan2. Gamble itu haram.. kalau marrige is a gamble. jangan pepandai kata kawin itu haram. aku tampar korang laju2 kang. ini perumpaan sayang oii...








Thursday, February 19, 2009

Sayangilah Kerja Anda


tadi masa nk ke wash room, terpandang headline kt surat khabar lama. "rethink quit decision." Serius benar tajuknya. dah cukup kitarannya. kegawatan ekonomi melanda malaysia sekali lagi. kali pertama dalam hidup ku masa 1998-99.. masa tu sekolah lagi.. alhamdulillah, kami sekeluarga tidak begitu terasa sehingga terpaksa mengikat perut bagai. tp tidak membazir la kiranya(pernah ke kami adik beradik belanja x tentu arah..?? seingat aku, x pernah..)

2 hari lepas, baca online paper, kekayaan jutawan Malaysia susut RM76b.. nampak gaya, si kaya raya, tidak terkecuali dari terkena tempias kegawatan ekonomi. oleh yang demikian, jaga la kerja kita sebaik-baiknya. jgn selalu mengelat. jgn buat benda x tentu arah. pk masa depan. kalu yg bujang kena buang kerja, mungkin ok lagi la kot. xde anak bini yg nk diberi makan. kalau anak bersusun, bini 2,3, sekali kena buang kerja.. aa punah..

tp yg hairannya, dalam zaman org semua risaukan mengenai kekalutan ekonomi, ada pula yg begitu taksub dgn kegiatan luar mereka(kiranya, perkara yg dilakukan di luar waktu pejabat la). setahu saya sekiranya anda ada rekod jenayah, pernah masuk penjar atau sewaktu dgnnya, sudah pasti agak sukar utk mendapat pekerjaan..

teringat 2 lepas, bila ada penyokong satu-satu parti telah mengadakan kekecohan depan penjara. siap baring2 atas jalan utk menghalang kereta tuanku...*sigh* apakah. kenapa pak cik buat begitu.. esok lusa keluar beberapa wajah di surat khabar utk disoal siasat.. aduhai..

kalaulah anda kena tangkap dan dibuang kerja, bagaimana. siapa nk tanggung anak bini di rumah. kalau wifey nya bekerja boleh la tahan lagi. kalau wifey nya suri rumah tangga, bagaimana? itu jam, menyalahkan polis, kerajaan, orang itu, orang ini.. ramai yg akan mempersoalkan tindakan polis menahan lantas mengakibatkan si polon kehilangan mata pencarian. tp pernahkah org bertanya kepada si polan, perlukah berada di sana, baring2 bagai di atas tilam Vono, berteriak memekik berkata itu ini. bukankah lebih baik masa itu digunakan bersama keluarga. esok bila dah ada dalam bilik 6kaki darab 6kaki (betul ke keluasan ini.. dalam erti kata lain, penjara la) baru la nk cakap, saya rindukan anak2 saya. bagaimana mereka dapat membesar tanpa bapa??

akhir kata, jagalah kerja kita baik.. time buat kerja, kita kerja. time makan, kita makan.. time ada masa free n xde keje, kita ber-blog (sudah adakah perkataan ini dalam bahasa melayu))


p/s : saya masih kurang paham pada org yg begitu taksub dgn parti politiknya, dgn pemimpin sanjungan mereka. kenapa perlu begitu? pernah mereka dtg ke rmh anda dan bertanya sama ada beras di rmh cukup ke tidak.. anak2 anda semua sihat ke? sekiranya meraka berbuat demikian, anda memang patut lakukan begitu. sekiranya tidak, persoalan nya, perlukah?? tepuk dada tanya sendiri.. saya juga tahu politik di malaysia semakin entah apa2. maka saya malas nk layan, saya akan pergi menunaikan tanggungjawab saya setiap 5 thn. sebelah kiri menang, atau sebelah kanan, memang.. it doesn't make any different.

سلام سجهترا سموا..

السلام عليكم كاون-كاون. سموڬ صيحت سجهترا هندقڽ. باڬايمانا كهيدوڤن كيت سهاري-هارين. اد يڬ برجالن سڤرتي يڠ درانچڠ، دان اد يڠ تيدق. والاو باڬايماناڤون، كهيدوڤن هاروس دتروسكن... سلامت برعمال.

Tuesday, February 17, 2009

Geng : Upin dan Ipin


Sabtu minggu lepas, pergi la tgk cerita Geng: Upin n Ipin. Sungguh best. Nasib beli tic siap2 via Maybank2u. Sebab opening nya hari Khamis, maka, cite ni ditayangkan di hall besar. Bila dah habis cite.. lampu hall bukak, fuhhhyooo.. full house tu babe..

Masa memula dulu, masa belum tgk cite upin ipin, terus buat judgement mcm x best. TP ada satu ketika menoonton ngn kazen2 yg cinonet tu.. terus jatuh chenta. I even have upin n ipin in my PSP. =)

Over all utk cerita Geng : Upin n Ipin ni, sangat best. In fact, kru produksi nya mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta. Giler yakin.. xpe.. I tandanya mereka sangat yakin dgn produk yg mereka hasilkan. Dan rasanya bukan satu perkara yg mustahil utk dicapai. Mungkin saya akan ke panggung dalam usaha membantu mereka utk mencapai RM10 juta. Bukan kerana saya suka suki je nk pergi tgk, tp story line sangat menarik and sound effect nya sangat tip top. Kra bergegar la panggung tu.. Serious, tak tipu. X caya, ce pergi tgk cite ni. Saya sunggh x menyesal, kiranya kalau saya memilih utk memonton cerita lain2, misalnya Curios Case apa ntah tajuk nya, mungkin saya akan menyesal.

Utk cerita ini, saya bagi 5 bintang. Marilah kita sama2 menyumbang kepada insdustri perfileman tanah air. Cerita ni bagus ok. Itu sebab saya cadangkan anda semua tgk. Kalau saya cadangkan salah satu dari filem Prof Razak Mohiden (betul ke eja mcm ni) atau filem David Teo, harus la anda semua baling saya dgn kasutkan. Tp utk cerita seperti ini, mmg sangat berbaloi menontong di panggung.Betul betul betul...

Mari Main Bowling

Alkisah nya.. cawangan tempat keje mama nk buat pertandingan la kunun2.. oleh diseabkan xde org nk wakil, maka mama pun stepped out volunteer. Waima x pernah menghayun bola bowling pun.. huhuh.. tp disebabkan anak pompuan nya pernah menggilai bowling, mama gamble je..

oleh yg demikian, last thursday, kami bertiga pun menuju ke tempat bowling yg x jauh dari aku. =) siapa lagi sorang.. sat lagi hangpa scroll down, nampak la orang ketiga itu..huhuh..

cewah, sempat posing ngn bola.. huhu.. sebenarnya aku yg suruh.. heheh

ok mama, hayun.. nampak gaya bola nya mcm bleh jatuh habis pin tu semua.. huhu


kisah nya, masa ni dah 3rd time g endah parade tu nk main bowling.. tp sokmo2 alley penuh.. tp hari tu.. aku nampak ada org baru je habis, terus aku pun ke counter. "kak bleh x kitorg main kejap menjelang nk sampai kn masa org lain yg booking tu.. sat je.. lagi pun ada sejam lagi.." hajat di hati nk main satu game je memasing2.. by the time first game habis.. sambung lagi satu.. huhu..tolong.. mama udah ketagih..

score board. not bad for the first timer.. ooo ok.. actually kali ke2 mama main.. banyak kali gak la dapat strike spare bagai..wah udah lawan tokeh nampaknya


me, malas nk main maka terus makan roti bakar.


ok mama, en Hugo say 'cheeseeee'

Since mam udah memulai meminati bowling sehingga ke tahap ketagihan, hujung minggu kalau x tau nk kemana or nk buat apa, bleh la kita dok strike stike kan ma?


Friday, February 13, 2009

Congratulation sista...

Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli;
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Pada tanggal 31 Januari 2009 , dgr sekali lafaz, Siti Aisyah telah sah menjadi isteri kepada SyamsuL Izuwa... Manakala majlis persandingannya telah diadakan fdi rmh pengantin perempuan.Selamat pengantin baru..



p/s: Tahniah sis, i'm happy for you. =)

Tuesday, February 10, 2009

Pilihanraya lagi.. Kali ni gi Bukit Gantang..

Satu lagi pilihanraya akan diadakan d bukit gantang.. Takziah ke atas keluarga allahyarham..

makanya, sudah pasti mama akan outstation lagi.. bosan gel.. apa ke hel ni yeop.. ate banyok benor masalah kamu nih.. udoh2 le tu yeop..

politik kt msia dah semakin menarik.. hari ni kejaraan BN dah dapat balik negeri Perak.. aku rasa x sampai setahun mungkin PR dapat balik kot, itu pun kalau 2 wakil rakyat Changkat Jering n Behrang didapati bersalah.. and i'm pretty sure kalau diadakan balik pilihan raya kt 2 kawasan ni, for sure PR bleh menang..sanggup potong kuku la kalau PR kalah..

org lain buat, benda tu jadi salah, haram bagai. tp kalau mereka buat, perkara tu sah n betul.. wah best ar korang nih, suka suki je kata org salah.. la ni senjata makan tuan.. dulu dok sibuk momok2 kan pasal nk kuasai kerajaan persekutuan sebab ada beberapa rakyat akan lompat parti..konon nya 16 September 08 akan ada kerajaan persekutuan baru.. time tu aku agak cuak gak la.. tp la ni dah 10 Feb 2009, nan ado..

tup tup bila org depa lompat parti, dan-dan kata benda salah bagai.. wtf.. wtf.. u desser double-wtf... yup.. MEREKA SAHAJA YG BETUL..

kematian wakil rakyat dari PR.. takziah, semoga roh nya dicucuri rahmat..tgk berita semalam, ramai gak yg dtg n pay the last respect.. bagus la tu.. tp kan, kata kan la, kalau yg meninggal semalam tu, wakil rakyat dari BN, aku yakin, sure ada suara2 sumbang akan kata, "aa tu la.. Allah dah marah.. mmg dier ada buat salah.. Allah dah marah n amik nyawa nya..." ini andaian aku sahaja.. *tolong jangan saman saya, saya x ada duit yg banyak*

tp x mustahil kan.. ok cuba ingatkan kembali sekitar akhir tahun 2006 or 2007, serious aku x igt tahun.. but then i guess, u guys can recall of what happened. masa tu, johor banjir.. kt area mana pun aku x igt, tp kawasan tu mmg x pernah2 banjir la.. ada plak sore2 sumbang kata, allah murka sebab perkara yg telah dilakukan oleh seseorang yg berasal dari daerah itu. dan org tu ada kaitan ngn kes berprofil tinggi.. got what i mean.. ??

tp masa hari tu, penang kena banjir teruks, awat hangpa semua x kata Allah marah sebab hangpa dah pilih kerajaan baru.. dalam pakatan tu basically dikuasai oleh org bukan Islam atau org KAFIR.. .. awat hangpa x kata banjir tu semua balasan dari tuhan..oh ya,PAS kan suka guna term ini..dulu sebelum form PR dok kata UMNO dah jadi KAFIR bagai.. la ni, depa plak p bersengkokol ngn org DAP yg tidak KAFIR... adakah dgn bersepakat dgn parti bukan ISLAM, maka tok guru dapat menjadikan Malaysia ni negara Islam.. Tok guru, matlamat tidak menghalalkan cara, bukan kah begitu???

peringatan, segala apa yg berlaku adalah atas kehendak-Nya.. sebab musabab kenapa ia berlaku sedemikian rupa tidaklah kita tahu.. itu urusan-Nya.. maka duduk diam, x yah la nk kata itu ini..

Saturday, February 07, 2009

saya di sini..di office pada hari sabtu

mode : tgh x keruan, bahasa pun mcm peliks sikit..

ya.. saya di sini, di office pada hari sabtu.. kenapa? sebab buat keje la dol..
semua sendiri punya salah.. terlupa nk back up n restore database.. maka terpaksa datang keje..
compile auction result.. sbb publish date nya pada hari selasa n isnin adalah cuti umum.. cisss...
macam mana boleh cuai ni..

aku mmg cuai.. sangat cuai.. masakan tidak.. kalau x silap pikiran ku yg maimai ni, dua hari lepas aku telah memandu sejauh 10 km tanpa turunkan hand break.. ye i saya rasa, saya buat begitu.. cilakak.. disebabkan kejadian itu, sampai saat ini saya tidak dapat memaafkan diri saya. dan sudah pasti en George merasa sengsara apabila saya memandu tanpa menurunkan hand break.. iye gorgie is my car.. (saya x tau kenapa saya ada intention utk menankan kereta saya.. itu pun dgn naa george.. apakah.. yes i can;t think straight.. huhuh)

sekarang sangat x tau nk buat apa.. memula rasa mcm nk pergi ke jalan TAR.. hari ni ada pasal malam..saya sangat suka pergi pasar malam (selalunya saya ke sana pada waktu petang n bukan pada malam.. patutkah saya pangil nya pasar petang.. atau pekan hari..suka hati sungguh) di jalan TAR, sebab kt sana ada satu gerai tu jual banyak giler kuih. saya sangat suka makan kuih. kalau di depan saya ada nasi n kuih dan dikehendaki memelih satu, saya akan pilih kuih..

tp mcm malas nk pergi pasar malam.. terasa mcm nk pergi kedai beli cat warna PINK n PURPLE dan cat rmh.. kenapa tetiba nk cat bilik? saja suka.. oh ya sebab kenapa saya nk cat bilik adalah kerana saya selalu mengimpikan bilik berwarna PINK dan saya ada beli cadar n selimut berwarna MERAH n PINK. sampai skang x pakai2 lagi sebab angan2 nk cat pink kemudian pakai cadar warna pink. saya mengada? mmg, saya akui. bulan 4 ni genap setahun saya beli cadar itu. saya beli cadar itu pada hari terakhir bekerja di intec. giler lama kan?? mmg!

dan pada masa ini juga saya rasa mcm hendak gunakan semua duit simpanan saya utk berbelanja sehingga akuan saya dari berbaki seratus lima puluh hengget tiga puluh sen kepada RM0.00.... tp pk pk balik mcm sayang sbb duit tu nk guna utk kawin.. (duit mcm tu nk kawin.. lawak apa nih..) even though mama kata toksah risau pasal belanja kawin, sbb ditanggung beres(kawin free ke ma?hahah) tp saya tetap nk risau gak.. sebab apa nk risau gak? sebab saya seorang perisau..n risau pasal nk kawin, sya mmg pathetic.. =( wakakak.. lagi pun kalau nk belanja kan simpanan tu, saya nk beli apa. secara serious, saya tiada wish list.tiada apa yg saya rasa nk sangat2.. bukan kerana saya ada semuanya, serious, saya tidak berharta.. lagi pun apa yg saya boleh dapat dgn seratus lima puluh hengget tiga puluh sen itu.. saya x tau apa yg saya mahukan utk diri sendiri.. itu sebab, saya tidak belikan apa2 utk diri sendiri sempena hari ulang tahun tempoh hari..

ok, ada la barang yg saya mcm nk, tp bila pk semula, adakah saya mahu barang itu sebab keperluan saya atau ianya sekadar keinginan yg sungguh impulsive. saya tidak mahu beli dah kemudiannya tidak berapa digunakan. seperti sebelum ini. saya begitu mahukan iPod.. mmg menggilakan nya. sbbnya, dulu saya pergi kerja naik Putra, kemudian, STAR, kemudian feeder bus. Maka saya mahu iPod utk dgr lagu n tgk Movie.. kemudian pada hari raya lalu adik saya ada offer utk belanja iPod nano yg manochrome tu.. tp selepas ke low yatt, adik saya kata baik amik PSP, sbb boleh tgk movie, dgr lagu n MAIN GAME.. lagi best compare to iPod. plus screen nya besar.. maka saya pun setuju, betul kata adik saya.. screen nya lebih besar maka lagi best saya tgk movie.. lepas beli, main 2 3 round, tgk movie 2 cerita. dgr 5 lagu.. saya sudah tidak hype lagi.. bukan bosan, tp rasa mcm entah...tambahan pula saya tidak lagi menaiki kenderaan awam...

sampai ketika ini, saya masih fikir apa yg patut saya lakukan...
..
..
..
.

ok fine.. jahit baju.. 3 minggu lepas saya ada ke kelas jahitan manik.. sungguh xde keje kan?? saya sangat suka baju yg ada manik2 yg cantik.. nk beli, nk tempah.. sungguh mahal.. lalu saya ke kelas, sementelah, saya mmg minat jahit menjahit.. mana tau lepas ni saya boleh ambil tempahan.. =)

baik lah. saya akan jahit manik pada minggu ini.. kalau azam saya kuat, by monday, saya boleh tunjukkan kerja tangan saya di sini.. nantikan ye..

sekarang saya mau pulang.. sambil drive, saya akan pk kan sesuatu yg boleh mengurangkan rasa x best saya ini.. rasa ni dtg dari mana pun x tau.. tension gel...