Saturday, July 18, 2009

Hanya mahu dgr perkara yg baik2 sahaja, yg buruk, simpan bawah karpet, duduk diam2, jgn sampai org tahu.. - Sudah menjadi resam kita kah

saya sudah menjangkakan yg entri lalu, akan buat sesetengah pihak tidak berasa puas hati. ya. saya bertanggungjawab sepenuhnya dgn apa yg saya tulis. tetapi, adakah anda mengaku akan hakikat ini.. sekarang, ingin saya bertanya, apa benarkah kenyataan saya itu.pada hemah saya, ramai yg sedar akan perkara itu.

adakah kerana saya menulis mengenainya, maka saya salah? sekiranya anda berkata mengenainya, tetapi tidak menulisnya, adakah anda betul.. serious, bukan niat saya untuk mengutuk. Sekiranya anda terasa, saya menyusun 10 jari memohon maaf.. saya merasa kesal kerana anda terasa, tetapi saya tidak kesal dgn penulisan saya.. adakah kita suka disajikan dgn hanya cerita yg indah2 sahaja, tetapi menyorok perkara yg tidak molek?

pada pendapat saya, perkara2 yg tidak molek (certain sahaja ye.kalau berita x baik spt anak org tu buat perkara x baik, x perlulah dihebahkan.) perlu diutarakan, kerana perkara itu akan mendapat perhatian semua.. lihat sahaja segman yg terdapat dalam slot Buletin Utama,tv3, (jikalau anda menyokong tegar pihak pengbangkang, mungkin anda tidak tgk.. beritanya adalah propaganda kerajaan semata, katanya.) yg mana penduduk setempat mengadu mengenai masalah yg dihadapi mereka ke Karam Sigh Walia. Adakah, Karam Sigh itu boleh dituduh tidak menghormati tanah air tercinta kampung/kawasan perumahan mereka.. lihat sahaja kesannya.. mencecet pihak berkuasa setempat menyelesaikan masalah itu.. sebelum ini, penduduk dok asyik ke pejabat penguasa setempat, tetapi, tiada apa penyelesaiannya.. bo layan...Upama anjing menyalak bukit.. Bukit tindak runtuh (saya tidak sekreatif Karam Singh..)

Oh ya, mungkin blog saya tidak ramai pengunjung, sehingga boleh mendatangkan impak yg begitu besar.. tetapi masih ada yg membaca.. mungkin di masa akan datang, mereka berada di atas, maka bolehlah tinjau2 perkara ini..

Saya tidak faham kenapa org hanya memandang apa yg saya tulis dari sudut negatif sahaja.. cuba lihat dari sudut positif.. meh saya cuba bawa anda lihat dari sudut positif... saya point out mengenai kualiti air nya.. anda mengaku atau tidak? betul atau tidak? mengapa negeri lain, kualiti air nya bersih, seperti KL (oh. xnk beri contoh inilah,nnt org kata, "eleh, budget bandar la sangat"),Melaka, Kedah, Johor dll.. perkara yg saya komen, adalah mengenai sesuatu yg boleh diatasi. bukan nya saya menghina asal usul anda, bukannya saya menghina kejadian yg mmg tidak boleh diubah lansung, seperti ciri fizikal, atau perilaku tipikal masyarakat setempat..

saya tiada masalah dgn org sana... in fact, ada banyak ciri lain yg menarik.. setiap kali kalau nampak perempuan cantik, berkulit putih, etc, dan org berkata.. dia dari kelantan, sudah pasti saya akan kata "ooo.. patut la cantik.. org kelantan rupanya.." kenapa pada ketika komen ini dibuat, saya tidak dilabelkan sebagai pecinta negeri kelantan..

lain la sekiranya saya komen perilaku mereka.. ya itu boleh dikatakan saya menghina anda, kaum anda dan juga tanah kelahiran anda.. ye lihat saja semasa perlawanan bola sepak Liga Malaysia/Super/dll... pasukan/penyokong pasukan mana yg selalu mencetuskan pergaduhan.. ini bukan komen peribadi saya.. ini kenyataan.. oppss.. saya tidak ingin nyatakan perkara ini di sini.. oppps.. did i just said it.. oh,i did ..? oh, talk is cheap, yeah, why dun u google out bout this.

anda juling.. itu *tidak boleh diubah
anda cantik.. itu *tidak boleh diubah
anda pengotor .. itu boleh diubah
anda kurang cerdik.. itu boleh diubah
* hanya dengan kuasa Allah, itu boleh diubah. sila take note, ini hanya cth shj

nampak x apa yg saya cuba sampaikan. jika anda masih tidak nampak.. saya tidak salahkan anda.. anda bukan begitu dangkal utk memahami, tetapi anda memilih utk tidak melihatnya. saya komen mengenai perkara yg boleh diubah, boleh diperbetulkan.. salahkah?

anda pernah komen mengenai sebatang sungai ni negara seberang yg mana keadaan sungainya sangat,sangat kotor. menurut anda lagi, anda pernah lihat sungai yg amat kotor, dan tidak menyangka rupanya ada juga sungai lain yg lebih kotor. ya sungai itu terletak di negara jiran. tidakkah perbuatan ini juga ibarat mengutuk tanah kelahiran org lain. anda kata, saya tiada hak utk mengeluarkan komen mengenai keadaan kualiti air di sana, bagaimana pula perihal anda yg juga membuat kenyataan lebih kurang sama mengenai sungai mereka?

anda kata mungkin saya berada dalam keadaan depress lantas menghamburkan ketidakpuashatian terhadap satu perkara.. mungkin saya depress.. bagaimana dgn anda yg mengeluarkan kenyataan itu di kala anda berada dalam clear mind, waras dan sedar...

benar kata org apabila satu jari dihala ke org, 4 jari menghala ke kita semula. saya tidak marah mahupun kecil hati dgn anda, malah anda merupakan daripada sebahagian manusia yg saya kagumi. sungguh.. lihat sahaja apa yg anda capai di usia ini. anda mmg hebat!

oh ya entri berkenaan berkaitan dgn pilihanraya, dan sub topik nya mengenai.. aaah. xperlu mention, anda pun tahu kan.. itu bukan lah d main entry.. tp kenapakah..?? saya bukan mahu mencari musuh. in fact nk bertekak beginian, it is so high school. saya tahu asal usul saya.. dan saya bangga dari mana saya datang. dan kampung saya juga jauh di pedalaman, di ceruk kampung,ulu, saya mengaku.sikit pun tidak terdetik rasa malu. Hugo pernah ke kampung saya, katanya kampung saya terllaaaalu jauh ke dalam, bila mlm mcm menakutkan kerana tiada lampu di jalan. saya tidak berkecil hati. saya tidak melenting. sebb saya tahu, itu kampung saya. dan itu pendapat nya.. its a free country, rite? walau apa pun org cakap(positif atau negatif), di hati saya, itu tetap kampung saya. kebanggaan saya. anda tidak faham kerana anda bukan sebahagian darinya .. u can alway take out a girl from her hometown, but u can't never take out her hometown out of a girl.. saya percaya itu.
akhir kata, jika anda benar2 terasa atau tersentuh hati terhadap tulisan saya, saya pohon seribu kemaafan dari anda. saya benar2 ikhlas.

No comments: