Wednesday, January 10, 2007

Half Full or Half Empty

Separuh Penuh atau Separuh Kosong..

Hari ni macam biasa sampai office, on pc then pergi pantry dan buat teh O (itu je la air manis yang aku minum pn).. tapi teh hari ni dah terlebih manis la plak. Dan untuk mengurangkan kemanisan teh itu, arakian aku pn menambah la air masak dengan harapan x la manis sangat air bancuhan aku itu. Tapi rasanya dekat setengah galen dah air masak yang aku tambah tapi manis x berkurang juga.. pelik.. hai berdarah manis ke aku ni..(jangna perasan la zaila.. darah manis tu biasaya untuk orang dah bertunang macam Lan.. hehehe sorry la Lan, nama u ter’enter frame’ plak kt entry ni..aku? bertunang?huiss lambat lagi. Not even close at this time around.. ehh.. berbalik pada cerita air teh aku tadi..)

Sambil2 tengah dok buat test plan, lantas terpandangkan mug kt atas meja ni.. tetiba teringat satu perkara.. “how do u view ur a glass of milk. Half full or half empty..?”
Sebenarnya pernyataan tu nk tgk sama ada kita berfikiran positif ataupun negatif. Kiranya soalan psikologi la ni. Sekiranya seseorang itu mengatakan gelas itu dilihat sebagai separuh penuh, mereka dikatakan mempunyai fikiran yang positif. Manakala bagi mereka yang melihat gelas yang sama sebagai separuh kosong dikatakan mereka itu seorang yang berfikiran negatif. Ini kerana kenyataan mereka dilihat lebih menumpukan kepada perkara negatif. Tapi bagaimana pula sekiranya mereka melihat gelas yang sama sebagai separuh kosong dan lantaran itu boleh isi lagi separuh. Menariknya bukan meliha sesuatu yang positif sebalik sesuatu yang negatif!!

Maka x kisah la sama ada kita separuh penuh atau separuh kosong.. yang sebaik–baiknya, bagaimana kita melihat perkara itu dari prespektif kita sendiri bersertakan akal fikiran yang matang dan rasional.

No comments: