Wednesday, January 11, 2006

tiga tahun berturut-turut..!

Lin : Nak lagi, nak lagi
lain-lain : nak apa, nak apa
Lin : nak gol, nak gol
lain-lain : go go go

fuhh... dah selesai juga akhirnya perlawanan bola jaring. dan team Comtech sekali lagi mendapat tempat pertama. tiga tahu berturut-turut. WOWWW!! that's a hard-to-beat record.

tapi pagi tu, hujan turun dengan lebat. dalam hati, minta-minta janganlah pihak penganjur tundakan perlawan ni.walau bagaimana pun perlawanan tetap diteruskan walalupun hujan masih belum berhenti. bercakap tentang pihak penganjur, rata-rata semua kurang berpuas hati. baik dari soal padang, jadual, mahupun dari segi persedian. apa yang paling teruk pada hari itu ialah, pihak penganjur tidak dapat menyediakan pengadil untuk setiap perlawanan, dan terpaksa meminta pemain untuk menjdai pengadil..

hujan masih lagi turun renyai-renyai. perlawanan diteruskan juga.sejuknya pula tidak terkata. sampai kan waktu warm up pun tak terasa panas. maka tiadalah jalan lain melainkan melumurkan heat cream ke kaki dan tangan..

prestasi sesetengah pemain agak ok.. entah la mungkin nervous.. aku pun, sekalu shooter, beberapa kali tak dapat menjaringkan gol.. sorry guys.

kami dapat masuk ke final. perlawanan akhir adalah antara pasukan comtech dan pasukan kimia. tapi debaran

masa perlawanan final agak kurang berbanding masa saring pada awal pagi tadi. taktik menjadi, shooters dapat menjaringkan gol tatkala bola menyinggah di kawasan D. heheheheh.. para penyokong pula, sempat pula cipta satu sorak spontan. sampaikan aku pun naik pelik semasa perlawanan. bila pulak budak-budak ni ada cheer sendiri..

semua pemain comtech bermain dengan sungguh bagus sekali. ditambah pula dengan sorakan dari penyokong yang tidak berbelah bagi yang memberikan sokongan dari awal hingga ke akhir. terima kasih kawan-kawan.. dan sebagai keputusannya, pasukan Comtech telah merangkul gelaran johon buat tiga tahun berturut-turut. syabas diucapakan kepada semua pemain dan juga penyokong. dan tidak ketinggalan kepada Cik Noor yang memberi sokongan dari mula latihan dijalankan sehingga tamat perlawanan.

tak lupa juga pada penyokong pasukan lawan pada yang cuba melemahkan semangat kami, try harder next time,babe..i got words for ya..

Don't MESS with the BEST

Cause the BEST don't MESS
Don't FOOL with COOL
Cause the COOL don't FOOL
Don't messDon't fool
Cause COMTECH is here to RULE!!

No comments: