Thursday, February 19, 2009

Sayangilah Kerja Anda


tadi masa nk ke wash room, terpandang headline kt surat khabar lama. "rethink quit decision." Serius benar tajuknya. dah cukup kitarannya. kegawatan ekonomi melanda malaysia sekali lagi. kali pertama dalam hidup ku masa 1998-99.. masa tu sekolah lagi.. alhamdulillah, kami sekeluarga tidak begitu terasa sehingga terpaksa mengikat perut bagai. tp tidak membazir la kiranya(pernah ke kami adik beradik belanja x tentu arah..?? seingat aku, x pernah..)

2 hari lepas, baca online paper, kekayaan jutawan Malaysia susut RM76b.. nampak gaya, si kaya raya, tidak terkecuali dari terkena tempias kegawatan ekonomi. oleh yang demikian, jaga la kerja kita sebaik-baiknya. jgn selalu mengelat. jgn buat benda x tentu arah. pk masa depan. kalu yg bujang kena buang kerja, mungkin ok lagi la kot. xde anak bini yg nk diberi makan. kalau anak bersusun, bini 2,3, sekali kena buang kerja.. aa punah..

tp yg hairannya, dalam zaman org semua risaukan mengenai kekalutan ekonomi, ada pula yg begitu taksub dgn kegiatan luar mereka(kiranya, perkara yg dilakukan di luar waktu pejabat la). setahu saya sekiranya anda ada rekod jenayah, pernah masuk penjar atau sewaktu dgnnya, sudah pasti agak sukar utk mendapat pekerjaan..

teringat 2 lepas, bila ada penyokong satu-satu parti telah mengadakan kekecohan depan penjara. siap baring2 atas jalan utk menghalang kereta tuanku...*sigh* apakah. kenapa pak cik buat begitu.. esok lusa keluar beberapa wajah di surat khabar utk disoal siasat.. aduhai..

kalaulah anda kena tangkap dan dibuang kerja, bagaimana. siapa nk tanggung anak bini di rumah. kalau wifey nya bekerja boleh la tahan lagi. kalau wifey nya suri rumah tangga, bagaimana? itu jam, menyalahkan polis, kerajaan, orang itu, orang ini.. ramai yg akan mempersoalkan tindakan polis menahan lantas mengakibatkan si polon kehilangan mata pencarian. tp pernahkah org bertanya kepada si polan, perlukah berada di sana, baring2 bagai di atas tilam Vono, berteriak memekik berkata itu ini. bukankah lebih baik masa itu digunakan bersama keluarga. esok bila dah ada dalam bilik 6kaki darab 6kaki (betul ke keluasan ini.. dalam erti kata lain, penjara la) baru la nk cakap, saya rindukan anak2 saya. bagaimana mereka dapat membesar tanpa bapa??

akhir kata, jagalah kerja kita baik.. time buat kerja, kita kerja. time makan, kita makan.. time ada masa free n xde keje, kita ber-blog (sudah adakah perkataan ini dalam bahasa melayu))


p/s : saya masih kurang paham pada org yg begitu taksub dgn parti politiknya, dgn pemimpin sanjungan mereka. kenapa perlu begitu? pernah mereka dtg ke rmh anda dan bertanya sama ada beras di rmh cukup ke tidak.. anak2 anda semua sihat ke? sekiranya meraka berbuat demikian, anda memang patut lakukan begitu. sekiranya tidak, persoalan nya, perlukah?? tepuk dada tanya sendiri.. saya juga tahu politik di malaysia semakin entah apa2. maka saya malas nk layan, saya akan pergi menunaikan tanggungjawab saya setiap 5 thn. sebelah kiri menang, atau sebelah kanan, memang.. it doesn't make any different.

No comments: