Thursday, September 18, 2008

lawak utk hari ini




BIHUN vs MEE



Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.
Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk… ingat orang suka sangat kat dialah tu!"

hari-hari berlalu… namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.Bihun rasa marah dah berteriak;
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"


p/s : apa la dendam benar si bihun ni..=)

2 comments:

syud said...

jahat bihun... x baik.. hahaha

btw, aku lagi suka mi kuning :p

thezaila said...

huhuh.. aku pun waima (procounce as wa-e-ma) org kata lebih baik makan bihun dari makan mee kuning