Saturday, November 26, 2005

Calon Isteri Untuk Diuji




Pabila membaca berita ini, hati mula terdetik.. "biar betul berita ni..!" adakah berita ini salah satu daripada informasi tersalah siar lebih kurang sama seperti yang terjadi suatu ketika dahulu di mana sebuah stesen radio telah tersalah memberi informasi mengenai kemangkatan Agong.. Atau adakah hal ini merupakan salah satu daripada gimik yang lahir dari akhbar nyamuk yang cuba untuk menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan akhbar tersebut.. Tidak!! Ini adalah berita sahih yang aku baca dari surat khabar nasional secara atas talian sebentar tadi...

Menurut artikel itu, ini merupakan sebahagian daripada perniagaan yang dikendalikan oleh agensi mencari jodoh. Dan bayaran dikenakan adalah sebanyak RM 15 000 HINGGA RM 25 000. Calon pengantin perempuan akan dibenarkan dibawa balik selama seminggu sebelum pengantin lelaki menentukan sama ada calon berkenaan benar-benar seseuai atau tidak. Tetapi tidak pula dinyatakan ruang lingkup ujian yang terpaksa dilakukan oleh calon pengantin perempuan itu. Tidak pasti sama ada mereka akan diuji dari segi melakukan kerja rumah sahaja atau diuji sehingga layanan mereka di bilik tidur...?

Fuhh...Maka, di sini kiranya calon pengantin perempuan ni sudah dikira seperti barang yang boleh "dipandu uji" lah. hal ini boleh dikatakan merendahkan martabat seorang wanita yang yang boleh dianggap seperti barang dangangan. boleh dicuba-cuba. Boleh di'acu cuba try test'. Adakah mereka cuba menyatakan hanya kaum lelaki sahaja layak mendapatkan yang terbaik termasuk dalam memilih pasangan mereka.
berita lanjut

Mungkin selepas ini akan timbul pula isu yang mengaitkan kelemahan wanita kerana turut serta dalam memajukan idea gila ini. Mngkin ada yang mengatakan hal berpunca daripada salah kaum hawa sendiri kerana menjebakkan diri dalam urus niaga sedemikian rupa.
Jika kita lihat di sini, kebanyakkan wanita yang ditawarkan untuk "dipandu uji" adalah mereka dari kalangan negara miskin seperti China, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Sudah pasti perkara yang mereka lakukan ini ekoran daripada desakan hidup. Pernahkah kita terfikir hal ini berlaku disebabkan ada beberepa pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba 'menangguk di air keruh' di atas penderitaan dan kesusahan orang lain.

Justeru bukalah hati, berfikirlah dengan akal yang waras...

No comments: