Friday, November 18, 2005

susahnya nk cakap...

maaf... terima kasih..
berapa kerap kita ucap terima kasih...
berapa kerap pula kita ungkap perkataan maaf...

pernah tak kita ucap terima kasih kepada ibu bapa yang selama ini mejaga kita..
pernah tak kita ucap terima kasih setiap kali jurujual memulangkan baki wang kita..
pernah tak kita ucap maaf apabila terpijak kaki orang tidak kita kenali..

dua perkataan ni tak susah pn untuk disebut. tetapi kenapa ada yang berat untuk melafazkan ungakapan ini. jatuhkah martabat bila melafazkan maaf. kerdilkah diri bila mengucapkan terima kasih.

bukankah kita manusia biasa yang melakukan kesalahan dan semtiasa memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi.pernah kita terfikir dengan mengukapan "maaf" dan "terima kasih" sebenarnya dapat membawa impak yang besar kepada seseorang itu. seseorang itu akan rasa dihargai apabila menerima ucapan terima kasih di atas segala usaha yang dilakukan walaupun pada dasarnya, dia tidak mengharapkan apa-apa. hal ini juga dapat mendorong beliau melakukan pelbagai perkara dengan lebih baik pada masa akan datang.

sama juga dengan perkataan "maaf". pernah tak ada orang terlanggar kita semasa sedang berjalan-jalan di kaki lima.lepas tu, si polon ni terus berlalu tanpa mengucapkan maaf. kalau nak diikutkan, bukanlah sakit sangat.. tapi kita terus jadi marah atas kekurang ajaran makhluk Allah tadi. sekiranya si polan ini ada inisiatif untuk berhenti sekejap untuk minta maaf, mungkin kita akan memalingkan muka kepadanya sambil berkata "it's ok". tanpa rasa marah.

lantaran itu apa kata, kita sama-sama mula belajar untuk melafazkan perkataan in. sebagai langkah pertama, ucaplah "terima kasih" padda rakan di sebelah anda untuk pelbagai perkara yang dilakukan dan pohonlah kemaafan dari meraka keraa bimbang kita mungkin tidak punya masa untuk melakukannya.

mungkin ada yang menambil mudah tentang perkara ini, tetapi percayalah akan "aura" dua perkataan ini.

No comments: