Monday, December 01, 2008

Yoga Banned..


isu ni dah lebih kurang 2 3 minggu kot kedengaran.. ada yg setuju, ada yg tidak, tidak kurang yg meroyan tidak bersetuju dengan fatwa baru ini. Frankly speaking, i've been to 2 sessions of yoga class.. and i guess i'm not the right person to say whether it should be banned or not. I shall leave this matter to the experts.

menurut majlis fatwa, yoga diharamkan kerana amalan yoga (yg sebenar) mengandungi 3 elemen(find out bout the 3 elements in yoga.. cz i'm not gonna give lecture here). antara elemen-elemen tersebut, jika diamalkan, dibimbangi akan memesongkan akidah kita sebagai umat Islam. dan harus diingatkan, akidah sesorang itu bukan boleh dipandang ringan..
satu2 amalan yg melibatkan mantera bagai, mmg tidak dibenarkan. semasa menghadiri kelas yoga dulu (yago komersil), tiada pula sesi yg melibatkan mantera bagai.. ok sekiranya yoga dibenarkan, tetapi part yg ada mantera bagai tu x bleh diamalkan.. jika begitu, mcm mana Majlis Fatwa utk pantau semua yoga center. pun begitu, utk mengharam kan yoga secara total, ini hanyalah sebagai jalan pintas tp tidak menyelesaikan masalah. oleh yg demikian, kedua2 pihak kena duduk semeja berbincang mengenai langkah penyelesaian nya.. Bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut x putus, tepung x berselerak.


ok, end satu part yg aku nk ceritakan ni.. dalam sibuk isu ni, mmg ramai yg berkobar2, berdegar2 menyuarakan pendapat mereka. bagi pengamal yoga, harus la mereka x puas hati ngn perkara sebegini. walau macam mana pun, kot ye korang ghairah nk meyuarakan pendapat, ghairah nk bagi tau org ramai betapa bagus nya yoga, sedar x sedar, telah menampakan korang ni x berfikir sebelum cakap, x berfikir sebelum menaip sehingga menampakkan mcm xde kurang ilmu agama.
these are comments that i've read from blogs. ayat nya tidak la sebijik2, tp makna yg cuba disampaikan gitu la ye.. x kose i nk g cari balik Comments tu, tepek kt sini. maka, ini lah komen2 nye ye.. hangpa pikir sendiri..

"patutnya kerajaan lebih memikirkan tentang pembangunan negara berbanding isu2 remeh seperti ini..."

aduyai, nk tegelak rasanya membaca komen seperti ini..Hello brader, yg buat fatwa tu, ialah Majlis Fatwa.. so kompem la ini bidang mereka.. lain la kalau yg buat fatwa ni Kementerian Kerja Raya ke, Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi ke, Kementerian Pelajaran ke.. aaa.. bro, kt malaysia ni, ada pengkhususan dude..kalau la fatwa ni digubal oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, harus la kite beramai2 fire si Tan Sri Muhyddin Yassin.. dude.. think dude..think..


"punya la banyak kes cerai, fasakh bagai kt pejabat agama tu,kenapa la isu yoga ni yg nak disibuk2kan"

cik kak, mmg betul, berlambak2 kes2 cerai x settle lagi kt mahkamah tu.. x lama lagi nk bertambah kes cerai, tu belom masuk kes abby tuntut cerai, Bell pun tgh menguruskan penceraiannya (mat ni la giler x mature lansung.. bleh plak buat main2 kes cerai2 ni..) dgr kata atillia pun dah x ngam ngn partner sehati berdansa dier dulu tu... sungguh, mmg banyak kes cerai berai bagai.. itu melibatkan rmh tanggan diorg.. itu bleh tunggu.. tp bab2 yg bleh menyebabkan terpesongnya akidah umat islam,itu ngak bleh tungguan dong..


".. if in that case, i x bleh la nk makan roti canai, capati, nasi daun pisang.. omg. i can even wear a punjabi suit.."

haaa.. ni lagi satu statement yg aku nk tergelak besar ni.. dah la nk being sarcastic x kena tempat, nampak otak kosong.. ko bajet, ko g yoga, mcm best la...ooo i'm soo hot coz i do yoga (baca intonasi fazura dalam Gol n Gincu masa nampak sazzy kt tangga.. huhuhu)
Q: bleh x kita(org Islam) pakai cheongsam?
A : boleh, selagi menutup aurat.
Q: bleh x kita pakai sari?
A : boleh, asal kan menutup aurat.
Q: bleh kan kite pakai pakai yg mcm rahib tu..
A: TIDAK BOLEH
Q: kenapa x bleh. kan rahib tutup kepala.. untuk cover rambut, baju dier pun besar.
A: kite boleh memakai pakaian bangsa lain tetapi bukan pakaian yg melambangkan agama lain. as long as pakaian bangsa lain tu tidak mencerminkan agama mereka.. ada paham??

so yg ko merepek2 x bleh makan capati, roti canai bagai ni kenapa??? roti tu makanan org india.. bukan sesiapa org hindu je bleh makan capati dik noon... aa.. cth.. holy water tu, harus la ko TIDAK boleh minum. sebab itu minuman dalam agama kristian.pardon me with the term.. aku mengaku , aku x tau term nya.. tp rasa nya maksud dah sampaikan?


".. sejak melakukan yoga, saya lebih tenang. saya juga lebih tenang/khusyuk ketika melakukan solat saya.."

apakah..??? pk balik.. double apakah...??? bukankah solat itu sepatutnya menenangkan n kite sepatutnya mengerjakan solat dgn khusyuk.. sekiranya x tenang, sekiranya gundah gulana, kembalilah kepada Dia yg Esa. Kembalilah kepada Allah yg satu, pencipta kite sekalian alam.. (ni dah terikut gaya Laksamana Sunan.. dok baca buka Cinta Sang Ratu..) betul apa.. kalau korang x tenang.. igt lah Allah, berwuduk, berzikir bagai. buat lah dgn hati terbuka dan seikhlas hati. buka. sekiranya, x tenang, x rasa peaceful, lantas ko melakukan yoga, maka korang dah kira berpaling, mencari alternatif, sedangkan menduakan Allah adalah satu dosa besar. that's what i said, watch what u are saying.. takut menyimpang akidah kita tanpa kite sedari...


"ala kenapa ko nk sibuk2 pasal yoga diharamkan.. after all duduk dgn mukan muhrim kan haram, tp ko buat gak.. beryoga dalam keadaan separuh bogel mendedahkan aurat, itu haram, tp ko buat gak.. so kalau yoga ni haram, ko pun akan buat gak.. kenapa nak bising2.."


wahh.. marah benar mat ni kt one of the famous blogger dalam industri yoga ini. dik meh sini akak nk bagi tau.. duduk dgn bukan muhrin, haram.. sudah satu.. berpakaian begituan semasa yoga ("i wear what i feel most comfortable" katanya), sudah 2 haram. i can't coop with another HARAM.. 2 is enuff, 3 is TOOOO MUCH for me... gamaknya inilah kot yg dirasakan. itu sebab dier beriya menentang. kak nurhidayah (hopefuly i got the spelling right..), i tot yoga teaches you be calm.. kenapa tetiba melenting.. and the 1st photo u uploaded once the MF said yoga to be banned, is totally inappropriate.. jgn mudah melatah, u pun kan dah jadi vegetarian which u claimed, make u more calm.. takkan cuit sikit pun dah melenting kot...


akhir kata, sama2 pk. ambil jalan tengah, win-win situation. macam aku kata tadi lah. tarik rambut dalam tepung, tepung jgn berselerak, rambut jangan terputus..


p/s: semua gambar di sini, saya te men-yahoo... kalau ada gambar anda di sini, jangan saman saya.. (i yahoo-ed this photo and if your photo happened to be pasted here, please don't sue me..)

2 comments:

Dira Isa said...

pilates??
adik beradik yoga ke x ek?

kalo x
pekate kalih ke ctu plak
(suara org yg xdan nak start beryoga)

~huhuhuhu

thezaila said...

pilates ok.. bukan yoga rasanya..