Saturday, February 11, 2006

Ku Seru

ku membayangi
jiwa hati mu
tapi perpisahan menunggu
ku ingin membelai mu
namun kasihku tiada restu
diri begini kerna selama
ditinggalkan marah sensara
hingga hilang terlupa
siapa aku sebenarnya sayang.......
oh dengar lah sayu tangisan ku
mengapa degupan mu ku seru
kerna kesepianan terlalu
kembali kan hidup yang ku rindu

oh dengar sunyi tangisanku
kau tahu ku amat menyayangi mu
oh pergilah kau bukan milik ku
pulang pada yang mengasihi dirimu


p/s: bercakap mengenai seru ni.. teringat amalan orang berkasih2 dulu.. orang kata, kalau rindu pada si dia, bila nak tidur, tepuk bantal, seru nama si dia tiga kali. insya Allah, akan termimpikan si dia. manakala si dia nun jauh di sana pula akan terkenangkan kita.. entah kan betul entah kan tidak.

mungkin betul juga. kerana mengikut pakar motivasi, Dato Dr. Fadhilah Kamsah, manusia di kelilingi oleh gelombang. dalam ceramahnya beliau ada memberi beberapa perkara yang logik diterima akal ber,kaitan dengan gelombang di sekeliling badan manusia. katanya "pernah atau tidak pada satu ketika, apabila kita terjatuh semasa melakukan aktiviti harian, selepas itu, kita menerima panggilan daripada ibunya bertanyakan khabar anaknya. kerana menurut ibu, tiba-tiba dia terasa seperti ada kecelakaan menimpa anaknya. mungkin perasaan si ibu tadi ada kaitan dengan gelombang.

maka sekiranya, anda rindu pada sesiapa sahaja, cuba ingatkan rupanya dan minta pertolongan pada Yang Satu untuk sampaikan salam anda pada angin lalu... selamat mencuba kepada mereka yang sedang berkasih-kasihan.. :)

No comments: